DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Saturday, September 19, 2009

PARIT BUATAN AKU

Tengoklah limpahan air parit nie...
Muka kononnya berjaya la buat parit tu.. tapi sahih pun.. berjaya...

Lihatlah parit aku nie.... bukan parit wan mat saman tapi parit Aku sendiri laa..


Cuba tengokj air limpahan nieee

19/09/2009~Hari ini last day puasa tak silap aku.. Bila balik kampung, aku tengok Air dalam Parit yang kami panggil "Bandar" melimpah-limpah sehingga memenuhi ruang di dalam kolam.

Aku takut ikan-ikan yang aku lepaskan di dalam kolam ini melimpah keluar...

Jadi apa lagi aku ambil cangkul dan mula membuat parit sendiri bagi mengalirkan air limpahan ke tempat lain... Apa yang aku ingat ialah semasa buat parit ini iaitu aku teringat sejarah bagaimana Wan Mat Saman membina Parit menggunakan cangkul... Aku yang buat parit besar nie pon dan mengeluhhh.. puasa lak tu.. perrrhhh...
Berjaya juga aku selamatkan ikan-iakan aku nihhh

Saturday, September 12, 2009

SALAM SATU MALAYSIA DR LOW YONG SAN

Ini adalah email yang saya terima daripada Dr. Low Yong San,

________________________________________________________________

Salam sejahtera En. Hassim,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan Encik dalam menjejaki keluarga angkat saya di Kg. Sg. Buloh. Untuk pengetahuan Encik, saya dan keluarga angkat saya telah berjaya berkomunikasi melalui telefon pada minggu lepas, dan kami amat gembira dapat berkomunikasi semula setelah 15 tahun terputus kontak. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas pertolongan dan budi baik Encik.Terima kasih dan salam hormat,

Low Yong San
012-4866841