DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Wednesday, June 29, 2011

TARIAN PIRING KLASIK


Pernah dengar tak tarian piring? Swaktu aku kecil-kecil dahulu aku tau pasal tarian ini kerana kumpulan ini berlatih berdekatan dengan rumah aku di kg.  Kakak aku pun ada 3 orang yang menyertai pasukan ini.  Tapi itu cerita lama.
Baru-baru ini, adik aku mendirikan rumah tangga...dan dalam diam, kak long Shimah telah pun menubuhkan semula tarian piring ini..kebanyakannya peserta adalah terdiri dari kanak-kanak...

Tarian ini amat menarik minat aku kerana ianya amat klasik..disini ada aku paparkan beberapa gambar untuk tatapan kalian...

Satu lagi kumpulan tarian piring ini juga telah wujud di atas pimpinan Achik Md Shah...

Sekiranya anda berminat untuk menempah kumpulan ini bagi program-program dan kenduri perkahwinan, sila hubungi aku dengan segera...