DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Sunday, April 25, 2010

NOTIS MESYUARAT TABUNG KELUARGA Ar-RAHMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Keluarga Ar-Rahman akan diadakan seperti maklumat di bawah :-

Tarikh    :  8 Mei 2010 (Sabtu Malam Ahad)

Tempat  : Teratak bonda, Kg Sg Buloh

Masa     : 7.00 malam - 9.00 malam

Agenda : Sembahyang Magrib Berjemaah
             : Baccan Yasin dan tahlil untuk Arwah abah dan Keluarga yang telah pergi menemui penciptanya
             : Sembahyang Isya'
             : Mesyuarat Bermula
             : Bersurai dan Jamuan

Sukacita sekiranya semua Ahli dapat hadir serta maklumakn kepada Ahli-Ahli yang lain.

Sekian dimaklumkan,


ABANG CHIK @ HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
Biro Ugama dan Kebajikan
b.p. Setiausaha Tabung Keluarga Ar-Rahman