DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, October 30, 2023

General Templer pernah mendarat di Nurseri Sg.Buloh



INI PERBUALAN SAYA DENGAN ARWAH ABG HAMID HJ HUSSEIN DULU dan beberapa rakan rakan. Baru sempat nak share..saya tak ubah apa pun perbualan tu...


[18:59, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: General Templer pernah mendarat di Nurseri Sg.Buloh dengan pesawat helikopter masa kg baru tu siap dan baru diduduki....dia berhenti sekejap tak sampai setengah jam dan terbang....dia dalam perjalanan ke Jelebu Estate berjumpa Home Guard orang2 Cina di situ
[20:00, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Wah, itu sejarah penting tu....
[20:32, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Masa itu darurat sedang hangat, kalau baca buku Rashid Mydin dari tahun 1950-54 ,dia berada di kawasan banjaran tiriwangsa menyeberang hutan Jelebu terus ke Bentong dan terus ke hutan di selatan Thailand, dlm buku itu ada dicatatkan satu serangan PKM di Kg Sg Buloh utk merampas senjata....
[20:32, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Harap pak ude boleh beri penjelasan...peristiwa tu...
[20:33, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Mungkin lawatan Templer itu ada kaitan dgn peristiwa itu...?
[21:18, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Dalam buku Abdullah CD juga ada sebaris mengenai tindakan pihaknya merapas senjata2 dari Balai Polis, Sg.Buloh di suatu pagi....masa itu masih di kandang lagi tahun 50-51..... kata orang kampung kejadian  jam 10.00 pagi dan saya di sekolah DT....anggota balai masa itu dekat 20 orang dengan SC, jadi 20 laras senjatalah....siang hari takda curfew jadi bebas lah pergerakan
[21:20, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Tak ada serangan tembak menembak.... pengganas masuk secara mengejut dan tawan balai
[21:27, 03/12/2020] Koop Usop Salleh: Seronok cerita ni...bru skrg thu....byk terjidi juga kg kita..byk nolstaja..ingtkan balai polis d.tipus d.serang hendap komonis...👍😁
[21:27, 03/12/2020] +60 12-398 1601: Kalau ikut kelahiran pada 1898, Jen.Templer sudah berusia 55 thn waktu singgah di Sg Buloh...hampir bersara kut...1954 balik ke England. Wpun dia Jen Tentera yg menjadi PJTinggi British di Malaya, dicatatkan bnyk juga menggunakan perang saraf (psikologi) bagi memenangi hati rakyat pelbagai kaum melumpuhkan gerakan PKM,  spt kempen2 penerangan, sistem kad pengenalan, kawasan putih & kawasan hitam, dll.
[21:42, 03/12/2020] Hassim Al Jolobu: 😱😱😱 baru ni tau
[22:06, 03/12/2020] +60 19-383 6914: Klu tak silap  dulu  Ada kedai nampak kat depan balai polis
[22:11, 03/12/2020] +60 12-398 1601: Kawasan depan kedai tu agak lebar, sesekali ada tayangan wayang pacak oleh pej penerangan....budak suka sbb tak yah pergi mengaji...😁😁😁
[22:13, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Yg kena rampas ni balai di kandang, bukan Fasa 1..... kedai tu depan balai Fasa 1, Dato'
[22:14, 03/12/2020] +60 19-383 6914: Kedai mamak ada jugak kan
[22:20, 03/12/2020] +60 12-398 1601: Betul, hgga awal 70-an, masih ada org mengumpulkan rotan, manau, damar, utk dijual di kawasan tu (di kawasan kedai Lopong).
[22:25, 03/12/2020] +60 19-383 6914: Mohon sedikit pengetahuan
1.Pagar keselamatan di  pada era kandang  dan era Fasa 1 ke.
2. Kawasan era fasa 1 lebih besar dari era kandang.. Dan lokasi fasa 1 di mana
[23:25, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Nak tanya sedikit ayahDer, bagaimana dgn penglibatan orang Melayu dgn komunis, sebab dari cerita lisan, ramai juga yg jadi korban komunis di Teriang Hilir ini....dan betulkah pak cik Manap benar2 terlibat atau sekadar gelaran...
[23:25, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Generasi kami ni tak tahu cerita2ini...

[05:01, 04/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: 1. Betul kandang ada pagar keselamatan
Fasa 1 pun ada pagar keselamatan
2. Fasa 1 mengandungi 4 jalan menegak mula dari jalan depan rumah Yaakob bawak ke jalan yg hampir dgn nurseri, depan rumah Hamzah Katun.
[05:08, 04/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Sepanjang yg saya tahu masa itu dan kemudian nya, tiada orang Sg.Buloh yg terlibat dengan komunis....dan tiada yg jadi korban....mungkin saya terlalu muda untuk diberitahu perkara sebegini.... Manap mana?

Tuesday, January 24, 2023

Sawah Di Kg Sg Buloh

setelah berlaku banjir besar Disember 2021. tepatnya 19 Disember bagi Kg Sg buloh dan Jelebu, kini pesawah boleh menarik nafas lega apabila mereka sudah boleh mula kesawah. 

Ketika banjir ini melanda padi sedang menghijau..banyak padi musnah terutama kawasan sawah yang rendah. Ada sebahagian pesawah berjaya mendapat hasil manakala yang lain musnah. saya kongsikan gambar terkini sawah padi di Kg Sg buloh