DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Monday, March 29, 2010

BADAN SIHAT, CERGAS BERIBADAT

Will, badan ni dah rasa beratnya.  Lama tak exercise (tak pernah pun).  Lama dah tak kayuh basikal. Lately ini dapat banyak berita saudara mara tak sihat.  Antara salah satu puncanya ialah mungkin makan yang berlebihan.  

Jadi, satu keputusan perlu diambil bahawa saya perlu menjalani diet yang terancang. Antaranya adalah seperti di bawah :-

Tajuk kempen ini ialah "Badan sihat, cergas beribadat"

1.  Puasa Isnin dan Khamis kerana ALLAH Ta'ala.  Dulu memang saya selalu buat. Tapi dah lama tak diamalkan.
2.  Menmabah bilangan dan kekerapan pergi berjemaah di surau. 
3.  Pagi makan kuih sahaja, Tengahari makan buah dan petang/malam makan roti atau coco crunch atau oat.
4.  Senaman yang perlu

Semoga ALLAH membantu saya untuk saya melaksanakan aktiviti ini dengan istiqomah.  Maka pada 1 April 2010 maka bermulah era baru "Badan Sihat, Cergas Beribadat".

Tuesday, March 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR

ALLAH SELAMAT KAN KAMU,
ALLAH SELAMAT KAN KAMU,
ALLAH SELAMAT KAN KAMU MAHANI RAHIM
ALLAH SELAMAT KAN KAMU....

Friday, March 19, 2010

ALI RAHMAN KAMARUDDIN KINI JADI USAHAWAN MUDA

Semasa di Kulim, sempat jua pergi melihat Ali berniaga Jagung Bakar dan Jagung Cawan.  Sedap jagungnya manis. Dia gunakan jagung segar.  Harga pula murah RM 1.50 per cawan dan RM 1.20 per batang.  Kalau tempat lain tak dapat rasanya harga macam tuh. Mahani suka jagung tuh.. katanya sodapp..

Apa-apa pun Ali, Abi ucapakan tahniah krana berani menceburi bidang perniagaan... duit kena simpan..jagn belia menda-menda yang bukan-bukan..

Half way makan jagung batang...
Ali tengah beaksi buat jagung cawan.. layannss....

Monday, March 15, 2010

RAHIMAH MOHD ABDUL RAHMAN SELAMAT LAHIRKAN BABY BOY

15 Mac 2010 ~ Kak lang dah selamat lahirkan seoarng putera.  Beratnya lebih kurang 3.6 kg.  beratnyaa..Kak Lang kata nak letak nama sebagai Adi Putra.. apa-apapun layannsss.. jer lahh...

Sunday, March 14, 2010

TAHNIAH, HASIM DILANTIK SETIAUSAHA UMNO NEGRI SEMBILAN

Ini cerita Datuk Hasim Rusdi, bukan cerita aku la.. kebetulan nama kami jer sama..sory lar kalau rasa macam terkena...

SEREMBAN – Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Datuk Azman Hasan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengesahkan perkara tersebut berkata, Azman meletakkan jawatan berkenaan atas sebab-sebab kesihatan.

Menurutnya, pelantikan Hasim Rusdi, 52, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu itu sebenarnya sudah lama dibuat, tetapi tidak dihebahkan.

“Dalam pengamatan saya, beliau (Hasim) sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut memandangkan beliau sudah pun didedahkan dengan cara-cara mentadbir dan turut sama terlibat pada pilihan raya kecil lalu,” katanya ketika ditemui selepas merasm:ikan Mesyuarat Agung Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Negeri Sembilan kali ke-17, di sini semalam.

Selain itu, Mohamad berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad yang juga bekas Menteri Besar turut dilantik sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan baru bagi menggantikan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurutnya, Mohd Isa menggantikan Dr Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang meletak jawatan kerana kesibukan tugas di kementeriannya.

“Begitu juga lantikan Tan Sri Isa Samad yang dibuat berdasarkan reputasinya sebagai pemimpin berpengalaman dalam politik bagi mengisi kekosongan jawatan dilepaskan Dr Rais berikutan kesibukan dalam portfolionya sebagai Menteri,” katanya.

Mohamad berkata, beliau dan Datuk Shaziman Abu Mansor masih lagi selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, untuk jawatan-jawatan Exco Kerajaan Negeri, saya masih belum putuskan apa-apa lagi,” katanya.

Sunday, March 7, 2010

RUZAINI BIN KAMARUDDIN @ BANCHIK


Salam, ada masa sedikit.  Nak coret-coret kosong. Lately nie, Banchik @ Ruzaini atau nama samarannya selalu menjenguk Abi melalui blog.  Banchik @ Ruzai terima kasih datang melawat Abi di alam maya.

Ini gambar Banchik yang Abi ada sebagai tanda ingatan Abi pada Ruzai.

Kepada pelayar luar yang datang, Ruzai ini berada di Kulim dan akan PMR pada tahun ini.

Salam Sayang Dari ABI

HAPPY BESDAY TO ADIK SHIMA

Pada tahun 2003, Mahani tengah sarat mengandung begitu juga dengan Kak Long Shimah. Di jadualkan Mahani akan bersalin pada bulan Mac 2003 dahulu dan dikuti Kak Long Shimah. namun Allah telah menetapkan bahawa Kak Long bersalin dahulu, maka pada 6 Mac 2003 lahirlah Shima di haspital kuala Pilah dengan cara pembedahan iaitu beberapa hari sebelum dan diikuti lahirnya Muhammad Lutfi dapa 9 Mac 2003.

Malam tadi, Shima menyambut harijadinya yang ke 7 di Rumah Emak.



BANCHI' SHAHROM JURULATIH SKUAD PERBARISAN SEKOLAH

Diberitakan Banchi' Shahrom sekarang tengah mengajar anak-anak yang bersekolah di Sekolah Kg Sg Buloh untuk berkawad.  Ini adalag bagi tujuan persediaan program sukaneka di sekolah tersebut yang dijadualkan pada 11 Mac 2010 nanti.

Seingat saya, waktu saya dahulu saya telah dilatih oleh Ngah Md Noor (Isteri Ngah Yeos) sesiapa yang sewaktu dengan saya pasti masih ingat waktu tu kan... 

BALIK KAMPUNG SEKEJAP

Saya dah lama tak balik kampung, dekat nak sebulan.  kalau kira hari dekat nak 30 hari.  kalau kira minggu dekat nak 4 minggu, kalau nak kira jam lagi lahh banyak 30 x 24, kalau nak kira minit lagilah terasa lama.

Itulah rindunya anak dengan seorang emak.  Walaupun tak sampai tempoh 30 hari, kita sudah rasa betapa lamanya tak dapat jenguk dia.  Memang ada kita call, tapi tak sama kerana mak pandai berlakon.  Bila ditanya sihat, dia akan jawap sihat macam orang tak sakit.

Semalam bila balik dia cerita dia ada kena kencing berdarah.  Katanya doktor bilang dia kurang air.  Semoga emak sihat selalu hendaknya.

Saya sampai kampung lebih kurang jam 5.00 petang.  Samapai, kita minum petang ramai-ramai di beanda.  Itu aktivit yang rutin emak minum dengan anak dan cucunya.

Kita berborak sampai petang.  Pada malamnya, Kak Long sambut harijadi Shima anak bongsunya.  Kebetulan kita ada bawa belon untuk Lutfi main.  Apa lagi majlis tersebut jadi huu-hara laa... akibat dari keseronokan mereka semua.

Jam 10.00 malam saya ablik semula ke Semenyih.  Saya tak tidur dikampungh kerana Mahani mabuknya teruk sangat.  Insysallah, bila dah reda mabuknya nanti kita tidurlah di Kampung.  Dan banyak aktiviti yang boleh dibuat.