Ini cerita Datuk Hasim Rusdi, bukan cerita aku la.. kebetulan nama kami jer sama..sory lar kalau rasa macam terkena...
SEREMBAN – Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Datuk Azman Hasan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengesahkan perkara tersebut berkata, Azman meletakkan jawatan berkenaan atas sebab-sebab kesihatan.
Menurutnya, pelantikan Hasim Rusdi, 52, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu itu sebenarnya sudah lama dibuat, tetapi tidak dihebahkan.
“Dalam pengamatan saya, beliau (Hasim) sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut memandangkan beliau sudah pun didedahkan dengan cara-cara mentadbir dan turut sama terlibat pada pilihan raya kecil lalu,” katanya ketika ditemui selepas merasm:ikan Mesyuarat Agung Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Negeri Sembilan kali ke-17, di sini semalam.
Selain itu, Mohamad berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad yang juga bekas Menteri Besar turut dilantik sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan baru bagi menggantikan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menurutnya, Mohd Isa menggantikan Dr Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang meletak jawatan kerana kesibukan tugas di kementeriannya.
“Begitu juga lantikan Tan Sri Isa Samad yang dibuat berdasarkan reputasinya sebagai pemimpin berpengalaman dalam politik bagi mengisi kekosongan jawatan dilepaskan Dr Rais berikutan kesibukan dalam portfolionya sebagai Menteri,” katanya.
Mohamad berkata, beliau dan Datuk Shaziman Abu Mansor masih lagi selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.
“Bagaimanapun, untuk jawatan-jawatan Exco Kerajaan Negeri, saya masih belum putuskan apa-apa lagi,” katanya.
No comments:
Post a Comment