Saya dah lama tak balik kampung, dekat nak sebulan. kalau kira hari dekat nak 30 hari. kalau kira minggu dekat nak 4 minggu, kalau nak kira jam lagi lahh banyak 30 x 24, kalau nak kira minit lagilah terasa lama.
Itulah rindunya anak dengan seorang emak. Walaupun tak sampai tempoh 30 hari, kita sudah rasa betapa lamanya tak dapat jenguk dia. Memang ada kita call, tapi tak sama kerana mak pandai berlakon. Bila ditanya sihat, dia akan jawap sihat macam orang tak sakit.
Semalam bila balik dia cerita dia ada kena kencing berdarah. Katanya doktor bilang dia kurang air. Semoga emak sihat selalu hendaknya.
Saya sampai kampung lebih kurang jam 5.00 petang. Samapai, kita minum petang ramai-ramai di beanda. Itu aktivit yang rutin emak minum dengan anak dan cucunya.
Kita berborak sampai petang. Pada malamnya, Kak Long sambut harijadi Shima anak bongsunya. Kebetulan kita ada bawa belon untuk Lutfi main. Apa lagi majlis tersebut jadi huu-hara laa... akibat dari keseronokan mereka semua.
Jam 10.00 malam saya ablik semula ke Semenyih. Saya tak tidur dikampungh kerana Mahani mabuknya teruk sangat. Insysallah, bila dah reda mabuknya nanti kita tidurlah di Kampung. Dan banyak aktiviti yang boleh dibuat.
No comments:
Post a Comment