DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Tuesday, December 30, 2008

JADUAL ABANG YUSRI BALIK HAJI

LUPO NAK MAKLUMKAN..ABNG YUSRI DAH SELAMAT BALIK. TOUCH DOWN 29 DIS 2009, JAM 9.25 MALAM. 30 DIS 2008 KITO BUEK KONDURI SIKIT SAMBUT DIO BALIK DAN KONDURI PINDAH RUMAH BANCHEK SHAHROM. N AT NIGH, ABG YUSRI BERLEPAS BALIK KE KULIM..EHHH..SILAP LA PULOK...TUAN HAJI YUSRI WONG BIN ABDULLAH...

Salam Buat Semua,

Kemungkinan jadual abng Yusri balik adalah seperti di bawah :-

Tarikh : 31 Oktober 2008
Masa : 10.00 Malam waktu malaysia

Insyallah, Banchik akan ambil dia di KLIA dan bawa balik ke kampung sebelum beliau dijadual balik ke Kulim hari keesokannya.

Monday, December 22, 2008

Kenangan Dengan Adik-Beradik

Salam buat semua yang disayangi,

Kalau ada cerita dan kenangan manis dengan adik beradik, sila masukkan kat komen tu..so bolehlah kita bukukann..

RUMAH BARU BANCHE'K SHAHROM



Lupa pulak, hari tu kita dah ambil gambar rumah baru Banche'k Sharom. Dia sekarang dalam peralihan pesara Askar. So, dia ambil keputusan untuk duduk di Kampung sahaja.


Dia beli tanah tu dengan harga RM 18,000.00. Besar juga rumahnya. Belanja buat rumah rasanya RM 70-80 ribu. Budget mula RM 60,000.00 tapi biasalah buat rumah, ada sahaja yang ditambahnya.


Alamat rumah dia :-SHAHROM MOHD ABDUL RAHMAN, Belakang Rumah Achik Md Shah, Tanah Banjir, Jalan Padi Malinja..hee...heee..saya pun tak tahu...



Sunday, December 21, 2008

BERSANTAI DIHUJUNG MINGGU

Dari Kiri..Umi, Abah, mahani, Lutfi dan aku..yang lain-lain tu aku tak kenal..pengunjung yang datang saner la tuuu..
21 Disember 2008 ~ Mmmm...badan ini perlu rehat termasuk otaknya sekali...So saya ajak Mahani dan Lutfi untuk pergi berehat di Sungai Tekala...Sepatutnya hari ini aku ada program di Bandar Seri Putra..tapi aku tundalah program tu...

Lutfi apalagi seronok bukan main...sampai di sana lebih kurang Jam 10.00 pagi..aku bayar tiket masuk Rm 1.00 seorang. Lutfi dapat masuk free....Punya la lama Lutfi mandi sampai pukul 2 lebih baru naik...Waktu tu Abah dan Umi pun datang sekali singgah. Dia baru balik dari kenduri di Beranang.
Lepas balik dari Sungai Tekala, kami pergi ke Mid Valley..sajer jalan-jalan...tempat macam nie bukan nya pilihan aku tapi Mahani dah beriya-iya ajak..aku pun pergi. Kami makan Mcd di sana dan buat window shopping, lepas tu kami balik lebih kurang Jam 6.30 petang...Kami Solat Asar di highway Saga lebih kurang jam 6.40 petang..hee...hee...dah lewat...tu yang malas nak pegi tempat-tempat macam tu tu..leka sajerrr....tapi tu alasan ajerrr...ada banyak surau kat saner aku jer yang tak sembahyang...

Balik tu dah penat sangat kononya nak cari tukang urut tapak kaki kat Kajang..la tak bukak lagi..apa lagi...terus balik rumah..lepak rumah juga yang bestnya...Rumah ku Syurga Ku...

Monday, December 15, 2008

PESAN ABAH



ALLAHYARHAM AYAHANDA MOHD. ABDUL RAHMAN TELAH PERGI MENEMUI PENCIPTANYA PADA 28 JUN 2007, JAM 7.30 PM (HARI KHAMIS MALAM JUMAAT) DIKALA UMURNYA 67 TAHUN.
OLAHAN DARI LAGU DI PONDOK KECIL

Dirumah Itu,

Di suatu hari, abah yang nampak ceria, tapi jauh di mata hatinya ada sesuatu yang disembunyi.. Abah sering berkata, bawalah ia untuk berjumpa sanak saudara serta kenalan lama, Aku cukup gembira serta dengan rasa bangganya aku membawa beliau berjumpa rakan dan sanak saudara, aku bawa berjumpa beliau dengan rakannya yang sudah 40 tahun tidak berjumpa... Gembira aku tu hanya sementara rupanya...

Di Rumah itu….

Suatu Hari Ayah Berkata..jaga lah adik-adik MU, Abah juga memanjngkan pujian kepada salah seorang daripada Kekandaku yang dulu selalu Abah marahi, katanya walaupun dahulu dia selalu marah kekanda ku itu tetapi kekanda ku itu tidak pernah melawan...sesunguhnya Abh tak pernah tidak sayang pada anak-anaknya...

Dirumah itu,

Jaga Adik Mu....Katanya Ayah kan Pergi Jauh..Aku tak pasti..ku biarkan ia berlalu... Aku tidak merayu Pada Ayah..Aku tidak kata pada abah jangan Tinggalkan kami...Aku tak kata pada abah "Kami Sayangkan Abah..."walaupun aku selalu mencium dahi abah tapi aku tak pernah luahkan AKU SAYANG ABAH...


Di Rumah Itu,
Wahai adik-adik ku, dengarlah nasihat Ayah itu, dengarlah cakap ku, dengarlah cakap ibu, dengarlah cakap kekanda mu..

Wahai kekanda semua, dengarlah rintihan hati adik-adik, bersatulah..teruskan bersatu...bersatu di bawah lembayung rahmat ALLAH...

Wahai Kekanda dan Adinda Iparku, sokonglah kami, fahamilah kami..sayangilah kami, sayangilah keluarga kami...

Di Rumah Itu,
Wahai Abangku.. Ke Mana Ayah..Ku Sayang Ayah.. Ku Cinta Ayah..
Ku Sayang Ayah..2xDuhai Adik Ku..bacakanlah ALFATIHAH UNTUK ABAH...

Di Rumah Itu,
Jangan Bersedih wahai adikku...bacaan Alfatihah mu lebih berharga dari wang ringgit untuk ABAH...ABAH KITA telah pergi Menyambut Seruan Ilahi..

Tapi Ingatlah Adik Ku..Pesanan ABah, jagalah maruah keluarga, jagalah persahabatan keluarga...jagalah nama keluarga Walau Di Mana Jua..

Pada Mu ALLAH Aku Bermohon Dosa Ayahku..Minta Di Ampunkan, Ku Iringi Doa, Rahmati Dia..Tempatkan lah Ayahku..Bersama Kekasih Mu..

Di Rumah itu, Abah meminta sebatang pen dan sekeping kertas. Abah meminta dengan menggunakan bahasa isyarat... Abah mula menulis, ku amti tulisan itu...Abah meloretkan perkataan selamat tinggal sehari sebelum dia pergi...

waktu itu kami tak tahu apa-apa yang dimaksudkan...Ku biarkan ianya berlalu..Rupanya itulah tanda untuk Abah pergi... ABAH sudah tahu bahawa dia sudah bersedia untuk melepaskan tanggungjawabnya kepada Kekanda-Kekanda Mu untuk menjaga adik-adik mu.... abah pergi malam esoknya...

Wahai semua Kekanda dan Adinda, dengarlah rintihan kekanda dan adinda mu...

Ku sayang Abah, Aku Cinta Abah...Doakan lah Alfatihah...

Di Rumah Itu,
Kini tinggal Mak yang teruskan perjuangan Abah...sayangilah dia...

ALFATIHAH UNTUK ABAH

SALAM DARI,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

p/S : Kalau sesiapa yang baca ruangan ini, tolonglah print dan berilah kepada Kekanda dan Adinda mu yang tidak berkesempatan untuk membaca blog ini...

SEWA CANOPY DAN KHEMAH KENDURI







Salam Buat Semua,

Sekiranya berminat untuk menyewa khemah untuk kenduri, sila hubungi talian 06-4915880 bercakap dengan Pegawai Pemasaran Kami Encik Mohd Kamarul Wazir atau Puan Sarimah Mohd Abdul Rahman.


atau boleh datang ke alamat di bawah :-


Kedai Majlis daerah Jelebu,
Jalan Utama Sg Buloh-Simpang Durian,
Kampung Sungai Buloh, Simpang durian,
72400 Jelebu, Negeri Sembilan D.K.

Harga pasti memuaskan dan murah. Sila berunding dengan Pegawai Pemasaran kami.

Salam Dari,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAn

KEMPEN TABUNG UMRAH EMAK (TUM)

Salam buat semua,

Seperti semua sedia maklum, satu kempen tabung umrah khas untuk emak atau nama singkatannya TUM (Kak tam punya idea nih) telah pun dilancarkan. Bagi sesiapa yang sudi untuk menyumbang tabung umrah untuk emak, bolehlah bank in kan ke akaun di GIRO 0510141000023170 atas nama Rashidah Mohd Abdul Rahman (Kak Tam selaku Bendahari).

Bagi yang sumbang secara tunai, bolehlah diberikan kepada kak Tam...

Ingat ini adalah rahsia sebagai hadiah untuk emak ke tanah suci...Insyaallah mungkin bulan Mei 2009.

Setiap sumbangan walaupun seringgit yang penting ikhlas...

Salam

Banchik

Sunday, December 14, 2008

TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1429H







Nir Gambar Amira, lutfi dan Dadiq tengah tunggu lomang masak dan tu gambar kami tgh bertakbir dan berdoa...


Salam Sayang Buat Semua,

Baru-baru ini saya balik kampung untuk meraikan Hari Raya Haji...Seronok balik kampung...

7 Disember 2008 ~ Hari ahad tu, saya tolong emak buat lemang...Tak Banyak 7 batang ajerrr..sajaer untuk memeriahkan keadaan...nak tengok gambar lemang tu..ha nie diaa...

So, malam tu saya pakat-pakat adik beradik kita akan sembahyang berjemaah dan bertakbir bersama-sama, lepas itu kita kerumah Kak Long Shimah (Kaklong kena deman Chhikungya baru baik nie), Kerumah Banchik ShahRom (Rumah Baru Dia laaa..) dan Kerumah Kakndak (rumah Kakndak tak jadi sebab Abang Ajai balik Pasoh).. So kami pun bertakbir juga di rumah mereka...Disamping kami juga sedekahkan bacaan untuk Arwah Aboh dan orang-orang yang telah pergi dahulu daripada kita..Amin

Apa yang manisnya kali ini, setiap tahun saya bertakbir, saya jadi kepalanya, tapi kali ini, ada penambahbaikan sikit, Radhi, Boboi, Chapiq dan banchik Shahrom pun dah boleh jadi kepala untuk bertakbir...Alhamdulillahh..sedikit sebanyak saya berjaya menerapkan nilai-nilai ini...Kalau dulu kami tak pernah sembahyang berjemaah, kini kami dah mula bersembahyang berjemaah walaupun sesekali...ada perubahan yang positif nampaknya...


Friday, December 12, 2008

LAMBAIAN HAJI ABNG YUSRI



Segakkan Abg Yusri pakai baju tabung Haji kan////
Salam Buat Semua,

Lama juga saya tak update bolg saya ini, mungkin sibuk sikit...Kali ini saya nak cerita sikit pasal Lambaian Haji Abng Yusri atau klu dalam family kami dipanggil Abng Lang...

rasanya cukup kesian tengok abng YUsri nie, banyak betul dugaan sebelum dia dapat pegi Haji..Dia dapat pegi Haji nie dengan Tabung Haji Catering dimana dia dapat bertugas di sana sambil mengerjakan Haji...

Pada mulanya beliau dijadualkan terbang pada 28 Oktober 2008...dia dah siap packing barang-barang..anak-anak dah antar dari kulim samapi KL...punya la kesian..bila sampi kat KL dapat call kata kapal terbang Delay..soo..balik terus ke kg...dia kena tunggu di Kg dulu sehingga dapat panggilan dari Tabung Haji...walhal kami semua adik-beradik pakat-pakat dah buat kenduri di Kg..

Punya la kesian..rasanya ada 3 minggu dia tunggu baru Tabung Haji Call...dia pun sebelum tu tunggu punya lama sampai boring di kg, dia balik ke Kulim..jumpa anak dan isterinya..Dalam perjalanan balik ke Kulim tu..tabung haji call kata flight dia dah confirm, tapi dia balik juga sebab ada tempoh 2 hari lagi...

18 November 2008 ~ Pada hari beliau keluar dari rumah saya di Semenyih, kami buat kenduri kecil untuk dia lagi..waktu nak keluar rumah..dia menangis..pasti dia rasa sedih..saya pernah tanya pada dia, dia kata seronok sangat dapat pergi, tak terpikir pun boleh pegi haji duit tak ada..tapi tu lah kalauALLAH dah aturkan, semua nya mungkin...

Kluar dari rumah, kami terus ke Tabung Haji..Rupanya dugaan dia tak habis lagi...sesampai di tabung haji, kami tanya kaunter kata namanya tak der dalam list, kena tunggu orang catering dan macam-macam lagi lah ceritanya..apa nak buat kami tunggu je lah apa yang tak pasti...nak tanya orang ntah pada saper..tunggu punya tunggu hampir jam 8, tapi tak der ura-ura pun ada orang Tabung haji datang...
kami terus pergi ke kaunter lagi..kaunter nasihatkan pergi ke KLIA...panik punya pasal kami pun pergi lah ke KLIA..mahunya tidak panik...tabung haji call daftar pukul 8 malam, kami pukul 6.45 dah samapi..tapi nak daftar ngan saper, kaunter pun tak tahu apa-apa..Kak Lang pun panik juga rasnya, so dia pun call orang saner-call orang sini...macam-macam jawapan dari tabung haji...

Sampai kat KLIA, kami pergi ke kaunter yang diaorang cakap tu, sorang pun tak der Beeebbb..tak ke sedih..sekali lagi kami hampa...Kak Lang tah berapa kali call kita, at last dia dapat call some one dan orang tu inform kami supaya tunggu je lah di KLIA hingga ada orang datang jumpa kami...

Kami tawakal lah pada waktu itu..yang bestnya kita tengok Abng Yusri coolll ajer..tak der nampak risau..kami pula yang risau lebih-lebih..nampak sangat iman kami nie nipis...gua respct abng Yusri laaa...

At last sampai juga orang tabung haji tu, lega rasa kami..bila dia beri Paspot dan kelengkapan barulah confirm rasanya, yang lain-lain kita berserah kepada ALLAH..

Sebelum beredar Abng sekali lagi mengangis bila cium tangan emak dan Tangan Bangah...

Semoga Abng Yusri dapat rezeki yang melimpah serta mendapat Haji Yang di Redhai ALLAH...

Amin...