DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Wednesday, December 30, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Tadi terjumpa gambar Video semasa hari raya yang lepas. Pak Izi yang beli mercun ini. Meriah beb. Tanyak Pak Iji berapa kos dia, RM 1oo hengget... perrhhh..seronok punya pasal. Nasib baik tak jumpa kat polis. Klu tak tak pasai-pasai kena... sila layan video ini

Tuesday, December 29, 2009

TOK IMAM DAN CIK CIKO....

TOK IMAM DAN CIK CIKO....

"Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely necessary."

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang
tu Budin dan sorang lagi Ciko.. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam
tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3
ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x
khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing
ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2..

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg
wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye
si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tok!!!!
He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

p/s : jgn lupa ambil wuduk sblm solat , hormati org lebih tua & berpengalaman

Email dari Noraziah Erny binti Rahim

Peluang Mengintai Fenomena Bulan Gerhana

Ini adalah gambar gerhana matahari yang dapat saya rakamkan pada 28 Januari 2009. Alangkah bestnya kalau dapat rakam gerhana bulan pada 1 Januari 2010 nanti.
__________________________________________________________


Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari 2009 ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi.

Fenomena gerhana tersebut dijangka akan bermula pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap. Gerhana yang jelas dapat dilihat bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

PART 6 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

Setelah kesejukan, semua masing-masing naik ke bilik rehat untuk membersihkan diri dan terus makan malam di bilik Kumpulan 1.

Sebelah malam, hotel tersebut menyediakan pelbagai program riadah. saya bawa anak-anak kecil bermain game. Token percuma ada dalam 16 keping. Satu game mesti guna 2 - 4 keping. So, maknanya kena topup juga lah duit sendiri. Melabur jugalah dengan RM 50.00 untuk melihat anak-anak ini kegembiraan.

Selesai main game, kita ke lokasi persembahan Gimnastik. Hebat sungguh persembahan mereka, bayangkan seorang mereka buat pertunjukan dengan meletakkan gelas di atas tangan dengan kaki berada di atas roda, ditambah pula dengan gelung rotan ditangan. hebat sungguh. Persembahan mereka memang hebat, cuma cara mereka berpakaian tak berapa sesuai untuk tontonan anak-anak kecil kita ini.

Ada juga tayangan wayang. Saya tak tengok tayangan wayang tersebut. Kerana sudah kepenatan. Kalau ikut jadual, kita akan bawa anak-anak untuk menyuluh ketam di pantai. Namun akibat kepenatan, kita beri alasan hari hujan. Jelas terbayang kekecewaan pada anak-anak. Apa nak buat, Abi dah penat. Persediaan untuk mencari ketam saya belanjakan dalam RM 40 - RM 50.00. Saya beli lampu picit baru sebanyak 5 buah dan bateri sebanyak 10 buah. Apa kan daya kita merancang hanya tuhan yang menentukan.

PART 5 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

Selesai mandi laut dan naik sampan, actually Lutfi mandi tak lama maklumlah kawan-kawan Lutfi dah tiada. Kurang seronoknya. Apa-apa pun nak balik hotel masih belum boleh Check In lagi. Orang punya la ramai pada hari tu. maklumlah cuti krismas.

Setelah masuk hotel, semua terus turun mandi kolam. Di kolam, kami bermain bola tampar air. Sedang main, datangs ekumpulan budak-budak lelaki dalam 7 orang nak main bola tampar jua. Apa lagi kita buat satu team keluarga, dia buat satu team. Umur diaorang ada dalam lingkungan 20 - 30 tahun agaknya.

Team keluarga kita diwakili Bangah, Kita, Ajai, Radhi, Sabri dan Boboi. Set pertama kita menang dengan mata 21 - 19, manakala set kedua dimenangi oleh tema budak-budak tu dengan mata 21 - 18. Oleh yang demikian, satu set penentuan bagi tujuan keputusan siapa yang akan menang.

Lama kita main set ketiga ini. Maklumlah masing-masing nak menang walaupun tak kenal satu sama lain. Tengok bangah pun excited jugak main bola tampar dalam air.

Pada masa mata kita 18-17, dan kita buat balingan. Waktu ini kita buat balingan yang kuat dan terus mendapat mata sebanyak 21-17 yang terus menobatkan kemenangan kepada kumpulan keluarga kita.

Sambil kita bermain bola tampar air, anak-anak begitu leka bermain air dan kadang-kadang mereka naik gelungsur air. Tak sangka mereka semua berani menaiki gelungsur air yang tinggi tersebut.

Monday, December 28, 2009

PART 4 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

Sebelum Check In di Tiara Beach Resort, Dijadualkan kita semua berkumpul di pantai terlebih dahulu.

Mama Shida, Kak Nah dan Bangah bergerak dari Seremban. Kak Long, Mak, Kndak, Banchik Shahrom dan geng bujang bergerak dari Kampung. Pada cadangan asalnya makan tengahari dan makan malam juga akan dibuat secara catering (bungkus). Namun para peserta dari Kg dah agak excited nak berkelah ditepi pantai. So, diaorang masak-masak dan bawa bekal. Antara menu pilihan ialah Ayam Kampung Gulai Lomak cili Api, Ikan Salai, rendang Pucuk Paku, Sambal Temper, Goreng Sardin, Samdwich dan beberapa menu yang saya tak perasan sebab banyak sangat. Memang best gila.

So, makan ramai-ramai ditepi pantai. Satu keluarga bertolak dari Semenyih dan ada satu kejutan iaitu keluarga Aliya bergerak dari Pinang mai join. Memang kita tak sangka jumpa di PD.

Masakan ini memang banyak dan dibudgetkan untuk makan tengahari dan makan malam. Peserta yang paling lewat sekali adalah dari Semenyih kerana menyangka Orang kampung bergerak lambat tetapi subuh-subuh lagi mereka dah sampai kat pantai. Cuma emak yang bergerak lewat dari Kg iaitu pukul 10.00 pagi, so kita ingat semua gerak kul 10.00 pagi. Untuk lengah-lengahkan masa nak sampai PD, saya saja-saja ikut jalan lama sambil tengok-tengok keindahan sepanjang jalan yang kununnya mereka semua lambat.

Bila saya sampai di PD, budak-budak semua dah naik dan pergi Check In kat Hotel. Apalagi Lutfi mulakan persembahan kisah sedih sebab tak dapat mandi Laut dengan kawan-kawan. lama gak kita pujuk. At lasat Uncle Mie yang bawa dia ke laut. Saya juga hiburkan hati dia dengan membawa pelampung Bot besar tu.

Tengok lah gambar dia kat Part 2. Lebar senyumnyer kan...

To be continiue in Part 5

PART 3 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

Semasa sampai di Tiara Beach Resort, Kak Zana telah memecahkan kita semua kepada beberapa kumpulan. Pecahan kumpulan ini adalah bersesuaian dengan status masing-masing.

Kumpulan 1 adalah untuk bilik perempuan singgle. Mak masuk bilik ini juga untuk tujuan pemantauan pergerakan anak dara.

Kumpulan 2 terdiri daripada Bujang trang..tang..tanggg.. Iqbal menarik diri dari kumpulan bujang ini kerana masih menyangka dia masih kecil. Lutfi pula dah lupa daratan dengan mengatakan dia dah bujang dan nak tidor dekat geng bujang. Namun tidak dapat permit daripada keluarganya yang masih menyangka anaknya itu maih kecil.

Kumpulan 3 pula terdiri daripada yang sudah berkelamin.

Kumpulan 4 juga adalah terdiri dari kumpulan berkelamin.

Berikut adalah pesertayang telah dipecahkan mengikut kumpulan.

KUMPULAN 1

1. Mas
2. Kaktih
3. Mak
4. kak Ina
5. Not
6. Ika

Kumpulan 2

1. Capik
2. Bongmi
3. Pizi
4. Boy

Kumpulan 3

1. Mahani
2. Kak Long
3. Shidah
4. Abng Nasar
5. Radhi
6. Bangah
7. Kak Zana
8. Iqbal
9. Lutfi
10. Nisa
11. Kaklang
12. Kaklong I'in
13. Shima
14. Hassim

Kumpulan 4

1. Kakndak
2. Kak Su
3. Banchik Shahrom
4. Sabri
5. Rosnah
6. Ajai
7. Zila
8. Wandy
9. Dadiq
10. Suhada
11. Amira
12. Shahrul
13. Sharil
14. Aliya
15. Winoh

PART 2 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

This is a very sweet memory

Dari Kiri belakang - Mas, Kndak, Mahani, Kak Su, Capik, Banchik, Kak Long, Kaktih, Sabri, Shidah, Abng Nasar, MAK, Kak Ina, Radhi, Bangah, Kak Zana, Not, Bong Mi, Rosnah, Pizi, Ajai, Boi, Zila Wandy and me

Duduk dari kiri :- Iqbal, Dadiq, Suhada, Amira, Sharul, Lutfi, Sharil, Nisa, Ika, Aliya, Kaklang, Kak long i'In, Winoh dan Shima
Bersantai di tepi pantai
zzzzzzz... Aliya begitu lena tidoq
Mama Shida tengoh buat chong apa la agaknya tu
Waa..tengah tunjuk skilll

Macam ada gaya.. tapi perahu tak jalan-jalan
Seronok sungguh
Kak Ngah Nisa tengah melayah perasaan
Antara dua wajah yang aku sayangi
Wah adik tak sejuk ker...
Tembam dah Iqbal nie... lebih-lebih lagi dah lepas bersunat...
Winoh juga tak lepaskan peluang mandi
Nie masti baru lepas makan dan tak basuh tangan lagi ni. Basuh tangan dalam kolam yerrr
Pak mi kira macam Baywatch ler.. jadi penjaga budak-budak mandi
Gambar macam nangis tetapi sebenarnya tengah bergumbira
Main baling-baling bola
Mas juga tak lepas peluang mandiii
Budak ini merajuk sebab tak dapat bola

Arrrgggg.....tension nya tak dapat bola...

Yg depan sekali nie bukan keluarga kita tauuu..
Anak dan Ibu

Senyum kembali setelah berjaya dipujuk
Ewahh mak uda yang lebih-lebih tuuu...
Akhirnya aku berjaya...agaknya itulah ungkapan radhiii.. hee..hee




Baywatch nombor 2



Baywtch menjalankan tugas-tugas menyelamat




Didapati air kolam semakin kering...setelah disiasat air tersebut kering disebabkan telah disedut oleh pampers Aliyaa.. ayooo...yoo...dia punya ama sudah lupa kasi buka pampers dulu ini anak...

Jaga-jaga baywaytch nak marah tu...

Mandi samapai tertido dalam air...










ASSALAMULAIKUM WBRKTH SE