DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Saturday, August 29, 2015

KG SG BULOH YANG DEN SAYANG

ASSALAMUALAIKUM,

Tetibo teringat satu pokok Bacang sebolah Balai Rayo Kek Kg Sg Buloh..waktu den kochik-kochik dulu ado satu pokok bacang yang sangat bosar..pokok eh sangat ghajin bebuah...semua orang kg boleh ambil buahnya sebab terletak di dalam kawasan Tanah Rezab jalan/Balairaya.

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh (SKSB) tak jauh pun dari pokok tu..dalam 200 meter aja.  Bilo time balik sekolah mesti singgah cari bachang masak..kono boghobut ngan kawan-kawan dan jugo lombu..sobab lombu pun suko buah bacahng nie...buah ehh manis...

Ada juga kawan-kawan takut-takutkan pokok tu keras la apa lah, tapi kami selamba aja pegi ambil buahnya..tak da apa pun..semoga orang yang tanam pokok tu mendapat pahala yang melimpah ruah.

Sekarang pokok tu tiada lagi, sudah dibuat sauatu tempat aktiviti untuk penduduk kampong.

Ado tak kawan-kawan yang ingat pasai pokok bacang ni? Boleh lah share memory you all

Kenangan menggamit nostalgia...Sayang Kg Den