DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Tuesday, February 2, 2010

LUTFI JUGA BAKAL DAPAT ADIK

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur kepaa ALLAH Subhanahuwatala, kerana dengan limpah kurnianya kita masih disini.

Saya juga ingin memanjangkan doa untuk kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa mertua ku.  Semoga mereka semua berada di dalam kesejahteraan iman dan amal.  Doa khas saya juga untuk Ayahanda saya yang telah pergi menemui penciptanya.  Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-doanya dan masukkan ayahanda saya kedalam syurga dengan rahmat ALLAH yang Maha Besar.

Saya juga ingin memanjangkan doa untuk isteri saya Mahani binti Rahim.  Semoga ALLAH memelihara beliau dengan kesejahteraan iman dan amal.

Saya amat gembira hari ini apabila mendapat berita bahawa Lutfi bakal mendapat adik.  Petang tadi, saya bawa Mahani ke klinik untuk mengesahkan.  Hasil ujian tadi nampaknya Positif.

Sekiranya diizinkan ALLAH, Dijangka adik Lutfi akan lahir pada 14 Oktober 2010 akan datang.

Amin Ya ALLAH, Amin Ya RAhman, Amin Ya Rahim....