Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur kepaa ALLAH Subhanahuwatala, kerana dengan limpah kurnianya kita masih disini.
Saya juga ingin memanjangkan doa untuk kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa mertua ku. Semoga mereka semua berada di dalam kesejahteraan iman dan amal. Doa khas saya juga untuk Ayahanda saya yang telah pergi menemui penciptanya. Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-doanya dan masukkan ayahanda saya kedalam syurga dengan rahmat ALLAH yang Maha Besar.
Saya juga ingin memanjangkan doa untuk isteri saya Mahani binti Rahim. Semoga ALLAH memelihara beliau dengan kesejahteraan iman dan amal.
Saya amat gembira hari ini apabila mendapat berita bahawa Lutfi bakal mendapat adik. Petang tadi, saya bawa Mahani ke klinik untuk mengesahkan. Hasil ujian tadi nampaknya Positif.
Sekiranya diizinkan ALLAH, Dijangka adik Lutfi akan lahir pada 14 Oktober 2010 akan datang.
Amin Ya ALLAH, Amin Ya RAhman, Amin Ya Rahim....
No comments:
Post a Comment