DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, December 14, 2020

EMPANGAN BATU KG SG BULOH

Arwah Haji Abdul Rahman Bin Chuboi atau lebih dikenali sebagai Man Pang (Rahman Empang) telah mula bekerja di Empang Batu. Beliau adalah orang pertama yang menjaga empang batu. Pada mulanya beliau adalah pekerja yang bekerja membersihkan sungai teriang, dan kerajaan pada masa itu telah membuat empangan batu. Oleh yang demikian, Arwah abah dipilih untuk menjadi petugas yang pertama untuk menjaga empangan tersebut. Tahun sebenar sudah tak ingat, tapi sebelum 1962 selewatnya kerana Mak dengan Abah Kawin 1962 dan kakak yang sulong lahir 1963. Pada tersebut Empangan batu telah digantikan dari empangan kayu. Empangan batu lebih kukuh dan moden serta mampu menampung keperluan sawah padi di Kg Sg Buloh. Penduduk empang pada masa itu ialah Jemiah dan murad sekeluarga, Kenaboi (Md Nor dan isterinya Tiah bt Yusuf) Iaitu orang kenaboi serta Wak Kerso. Manakala Arwah Lebai Yunus dan isteri nya Selimah duduk dikuarters sebelah rumah arwah abah. Ada penduduk sekitar empang yg buat rumah di dalam kawasan sawah seperti Wak yatim keluarga, Tok Kesong sekeluarga dan Wak Parman sekeluarga. Ada sesiapa yang boleh tambah?

Friday, December 4, 2020

KENA KEMASKINI BLOG

 European Union laws require you to give European Union visitors information about cookies used and data collected on your blog. In many cases, these laws also require you to obtain consent.

As a courtesy, we have added a notice on your blog to explain Google's use of certain Blogger and Google cookies, including use of Google Analytics and AdSense cookies, and other data collected by Google.

You are responsible for confirming this notice actually works for your blog, and that it displays. If you employ other cookies, for example by adding third party features, this notice may not work for you. If you include functionality from other providers there may be extra information collected from your users.

Learn more about this notice and your responsibilities.

Undang-undang Kesatuan Eropah menghendaki anda memberi maklumat kepada pengunjung Kesatuan Eropah mengenai kuki yang digunakan dan data yang dikumpulkan di blog anda. Dalam banyak kes, undang-undang ini juga mengharuskan anda mendapatkan persetujuan.

Sebagai penghargaan, kami telah menambahkan notis di blog anda untuk menjelaskan penggunaan Google terhadap cookie Blogger dan Google tertentu, termasuk penggunaan cookie Google Analytics dan AdSense, dan data lain yang dikumpulkan oleh Google.

Anda bertanggungjawab untuk mengesahkan bahawa notis ini benar-benar berfungsi untuk blog anda dan yang dipaparkan. Sekiranya anda menggunakan kuki lain, misalnya dengan menambahkan ciri pihak ketiga, notis ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Sekiranya anda menyertakan fungsi dari penyedia lain mungkin ada maklumat tambahan yang dikumpulkan dari pengguna anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai notis ini dan tanggungjawab anda.