DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Thursday, August 28, 2008

NOVEL YANG TAK PERNAH SIAP....

Ntahlah... hati ini selalu sangat berdebar-debar. Diri ini juga tak pasti apa yang dirisaukan. Ada juga rasa sakit dada, ada juga sakit kepala tetapi tak pernah ku hiraukan.

Apa akan jadi dengan anak ku, kalau aku tiada nanti. Masihkah aku akan disayangi oleh orang-orang yang menyayangi aku sewaktu aku masih lagi hidup didunia ini.

Pemikiran aku selalu melayang. Aku tak fikir orang yang pergi, tapi aku fikir aku dulu yang pergi mengadap penciptanya. Apa yang akan jadi pada keluarga ku. Adakah mereka sudah bersedia. Adakah ...........

Wednesday, August 20, 2008

SEJARAH KG SG BULOH

Dikhabarkan orang-orang lama bahawa nama Kg Sg Buloh ini telah diberikan sempena nama sebatang Sungai dan ditebing Sungai ini banyak pokok buloh. Bersempena dengan itu, kampung ini telah diberi nama Kampung Sungai buloh.

Sungai ini masih lagi wujud hingga kini. Keluasan sungai ini tidak sebesar mana, hanya 10 - 15 kaki sahaja dan panjangnya di dalam anggaran 10 km dan ianya bertembung di Kuala Sungai Buloh dan Sungai Teriang (rujuk petikan Sungai Teriang).

Thursday, August 14, 2008

AMACAM LAMAN WEB KITA NIE?

Mmmm...amacam laman web kita nie, nie tengah godak lagi nie....seronok juga...nanti ada masa, kita tengah belajar macamana nak buat laman web sebenarnya. Kalau sapa-sapa nak belajar, senang aja...kita sedia bantu....kalau ada sapa-sapa nak bantu saya pun ok juga...bagi kasi lagi ngam...

Beri la komen dengan menekan Comment di bawah nie...

SALAM DARI,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

Wednesday, August 13, 2008

MAKLUMAT PENULIS

NAMA : HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

TEL : 017-6069829

Alamat : No. 2, Kg Sg Buloh, Simpang Durian, 72400 Jelebu Negeri Sembilan

Nama Bonda : Zaleha Manap

Nama Ayahanda : Allahyarham Mohd Abdul Rahman bin Chuboi

Nama Adik Beradik :

  1. Hashimah Mohd Abdul Rahman (Kak Long)
  2. Kamarulzaman Mohd Abdul Rahman (Bangah)
  3. Kamaruddin Mohd Abdul Rahman (Atih)
  4. Rahimah Mohd Abdul Rahman (Kak Lang)
  5. Shahrom Mohd Abdul Rahman (Banchek)
  6. Samsuddin Mohd Abdul Rahman (Abang Abon)
  7. Sarimah Mohd Abdul Rahman (Kak Ndak)
  8. Saya la... (Banchik)
  9. Rosnah Mohd Abdul Rahman (Mak Induk)
  10. Rasidah Mohd Abdul Rahman (Mama)
  11. Arlina Mohd Abdul Rahman (Induk)
  12. Ruzilawati Mohd Abdul Rahman (Antie)
  13. Mohd Kamarul Azami Mohd Abdul Rahman (Pak Mie)
  14. Rohana Mohd Abdul Rahman (Mak Uda)
  15. Mohd Kamarul Wazir Mohd Abdul Rahman (Pak Boy)
  16. Mohd Kamarul Hafizi Mohd Abdul Rahman (Pak Iji)
2.

KEMUDAHAN LOGISTIK





1. Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
2. Masjid Jamek Kg Sungai Buloh
3. Balai Raya Kg Sungai Buloh
4. Perpustakaan DesaKg Sungai Buloh
5. Balai Polis (Kini tidak lagi dihuni-dikhabarkan untuk dibaik pulih)

Tuesday, August 12, 2008

PEMIMPIN KG SG BULOH

Barisan Pimpinan Kg Sg Buloh adalah :-

Ketua Kampung - Y. Bhg. Encik Bahali bin Osman
Nazir Masjid - Encik Nor ???
Imam Masjid - Tn. Haji Bidin ???
Bilal Masjid - ??

SUNGAI TERIANG

Sungai teriang adalah sungai yang mengalir dari Ulu Jelebu dan menghala ke Sungai Pahang dengan melalui Kg Sg Buloh.

Sungai Teriang adalah sungai yang memberikan sumber bekalan air bagi sekitar penduduk di Kg Lakai, Simpang Durian, Mentaus, Durian Tipus, Kg Jerang dan juga Sg Buloh. Pusat JBA di sana adalah di Kg Lakai (5 km dari pekan Simpang Durian)

Disamping itu, Sungai Teriang memberikan sumber bekalan air bagi petani bersawah padi.

Hasil sampingan Sungai Teriang adalah penangkapan ikan.

Bagi tujuan pertanian, satu Empangan batu telah dibina oleh Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) selepas banjir tahun 1971. Empangn ini telah dipelihara dengan baik oleh JPS dengan tanaman pokok buah-buahan disekitarnya. Allahyarham Mohd Abdul Rahman atau Pakndak atau lebih dikenali dengan Man Pang adalah salah seorang anggota kerja JPS telah bertugas sebagai penjaga Empangan dari tahun 1970 lagi.

Empangan ini sering dijadikan pusat beriadah oleh penduduk setempat terutama kanak-kanak.

Pada musim "Menutup" dan "Membuka" Empang, dilihat bagaikan pesta oleh penduduk setempat yang hadir untuk mencari ikan. Bukan sahaja penduduk sekitar, malah ada dari pekan Kuala Pilah, Jelebu dan sebagainya turut hadir untuk mencari ikan.

KG SG BULOH

PUSAT BANDAR JELEBU

Jelebu is one of the largest districts in Negeri Sembilan, Malaysia, consisting (DIDUDUKI) more than 100,000 in population (penduduk). Jelebu borders both the Nilai district and Selangor. Jelebu is a suburban (PINGGIR KOTA) district with blossoming (BERBUNGA) semi-agricultural industry.

Jelebu has an infamous (GAH/TERKENAL) recorded history of British and Japanese colonization (PENJAJAHAN) as compared to other parts of Negeri Sembilan. Numerous (BANYAK) priceless (TIDAK TERNILAI) colonial artifacts were discovered (DIJUMPAI) in the small semi-agricultural town of Sungai Muntoh, which was a once-booming mining town a century ago. These artifacts are now displayed in the state museum. Titi and neighbouring Sungai Muntoh were the most developed towns of all mining sites in Jelebu. The booming tin (TIMAH) industry was one of the main reasons of the massacre (PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SECARA KEJAM) in Titi, where more than 1,500 people (mainly Chinese) were killed. Altogether, there were about 5,000 people killed under the Japanese-led army during World War II. (Boom – berdentum, melambung naik, keadaan ekonomi melambung)

Jelebu has the warmest climate in recorded Malaysian history. The southwestern (SELATAN BARAT DAYA) part of Jelebu is arguably (BOLEH DIPERTIKAIKAN) the driest place in Malaysia.

The rubber and the mining business made Malaya one of the richest in natural resources during the British colonial period. Jelebu was one of the districts that produced some of the world's best quality rubber and steel (KELULI). Pineapple production there is ranked one of the top in Peninsular Malaysia. For some unknown reasons, Jelebu is home to some of the state's biggest and most advanced rehabilitation centers (PUSAT PEMULIHAN).