DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Tuesday, August 12, 2008

SUNGAI TERIANG

Sungai teriang adalah sungai yang mengalir dari Ulu Jelebu dan menghala ke Sungai Pahang dengan melalui Kg Sg Buloh.

Sungai Teriang adalah sungai yang memberikan sumber bekalan air bagi sekitar penduduk di Kg Lakai, Simpang Durian, Mentaus, Durian Tipus, Kg Jerang dan juga Sg Buloh. Pusat JBA di sana adalah di Kg Lakai (5 km dari pekan Simpang Durian)

Disamping itu, Sungai Teriang memberikan sumber bekalan air bagi petani bersawah padi.

Hasil sampingan Sungai Teriang adalah penangkapan ikan.

Bagi tujuan pertanian, satu Empangan batu telah dibina oleh Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) selepas banjir tahun 1971. Empangn ini telah dipelihara dengan baik oleh JPS dengan tanaman pokok buah-buahan disekitarnya. Allahyarham Mohd Abdul Rahman atau Pakndak atau lebih dikenali dengan Man Pang adalah salah seorang anggota kerja JPS telah bertugas sebagai penjaga Empangan dari tahun 1970 lagi.

Empangan ini sering dijadikan pusat beriadah oleh penduduk setempat terutama kanak-kanak.

Pada musim "Menutup" dan "Membuka" Empang, dilihat bagaikan pesta oleh penduduk setempat yang hadir untuk mencari ikan. Bukan sahaja penduduk sekitar, malah ada dari pekan Kuala Pilah, Jelebu dan sebagainya turut hadir untuk mencari ikan.

1 comment:

Abdul Hamid Hussin said...

Empang ni mula2 nya cuma sebuah rumah pam yang menyedut air sungai Teriang dan di disalurkan ke bondar (saliran atau taliair) yang berkhir di hilir Kg Baru Sg Buloh berhadapan dengan nurseri Jabatab Pertanian. Ketika itu sawah2 hanya selapis sahaja iaitu sawah nombor 1 bersebelahan jalan. Jaluran sawah no.2 dan no.4 hanya dibuka dipenghujung tahun 1950an sahaja dan untuk tujuan itu empangan kayu balak telah dibina melintasi Sg Teriang.Bondar yg sempit (4 kaki) telah diluaskan macam yang ada hari ini dan beklan air mencukupi membolekan pesawah2 terus bersawah hingga ke hari ini dengan maju nya sedangkan dikampong2 lain di seluruh Jelebu kebanyakan sawah padi telah ditinggalkan atau ditanam dengan tanaman komersial yang lain seperti kelapa sawit, pisang dan tebu,