DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Wednesday, July 9, 2014

SUATU HARI DIHARI PUASA

ASSLAMUALAIKUM WBRKTH DAN SALAM RAMADHAN.....

Setiap kali bulan puasa, aku pasti teringat akan peristiwa ini.  Malah bukan aku sahaja, semua adik beradik aku pasti juga ingat.  Waktu itu, aku masih berada disekolah rendah.  Rasanya di dalam darjah 2 atau darjah 3.

Pada ketika itu, sedang musim rambutan.  Dihujung seberang sawah di belakang rumah emak ada dusun rambutan.  Waktu tu rambutan sangat ranum.  So aku pun dengan heronya ke dusun rambutan tersebut seorang diri. 

Sampai disana, kami memang ada buat buaian guni di bawah pokok rambutan.  Sambil duduk berbuiai di atas buaian tersebut, angin nan meniup-niup sepoi-sepoi sempoi...matahari pula panas terik..tapi di bawah pokok rambutan peninggalan arwahtyok tu sangat sejuk.....jam masih awal lagi dalam 3.00 petang. Mata aku mula kuyu dan layu terus terlena...

Jeng...jeng...jeng..part klimaks dalam cerita nie..hi..hi...

aku tersedar dalam jam 5.00 petang...matahari masih terik..tekak sangat kosong...aku tengok Atih Din (abg no 3) sudah ada di kebun tersebut.  Aku rasa sudah tidak lagi sangat bertenaga..aku minta izin dari atih din untuk balik...balik dengan keadaan lapar, haus penat..mata mengantuk...

Untuk balik kerumah mak..aku kena lalui sebatang titi dan meredah permatang sawah.  Badan pada ketika utu..memkang terasa sangat penat dan tidak bermaya..rasa nak minum sahaja air sawah...tapi aku masih tahan lagi...sampai satu permatang yang besar..aku nak duduk sekejap sebab penat..walhal rumah mak bukan lah jauh sangat..Nampak pun dari duusn rambutan tu...balik pada cerita tadi, aku duduk di satu permatang yang besar...aku rasa nak sandarkan badan pada permatang tu...aku pun nak sandar sekejap...tup,,tup...aku tertidur disitu sehingga atih din lalu dalam 5.30 petang..macam gitu...aku dah lena tidur atas permatang sawah tu...

Atih din kejut aku...tapi aku dah tak mampu nak buka mata macam orang pengsan...hi..hi..atih din terpaksa pikul aku balik bawa ke rumah...sampai ke rumah..emak paksa aku mandi dan kata..kalau dah tak tahan nak berbuka..pergi lah minum....

Ohhh..aku masih mampu bertahan walaupun aku melepek kepenatan...syukur puasa ku ptg itu selamat...