DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Thursday, June 25, 2009

NUR ALYA ZAHRA MOHD WANDI


Salam Buat Semua,

Sukacita dimaklumkan bahawa Adinda saya, Puan Ruzila binti Mohd Abdul Rahman telah selamat melahirkan seorang puteri pada 23 Jun 2009, jam 12.22 malam.

Puteri yang diberi nama Nur Alya Zahra binti Mohd Wandi (Nur Erwandy - pembetulan) telah melihat dunnia ciptaan ALLAH ini dengan beratnya 2 kg.

Tahniah dari saya untuk Cikgu Ruzila dan juga Wandi.

Saya tak dapat nak download gambar Nur Alya Zahra kerana sebab-sebab teknikal. Sekiranya ada sesiapa yang ada gambar tersebut, sila email kepada saya dialamat hassimjelebu@gmail.com

Saya juga difahamkan, puteri ini akan mencemar diri untuk pulang kekampung berjumpa dengan Nendanya pada hari Ahad 28 Jun 2009 nanti di Kg Sg Buloh.

Semoga berjumpa disana dan semoga Puteri menjadi anak yang soleh.

SALAM,

Monday, June 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA




21 JUN 2009 ~ Adalah hari bapa. Semua orang menyambut hari bapa. Memanglah hari bapa ini disambut setiap hari, tetapi tidak salah kita mengingati hari bapa sempena Hari Bapa pada 21 Jun 2009.

Walau bagaimanpun, hanya ALFATIHAH yang dapat aku hadiahkan buat ayahanda ku. Sesungguhnya telah aku ceritakan sebelum ini bahawa ALLAHYARHAM AYAHANDA KU MOHD. ABDUL RAHMAN BIN CHUBOI TELAH PERGI MENEMUI PENCIPTANYA PADA 28 JUN 2007, JAM 7.30 PM (HARI KHAMIS MALAM JUMAAT) DIKALA UMURNYA 67 TAHUN.


AL-FATIHAH. YA ALLAH AMPUNILAH DOSA AYAHANDA KU, KAU LETAKKANLAH AYAHANDA KU DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. KAU MASUKKANLAH AYAHANDA KU KEDALAM SYURGA MU DENGAN RAHMAT MU YA ALLAH.

Kepada kalian yang datang ke blog aku, sayangilah bapamu, ambillah peluang untuk sentiasa bersamanya.

Salam dari,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

AHLAN WA SAHLAN REJAB...


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........


BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."



p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua

2. Waktu Sihat sblm Sakit

3. Waktu Lapang sblm Sibuk

4. Waktu Kaya sblm Miskin

5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Monday, June 15, 2009

INTAN NURDANISHA ATAU KAK NGAH NISAAA....

Haii nama saya Nisa, kalau nak berkenalan ngan saya, sila tanya bapak ngan mak saya dulu..heee..hee


Ahad) ~ Sedang saya memandu, pruttt..prutttt...prutttt... telefon aku berbunyi. Aku sedang on the way balik ke Semenyih bersama dengan Mak Uda. Di Belakang kereta aku adalah Bangah yang sedang memandu keretanya yang juga on the way balik ke Rantau. Sebaik sahaja aku angkat telefon, Abi.. nie Nisa, abi kat mana? tanya dia.... Oh Nisa, ya adik ada apa.. kata aku...

Abi kenapa gambar kita tak ada dalam blog abi? tanya Kak Ngah Nisa... (aku jer yg panggil dia Kak Ngah, sebab dia anak no dua tetapi yang bongsu setakat hari ini)....

Aku dah agak, mesti dia tanya punyaa... Ok..Kakngah Nisa... ini hadiah Abi untuk Kak Ngah Nisa... Jangan lupa selalu masuk blog Abi ok? Abi ada banyak lagi gambar Kak Ngah Nisa nih,, nanti ada masa, abi downloadkan lagi gambar kak ngah nisa ok...


Untuk makluman pembaca blog, Kak Long Iiiin dan Kak Ngah Nisa adalah adik beradik... Mereka adalah anak Kekanda Bangah aku...Bangah ada dua orang sahaja anak setakat hari ini.

Salam Sayang Dari,

ABI

Saturday, June 13, 2009

INTAN KAMARINA (KAK LONG IiiNNN)

Semalam Kak Long Iiin tanya alamat blog kita. Lepas dia dah layari blog tu, dia pun call kita semula. Dia tanya kenapa x da gambar anak-anak buah dalam blog tu. Kita memang tak sempat lagi nak down load gambar-gambar sumer family. Kita baru sempat down load gambar mak dan adik-beradik aja. Kita becadang nak download gambar kak long anak beranak, lepas tu bangah anak-beranak, atih dan seterusnya samapai Pizi.

Tapi tu lah, tak sempat lagi..

Sebagai hadiah untuk Kak Long Iiin, kita downloadkan dulu gambar dia sorang-sorang kerana sudi singgah blog kita.
Salam Sayang,
ABI...




Thursday, June 11, 2009

ANUGERAH DEKAN - RESULT DAH KLUAR

Salam buat semua,

Alhamdulillah result dah keluar. Tapi aku tak dapat anugerah dekan. Yang penting aku lulus semua paper. Cuma ada sedikit penurunan markah keseluruhan.

Aku kena berusaha lebih dimasa akan datang nampaknya..

Anugerah dekan Tetap dalam perjuangan...

Salam,

Tuesday, June 9, 2009

ISTIADAT KERJAN UNDANG LUAK SUNGAI UJONG BARU TIDAK SAH

Istiadat Kerjan Undang Luak Sungai Ujong baru tidak sah
SEREMBAN 8 Jun - Majlis Istiadat Kerjan (Pertabalan) Undang Luak Sungai Ujong yang dijadualkan esok tidak sah kerana Undang Luak sedia ada masih wujud dan diterima Dewan Keadilan dan Undang negeri.
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang negeri, Datuk Jemal Zainal Kasim ketika dihubungi berkata, majlis berkenaan juga tidak diiktiraf kerana Datuk Mubarak Dohak yang dimasyhurkan menjawat kedudukan Undang Luak itu sebelum ini masih kekal berjawatan itu sehingga ke hari ini.
''Pertikaian berhubung jawatan itu telah lama menjadi isu kerana segelintir pihak telah mendakwa mereka berhak memegang jawatan berkenaan.
''Hal ini menyebabkan rakyat menjadi keliru serta menimbulkan rasa kurang senang,'' kata beliau di sini hari ini.
Penyandang jawatan Undang Luak Sungai Ujong masih jadi pertikaian dan bersemayam di takhta rasmi sebagai Undang Luak Sungai Ujong Ke-11 ketika ini ialah Mubarak.
Ia berikutan dakwaan yang mengatakan beliau telah melakukan salah laku adat sejak menyandang jawatan itu pada 20 Disember 1993 sehingga 30 September 2001.
Berikutan itu, satu majlis pemashyuran Othman Ismail sebagai Undang Luak Sungai Ujong dibuat selaras aturan adat pesaka Luak Sungai Ujong dan peruntukan Fasal 14 (1) dan 32 Perlembagaan Negeri Sembilan Darul Khusus 1959 serta Fasal 71 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Pemashyuran Othman sebagai Ke bawah Kaus Yang Teramat Mulia Luak Sungai Ujong dilakukan Datuk Lembaga Kanan Sungai Ujong, Datuk Sri Maharaja Diraja Zulkepley Dahalan, pada 8 Februari lalu, sekali gus membawa kepada Istiadat Kerjan, esok.
Dalam pada itu, bekas Datuk Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Shahari Hassan yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, pelantikan Mubarak adalah sah dan mengikut Perkara 16 (3) Perlembagaan Negeri Sembilan.
''Segala keputusan yang dibuat oleh Dewan Keadilan dan Undang adalah muktamad serta tidak boleh dipersoalkan termasuk Zulkepley.
''Zulkepley tidak pernah dilantik sebagai Datuk Raja atau Datuk Seri Maharaja Diraja Waris Di Ayer kerana dia telah menentang dan membuat banyak angkara semenjak 1983 lagi.
''Tambahan pula dia bukan mengamal adat berikutan tidak mendapat pengampunan dan telah dikeluarkan daripada kelompoknya selain tidak akan menyandang sebarang jawatan selama tujuh keturunannya,'' katanya di sini hari ini.
Justeru kata Shahari, tindakan Zulkepley yang cuba mencampuri urusan Waris Darat adalah kesalahan yang amat besar.
Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai agar tidak digalakkan menghadiri majlis Kerjan yang dijadualkan esok di Pantai dekat sini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh menjelaskan perkara berkenaan telah diketahui oleh pihak polis dan pihaknya akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang negara.
Jelas beliau, pihak polis mengklasifikasikan majlis yang akan diadakan itu sebagai majlis persendirian selain meminta orang ramai yang hadir ke majlis itu tidak menimbulkan sebarang ketegangan yang boleh mencabar undang-undang negara.

Thursday, June 4, 2009

KENAPA KITA DI UJI?

KENAPA KITA DI UJI??? Allah kata dalam surah ankabut (ayat2-3)"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,..."

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN? Allah kata dlm surah al-Baqarah (ayat 216)"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui..

"KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE? Allah kata dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

"RASA TENSION ??LEMAH ?? FRUST?? Allah kata dalam surah Al-Imran (ayat 139) "janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman

"APA YANG AKU DPT DARI SEMUA NIE...??Allah kata dalam surah taubat (ayat 111) "sesungguhnya Allah telah membeli dari org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka.

AKU DAH BOSAN!!!AKU TAK TAHAN!!Allah kata dalam surah Yusuf (ayat 12)".....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

Semua saudaraku, kita sering lupa bahawa ALLAH sentiasa sayang pada kita, kita sering lupa, apa jua yang kita rasa..sedih, putus asa dan apa saja, Al-QURAN lah yang menjadi penawarnya

Monday, June 1, 2009

ADAKAH AKU SEORANG PEMAAF

Tadi ada rakan saya hantar email ini. Saya amat tertarik dengan artikel ini (yang berwarna biru di bawah). Memang tidak dinafikan, bila dihayati artikel ini ditujukan tepat kepada kita sendiri. Sesiapa yang baca, maka dia akan rasa sesuatu. Samada positif atau negatif. Itu kita yang putuskan kerana hanya kita sahaja yang mengetahui tentang diri kita. Saya juga mahu kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan saya semua.

Alangkah susahnya mendidik hati kita ini, ujiannya amat besar dan sering menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati ini, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..

Janganlah anggap diri kita ini beriman, selagi kita tidak ditimpa ujian.

Salam hormat,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

"""" Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.

Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain? Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.

Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya. Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda. Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati.

Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi. Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda..

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan ******

MAKAN DI JM BRIANI BANGI

Tadi waktu tengahari, aku pergi makan tengahari kat JM Briani. Aku, Nasir dan juga Abng Mie. Abng akan last day pada hari Rabu ini kerana beliau akan bersara.

Abng Mie makan Briani Kambing, Nasir makan Briani Ayam merah dan aku makan Briani Ayam. Sedap tau briani dia. Abng Mie makan tak habis. Banyak sangat satu pinggan.

Selamat bersara Abng Mie. Jgn lupa kami kat opis YTN.



Amboi Nasir, bersemangat makan nampakkk


Ini ketika bergambar dgn Abng Mie kat opis

Salam dari,


HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN