DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Monday, June 1, 2009

ADAKAH AKU SEORANG PEMAAF

Tadi ada rakan saya hantar email ini. Saya amat tertarik dengan artikel ini (yang berwarna biru di bawah). Memang tidak dinafikan, bila dihayati artikel ini ditujukan tepat kepada kita sendiri. Sesiapa yang baca, maka dia akan rasa sesuatu. Samada positif atau negatif. Itu kita yang putuskan kerana hanya kita sahaja yang mengetahui tentang diri kita. Saya juga mahu kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan saya semua.

Alangkah susahnya mendidik hati kita ini, ujiannya amat besar dan sering menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati ini, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..

Janganlah anggap diri kita ini beriman, selagi kita tidak ditimpa ujian.

Salam hormat,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

"""" Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.

Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain? Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.

Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya. Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda. Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati.

Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi. Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda..

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan ******

No comments: