DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Monday, August 31, 2009

IKAN BARU DI KOLAM

Tengoklah ikan-ikan nie makan.. seronoknya....
Lagi tu... saya sengaja beri makan kat tepi-tepi ... seronok tengok ikan-ikan nihhh

Ini ikan patin mak.... dia makan kat bawah pokok jambu....


Yang hitam-hitam tu, ikan patin mak lah tu...




Salam Buat Semua,


31 Ogos 2009 ~ Ini ada berita gembira untuk semua. Kita dah masukkan ikan Talapia sebanyak 1000 ekor kat dalam kolam Arwah Abah dan mak masukkan 300 ekor ikan Patin. Kami ramai ramai pergi satu kereta pergi beli kat kedai ikan tempat Arwah Abah beli dulu. Kita, Mak, mahani dan yang lain-laian yang kecik-kecik tu la berderet-deret. Diaorang punya seronok bukan main berlari kesana dan kemari. Anak-anak ku semua lupa yang mereka tu berpuasa.

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT HARI JADI UNTUK AKU


29 OGOS 1975 - Lahirlah seorang insan kerdil oleh seorang wanita bernama Zaleha binti Manap. Suaminya bernama Mohd Abdul Rahman Bin Chuboi. Bayi yang baru dilahirkan ini diberi nama HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN. Kini 34 tahun peristiwa itu berlalu, namun aku yakin masih segar lagi didalam ingatan bondaku dan masih teringat peristiwa itu berlalu seolah-olah baru semalam ianya berlaku.

TERIMA KASIH BONDA KERANA MELAHIRKAN KU DIDUNIA INI. AKU MEMOHON AGAR DIHALALKAN SEGALA MAKAN DANMINUM KU SERTA SEMUA KESALAHAN YANG AKU SENGAJAKAN DAN TIDAK AKU SENGAJAKAN.

Amin...

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

MERDEKA MERDEKA MERDEKA


Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

Airmata darah bercampur keringat,

Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesama kita

Cita lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutup hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa

Majulah dengan gagah perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara

Friday, August 28, 2009

SERBIS KERETA D WIN HING TOYOTA BALAKONG

La nie aku tgh serbis kereta di Win Hing Balakong. Dasyat lah temapt nih, bangunan baru, tempat cantik dan ada internet percuma...

Macam nie tunggu lama pun takpa WRP 6508 tu.. huu..huu

DR LOW MENCARI KELUARGA ANGKAT D KG SG BULOH

Dear Dr,

Saya telah balik ke Kg Sg Buloh. Perkhabaran ini telah saya sampaikan kepada Ibu Angkat Dr. memang dia gembira. Ini nombor telefon beliau :-

017-8832936
017-3908336
013-3631830

Yusof dan Aznah
................................................................................

Jawapan email saya kepada salah seorang pengirim email di bawah :-

Dear Dr,

Saya memang mengenali semua keluarga, orang-orang dan rumah-rumah di Kg Sg Buloh, Cuma sedikit maklumat yang saya perlukan ialah adakah ia betul-betul berhadapan sekolah Kg Sg Buloh tersebut. Di sekeliling Sekolah tersebut terdapat rumah-rumah yang memang sentiasa dalam ingatan saya. Saya amat berbesar hati untuk membantu Dr mencari keluarga angkat tersebut. Kebetulan saya akan pulang ke Kg esok, saya akan mengambil gambar rumah-rumah di sekitar Sekolah Kg Sg Buloh, dan Dr boleh buat pengecaman melalui gambar-gambar ini.

Regards From Kg. Sg Buloh,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN 017-6069829
______________________________________________________________
Salam sejahtera En. Hassim,

Nama saya Low Yong San, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Saya terjumpa alamat e-mail En. daripada blog En. semasa saya membuat pencarian tentang Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian, Negeri Sembilan, dalam internet untuk menjejaki sebuah keluarga Melayu di Kampung Sungai Buloh yang saya banyak terhutang budi kepada mereka.

Untuk pengetahuan Encik, saya pernah tinggal bersama keluarga tersebut selama seminggu di bawah projek "Keluarga Anak Angkat" anjuran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada hujung tahun 1994. Pada masa itu, saya merupakan seorang pelajar di UPM. Selama ini saya cuba menghubungi keluarga angkat saya di Kampung Sungai Buloh tetapi gagal setelah saya kehilangan nombor telefon dan alamat keluarga angkat saya.

Bagaimanapun, saya tidak ingat nama ibubapa angkat saya serta nama anak-anak mereka. Maklumat yang saya masih ingat ialah rumah keluarga angkat saya terletak betul-betul di hadapan sekolah rendah di Kampung Sungai Buloh. Anak lelaki sulong ibubapa angkat saya telah berkahwin pada masa itu, dan bekerja sebagai penanam sawah padi, dan tinggal bersama dengan ibubapa angkat saya. Ini sahaja maklumat yang saya ada mengenai keluarga angkat saya.

Saya meminta pertolongan Encik sekiranya Encik kebetulan mengenali keluarga angkat saya dengan memberi nombor telefon dan alamat mereka kepada saya atau memberikan nombor telefon dan alamat saya kepada mereka.

Budi baik dan pertolongan Encik saya ucapkan ribuan terima kasih.


DR. LOW YONG SAN
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Tel: 04-653 2274 (pejabat)
012-4866841 (telefom bimbit)
__________________________________________________________________________________

Wednesday, August 26, 2009

Thursday, August 20, 2009

Salam To Auni

Salam Auni,

Dimajukan iklan yang dimaksudkan. Sila Auni buat resume. Permohonan mestilah dialamatkan ke alamat di bawah bersama sekeping gambar berukuran pasport.

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia KumpulanAras 8, Bangunan Ibu Pejabat TNB,
No. 129 Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

Setelah Auni dah buat surat dan resume, hantarkan segera kepada saya melalui pos laju/citylink atau apa-apa yang boleh sampai cepat sebab tarikh tutup pada 31 Ogos 2009. Alamat saya ialah :-


Alamat :-

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
Pejabat Yayasan Tenaga Nasional
Aras 1, Blok BB, UNITEN,
Km 7, Jalan Kajang-Puchong, 43009 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Saya akan majukan permohonan Auni tersebut ke Ibu Pejabat TNB.

Kalau Auni tak faham, sila tanya balik.

Salam,


HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
017-6069829

Wednesday, August 19, 2009

BUAH JENTIK-JENTIK

Tadi Abah aku balik dari Kedah...

Dia ada beli buah yang tak pernah aku rasa seumur hidup... Nie adalah first time aku rasa buah nie...



Si dalamnya macam buah delima kot.. rasa macam buah Rambai...
Buah nie bila dijentik, kulitnya akan terpelanting dan tinggal isinya berwarna pink macam delima...

Ini gambar secara Zomm innn...


Tuesday, August 18, 2009

NASI GORENG SPECIAL ABANG LONG

Aku kan tinggal sorang hari ini, adik-adik pun tak ada nak suruh masak...bujang la katakan.. nak pergi makan kat luar malas.. so aku guna ke kreatifan aku untuk buat nasi goreng special... inilah nasi goreng yang paling sedap pernah aku rasa...




Monday, August 17, 2009

HASSIM, BANGCHIK DAN ABANG LONG

Perbualan antara Hassim, Banchik, dan Abang Long…..

Hassim : Hai Banchik dan Abang Long, buat apa tu?

Banchik : Ohh.. Hassim.. tak ada apa.. saja berbual…

Abang Long : Isteri kau tak ada ker Hassim?

Hassim : Haahh… tak ada… isteri aku ada kerja di Kedah… ..

Banchik : Oooo iya.. lama ker? Engkau tak apa lah Hassim, adik-adik kau boleh bantu waktu isteri kau tiada. Adik-adik kau dua orang duduk dengan engkau lagi kan.… aku tau kau tak suka makan luar . Dia orang boleh bantu masakkan untuk kau…dan bantu basuhkan kain yang kotor

Abang Long : Haaahh.. sekurang-kurangnya goreng telur dadar pun tak apa.. asalkan makan kat rumah.. Engkau serupa macam aku la Hassim tak suka makan kat luar.....

Hassim : Mmmm… Alhamdulillah… aku memanglah suka makan kat rumah…dia orang bolehlah bantu aku sikit-sikit… tak akan aku nak paksa.. dia orang dah besar panjang dan sudah pandai bawa diri dan dah pandai berfikir … biarlah dia orang buat ikut rasa hatinya.. apa yang dia rasakan betul, betulah agaknya… setakat nak bantu tu, bolehlah sementara diaorang belum berkahwin.. dah berkahwin nanti, depa ikut suami masing-masing…

Banchik : Beruntung engkau Hassim… sorang adik sendiri dan seorang adik ipar….

Hassim : Mmmm.. memanglah aku beruntung.. riuh lah sikit rumah tu.. klau tak tinggallah aku bertiga sahaja.... oklah Banchik dan Abng Long… aku nak balik dulu.. aku nak makan malam ni.. nak rebus maggi..

Banchik dan Abang Long : Rebus maggi????//.;;/’;;sll

Thursday, August 13, 2009

SURVEY UNTUK PROGRAM JEJAK KEGEMILANGAN TNB 2009

21 Julai 2009 ~ Pada hari ini aku pergi sekitar Kuala Lumpur untuk mencari kawasan menarik untuk Program Jejak kegemilangan TNB 2009. Antara tempat yang aku pergi buat survey ialah MUZIUM KL dan Menara Kuala Lumpur. Semasa menunggu pegawai dari Menara KL, Encik Azha aku and the gang berjalan sekitar Menara kerana ada beberapa pameran disana. Jom kita zooom gambar-gambar ini...

Saudara Jefri mencuba F1
Pameran Kabel Bawah Laut oleh TM

Pameran Binatang Liar

Jep dan Art sedang menghayati dan Memerhati Katak Besar Tayar

Ular nie bosar sungguh... nasib baik dia dalam cermin jer.. klu tak..ntahlah..


Pengerusi FAMA

Bergambar kenangan bersama Pengerusi FAMA Ybhg. Dato' Paduka Hj. Badruddin Bin Amiruldin.

MAJLIS TAHLIL UNTUK ARWAH ABAH


Alhamdulillah, saudara-mara pun ada termasuk ABng Kamal dan Bangah Jalil dan kebetulan Atih Din ada balik ke Kg.

Menu dia Apa? Seperti biasa Bangah nak gulai kambing... Mak pula sokong... hee..hee.. kita pun sokong...Kak Long pun sokong... bak kata pepatah sumer sokong lah...yang beza kali ini ialah saya memilih tugas untuk bersihkan kepalo kambing. Selalu tengok orang saja buek... so kito pun buek...bukan sonang rupo ehhh... Abng Ajai cakap apo... haa.. orang kolumpo bosihkan kopalooo.. akhirnya siap jua itupun Abng Ajai yang bantu... kita bakar dan kikis.. tapi ending Abng Ajai la yang buat...

Ini kira meja untuk VIP la.. Para Ustaz dan Old Timer Kampung

Ini para tetamu yang hadir

Waktu Tahlil

Ni gambor bebudak mengacau lauk... kerja..kerjaa..

Ini wakil dari Kulim...

SALAM BUAT PELAYAR DARI PENANG

Salam buat pelayar dari Penang. Hang selalu masuk cheeek punyo blog noo...

Tapi Cheeekk dah lamo tak update cheeekk punya blog.. tapi hang masih setia juga noo... terima kasih atas sokongan tu...