DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Showing posts with label Sosial Dan Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Sosial Dan Kebajikan. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

PELEBARAN JALAN SEREMBAN - GUA MUSANG

Satu lagi kerugian kepada orang-orang Jelebu sekiranya pelebaran jalan ini tertangguh dan tidak dilaksanakan.  Kalau sebelum ini, cadangan pembinaan UiTM di NS dan MB bersedia menerima pembinan UiTM ini dan dilaksanakan di NS pun tak jadi.  

Pada ketika itu, saya ada mencadangkan kepada MB agar UiTM ini dibina di Jelebu.  Dan untuk refresh balik kisah UiTM ini sila klik Disini. Sebaik sahaja membaca berita ini di akhbar, saya sebagai seorang rakyat Jelebu terus menghantar email kepada MB NS mencadangkan agar pembinaan tersebut dilaksanakan di Jelebu (siapalah kita).  Saya gembira mendapat jawapan yang ringkas namun ianya amat Positif.  Saya yakin MB NS juga mahukan ianya dibina di NS.

Namun Keputuan YBK adalah untuk tidak memihak kepada NS dan membinanya di Melaka/Selangor (MB Selangor telah menghalang pembinaan UiTM di Serendah).

Kini satu lagi projek untuk orang-orang Jelebu untuk Pembangunan rakyatnya.  Bayangkan betapa majunya Jelebu kalau projek pelebaran Jalan Seremban - Gua Musang melalui Pelangai dan Bentong jadi kenyataan.  

Sudah pasti kemajuan kawasan kita akan menampakan pembangunan.

Limpahan itu, rakyat setempat akan mendapat manafaatnya.  

Semoga projek ini tidak dibatalkan.  Bersama-samalah kita doakan.
   
Pahang tolak projek baik pulih jalan hubungkan Seremban-Gua Musang

2010/09/01
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini menolak projek untuk membaik pulih jalan raya yang menghubungkan Seremban, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan selepas Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya hanya memperakukan untuk membaiki kawasan yang berlaku kemalangan sahaja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pendirian Exco kerajaan negeri hari ini ialah bahawa tidak perlu dilakukan sebarang pembaikan di jalan berkenaan sehingga ekonomi kembali pulih.
Mengikut perancangan awal, jalan berkenaan yang menghubungkan Seremban ke Gua Musang melalui laluan Simpang Pelangai, Bentong, Karak, Kuala Lipis, bakal dinaikkan taraf kepada empat lorong dengan membabitkan kos sebanyak RM3.7 bilion.

"Telah banyak perbincangan dilakukan sebelum ini dan berdasarkan perancangan sepatutnya dahulu jalan empat lorong kemudian dikurangkan kepada dua lorong dengan kos RM1.3 billion,"

"Dan keputusan terakhir, hanya untuk memperbaiki jalan terpilih iaitu tempat-tempat yang dipercayai mempunyai risiko tinggi punca berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Pahang di sini, hari ini.

"Oleh sebab perakuan ini dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya iaitu hanya baiki kawasan yang berlaku kemalangan saja, maka reaksi kerajaan negeri Pahang ialah saya cadangkan tak perlu buat apa-apa hingga ekonomi pulih.

"Walau apapun, keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), kita akur, tetapi pada EPU dan JKR, tak payah buat apa-apa, pesan pada orang balik Kelantan (cuti Aidilfitri nanti) hati-hati..," katanya dengan nada sinis.
Projek melebarkan jalan berkenaan adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Oktober 2007.

Adnan yang kesal dengan keputusan itu berkata apa yang perlu dilakukan cuma jalan terbabit ditambah papan tanda
amaran di sepanjang kawasan berisiko kemalangan. - BERNAMA

Wednesday, January 13, 2010

SERAI UNTUK DIMASAK














Serai ni aku yang tanam. Tanam kat tepi rumah aja. Ada la dalam 40-50 rumpun. dah banyak, banyak macam nie tak tahu pula nak buat apa. Kalau jual laku juga ni.
Aku ada idea, apa kata aku bawa untuk rakan-rakan dipejabat. Mana-mana yang selalu masak di rumah pasti nak , agaknya la...
Apa-apa pun layanlah gambar serai aku yang banyak nihhh...

Tuesday, December 22, 2009

AIMAN AMANINA ABD RAHIM DICARI KELUARGA


SALAM TO ALL,

Saya ada menerima email dari sahabat yang sedang membantu mencari anak sahabatnya yang lain, SAHABATNYA INI MEMBANTU SAHABATNYA mencari anaknya YANG LAIN, DAN SAHABAT YANG LAIN INI MEMBANTU MENCARI ANAK SAHABATNYA YANG LAIN BEGITULAH SETERUSNYA SEHINGGA KITA JUMPA dan dapat MEMBANTU mencari anaknya yang hilang. Saya uploadkan diblog saya untuk membantu mereka mencarinya. Semoga beliau kembali ke pangkuan keluarga.

Kepada Adik Aiman Amanina, silalah balik. Jangan buat Umi dan Abi adik macam ni. Kalau ada apa-apa yang tidak puas hati, lari dari rumah bukan jalan penyelesaian yang baik. Kesian umi dan Abi adik. Kalau adik mendengar nasihat dari rakan supaya adik lari dari rumah, itu adalah nasihat yang tidak betul. Percayalah cakap abang, umi dan abi adik sedang merindu adik dirumah. Kalau kawan adik nasihatkan adik supaya lari dari rumah, percayalah adik akan menyesal suati hari nanti. Zaman remaja adik pada masa ini bukanya untuk bersukaria sahaja tetapi adik perlu berada disamping keluarga dan menimba ilmu sebanyak mungkin untuk adik hadapi hari-hari yang mendatang dimasa akan datang.
Tolong lah adik, baliklah... abng merayu adik untuk pulang walau pun abng tak kenal adik. Baliklah, pasti umi dan abi adik akan gembira.
Kepada keluarga Aiman Amanina, sabarlah dugaan ini. Berdoalah kepada ALLAH agar adik Aiman Amanina ini dilindungi oleh nya. Semoga adik Aiman Amanina pulang dengan selamat hendaknya.
Sewaktu saya search di Google saya jumpa blog ini yang juga sedang membantu mencari adik Aiman Amanina

Aiman Amanina dicari!

Updated 13 Dec : 07:14 by webmaster http://www.nurinalert.org/comment.php?comment.news.22

Seorang pelajar berusia 16 tahun Aiman Amanina Abd Rahim, telah keluar dari rumah sejak 11 November yang lalu. Dipercayai berada sekitar Kuala Lumpur. Sesiapa yang terjumpa sila hubungi En. Rahim 019-2881788 atau En. Zainal Abidin 019-2119119.

Saturday, November 21, 2009

Siti Amynur Ain Putri Rosdy

Siti Amynur Ain Putri Rosdy berdoa di pusara ibuya Allahyarham Rusmah Abdullah di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban, semalam. - BERNAMA
----------------------------------------------------------------------------------------------
SEREMBAN 20 Nov. - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu patah kaki dalam kemalangan. Ekoran itu, keluarganya terpaksa hidup dengan bantuan kewangan kerajaan RM400 sebulan. Setiap hari sejak berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik ke rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk sampaikan sendiri keputusan ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya. Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata, suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang". Noreha yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya. - BERNAMA.
Catatan Saya :- Sedih betul saya bila baca artikel ini. Sudah ayah tiada, kini Siti Amynur Ain Putri Rosdy terpaksa pula menghadapi ketiadaan ibunya. Saya pernah duduk di Taman Dusun Nyior dahulu. Semoga adik Siti Amynur Ain Putri Rosdy akan selamat adanya.

Saturday, October 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI - 1 Malaysia

Gambar bunga api disekitar Bandar Semenyih...

Salam 1 Malaysia,

17/10/2009 ~ Hari ini hari raya Deepavali. Jiran aku berbangsa India meraikan hari deepavali. Nak tahu, jiran aku nie beri kami kuih muruku, bunga api dan duit raya untuk Lutfi.


Pada raya tahun sudah, aku buat perkara yang sama pada beliau. Dan kini beliau membalasnya. Inilah yuang dikatakan semangat 1 Malaysia.

Salam,

Saturday, August 29, 2009

MERDEKA MERDEKA MERDEKA


Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

Airmata darah bercampur keringat,

Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesama kita

Cita lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutup hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa

Majulah dengan gagah perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara

Thursday, August 20, 2009

Salam To Auni

Salam Auni,

Dimajukan iklan yang dimaksudkan. Sila Auni buat resume. Permohonan mestilah dialamatkan ke alamat di bawah bersama sekeping gambar berukuran pasport.

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia KumpulanAras 8, Bangunan Ibu Pejabat TNB,
No. 129 Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

Setelah Auni dah buat surat dan resume, hantarkan segera kepada saya melalui pos laju/citylink atau apa-apa yang boleh sampai cepat sebab tarikh tutup pada 31 Ogos 2009. Alamat saya ialah :-


Alamat :-

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
Pejabat Yayasan Tenaga Nasional
Aras 1, Blok BB, UNITEN,
Km 7, Jalan Kajang-Puchong, 43009 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Saya akan majukan permohonan Auni tersebut ke Ibu Pejabat TNB.

Kalau Auni tak faham, sila tanya balik.

Salam,


HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
017-6069829