DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Monday, August 17, 2009

HASSIM, BANGCHIK DAN ABANG LONG

Perbualan antara Hassim, Banchik, dan Abang Long…..

Hassim : Hai Banchik dan Abang Long, buat apa tu?

Banchik : Ohh.. Hassim.. tak ada apa.. saja berbual…

Abang Long : Isteri kau tak ada ker Hassim?

Hassim : Haahh… tak ada… isteri aku ada kerja di Kedah… ..

Banchik : Oooo iya.. lama ker? Engkau tak apa lah Hassim, adik-adik kau boleh bantu waktu isteri kau tiada. Adik-adik kau dua orang duduk dengan engkau lagi kan.… aku tau kau tak suka makan luar . Dia orang boleh bantu masakkan untuk kau…dan bantu basuhkan kain yang kotor

Abang Long : Haaahh.. sekurang-kurangnya goreng telur dadar pun tak apa.. asalkan makan kat rumah.. Engkau serupa macam aku la Hassim tak suka makan kat luar.....

Hassim : Mmmm… Alhamdulillah… aku memanglah suka makan kat rumah…dia orang bolehlah bantu aku sikit-sikit… tak akan aku nak paksa.. dia orang dah besar panjang dan sudah pandai bawa diri dan dah pandai berfikir … biarlah dia orang buat ikut rasa hatinya.. apa yang dia rasakan betul, betulah agaknya… setakat nak bantu tu, bolehlah sementara diaorang belum berkahwin.. dah berkahwin nanti, depa ikut suami masing-masing…

Banchik : Beruntung engkau Hassim… sorang adik sendiri dan seorang adik ipar….

Hassim : Mmmm.. memanglah aku beruntung.. riuh lah sikit rumah tu.. klau tak tinggallah aku bertiga sahaja.... oklah Banchik dan Abng Long… aku nak balik dulu.. aku nak makan malam ni.. nak rebus maggi..

Banchik dan Abang Long : Rebus maggi????//.;;/’;;sll

No comments: