DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Friday, August 28, 2009

DR LOW MENCARI KELUARGA ANGKAT D KG SG BULOH

Dear Dr,

Saya telah balik ke Kg Sg Buloh. Perkhabaran ini telah saya sampaikan kepada Ibu Angkat Dr. memang dia gembira. Ini nombor telefon beliau :-

017-8832936
017-3908336
013-3631830

Yusof dan Aznah
................................................................................

Jawapan email saya kepada salah seorang pengirim email di bawah :-

Dear Dr,

Saya memang mengenali semua keluarga, orang-orang dan rumah-rumah di Kg Sg Buloh, Cuma sedikit maklumat yang saya perlukan ialah adakah ia betul-betul berhadapan sekolah Kg Sg Buloh tersebut. Di sekeliling Sekolah tersebut terdapat rumah-rumah yang memang sentiasa dalam ingatan saya. Saya amat berbesar hati untuk membantu Dr mencari keluarga angkat tersebut. Kebetulan saya akan pulang ke Kg esok, saya akan mengambil gambar rumah-rumah di sekitar Sekolah Kg Sg Buloh, dan Dr boleh buat pengecaman melalui gambar-gambar ini.

Regards From Kg. Sg Buloh,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN 017-6069829
______________________________________________________________
Salam sejahtera En. Hassim,

Nama saya Low Yong San, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Saya terjumpa alamat e-mail En. daripada blog En. semasa saya membuat pencarian tentang Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian, Negeri Sembilan, dalam internet untuk menjejaki sebuah keluarga Melayu di Kampung Sungai Buloh yang saya banyak terhutang budi kepada mereka.

Untuk pengetahuan Encik, saya pernah tinggal bersama keluarga tersebut selama seminggu di bawah projek "Keluarga Anak Angkat" anjuran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada hujung tahun 1994. Pada masa itu, saya merupakan seorang pelajar di UPM. Selama ini saya cuba menghubungi keluarga angkat saya di Kampung Sungai Buloh tetapi gagal setelah saya kehilangan nombor telefon dan alamat keluarga angkat saya.

Bagaimanapun, saya tidak ingat nama ibubapa angkat saya serta nama anak-anak mereka. Maklumat yang saya masih ingat ialah rumah keluarga angkat saya terletak betul-betul di hadapan sekolah rendah di Kampung Sungai Buloh. Anak lelaki sulong ibubapa angkat saya telah berkahwin pada masa itu, dan bekerja sebagai penanam sawah padi, dan tinggal bersama dengan ibubapa angkat saya. Ini sahaja maklumat yang saya ada mengenai keluarga angkat saya.

Saya meminta pertolongan Encik sekiranya Encik kebetulan mengenali keluarga angkat saya dengan memberi nombor telefon dan alamat mereka kepada saya atau memberikan nombor telefon dan alamat saya kepada mereka.

Budi baik dan pertolongan Encik saya ucapkan ribuan terima kasih.


DR. LOW YONG SAN
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Tel: 04-653 2274 (pejabat)
012-4866841 (telefom bimbit)
__________________________________________________________________________________

No comments: