DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Thursday, June 25, 2009

NUR ALYA ZAHRA MOHD WANDI


Salam Buat Semua,

Sukacita dimaklumkan bahawa Adinda saya, Puan Ruzila binti Mohd Abdul Rahman telah selamat melahirkan seorang puteri pada 23 Jun 2009, jam 12.22 malam.

Puteri yang diberi nama Nur Alya Zahra binti Mohd Wandi (Nur Erwandy - pembetulan) telah melihat dunnia ciptaan ALLAH ini dengan beratnya 2 kg.

Tahniah dari saya untuk Cikgu Ruzila dan juga Wandi.

Saya tak dapat nak download gambar Nur Alya Zahra kerana sebab-sebab teknikal. Sekiranya ada sesiapa yang ada gambar tersebut, sila email kepada saya dialamat hassimjelebu@gmail.com

Saya juga difahamkan, puteri ini akan mencemar diri untuk pulang kekampung berjumpa dengan Nendanya pada hari Ahad 28 Jun 2009 nanti di Kg Sg Buloh.

Semoga berjumpa disana dan semoga Puteri menjadi anak yang soleh.

SALAM,

2 comments:

nana_rahman said...

Salah Maklumat tu..Nama Baby tu Nurul Alya Zahra Binti Nur Erwandy

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN said...

Den Lupo namo adik ipar denn.. terima kasih botul annnn