DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Tuesday, December 29, 2009

PART 5 - FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

Selesai mandi laut dan naik sampan, actually Lutfi mandi tak lama maklumlah kawan-kawan Lutfi dah tiada. Kurang seronoknya. Apa-apa pun nak balik hotel masih belum boleh Check In lagi. Orang punya la ramai pada hari tu. maklumlah cuti krismas.

Setelah masuk hotel, semua terus turun mandi kolam. Di kolam, kami bermain bola tampar air. Sedang main, datangs ekumpulan budak-budak lelaki dalam 7 orang nak main bola tampar jua. Apa lagi kita buat satu team keluarga, dia buat satu team. Umur diaorang ada dalam lingkungan 20 - 30 tahun agaknya.

Team keluarga kita diwakili Bangah, Kita, Ajai, Radhi, Sabri dan Boboi. Set pertama kita menang dengan mata 21 - 19, manakala set kedua dimenangi oleh tema budak-budak tu dengan mata 21 - 18. Oleh yang demikian, satu set penentuan bagi tujuan keputusan siapa yang akan menang.

Lama kita main set ketiga ini. Maklumlah masing-masing nak menang walaupun tak kenal satu sama lain. Tengok bangah pun excited jugak main bola tampar dalam air.

Pada masa mata kita 18-17, dan kita buat balingan. Waktu ini kita buat balingan yang kuat dan terus mendapat mata sebanyak 21-17 yang terus menobatkan kemenangan kepada kumpulan keluarga kita.

Sambil kita bermain bola tampar air, anak-anak begitu leka bermain air dan kadang-kadang mereka naik gelungsur air. Tak sangka mereka semua berani menaiki gelungsur air yang tinggi tersebut.

No comments: