DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Monday, December 7, 2009

MAIN BOWLING DENGAN ANIS DI METRO POINT

Mama dengan muka macam pro nya tetapi kalah dengan bergaya sekali...
Kalau dah macam nie, agak-agak kalah ker menang, lu pikir la sendiri...
Jangan lah Abng Long Strike, nanti kalah la Anis (agaknya itulah Anis fikir.. hee..hee..) jgn mare ye Anis abng Long gurau jer...
Ini markah Lutfi... 78 kira orait la tu...
Lutfi nak main lagi la Abi... sudah-sudah tadi kata lapar Jom kita makan Sate Kajang...

Ini adik ada suka makan Air batu.....
Apa nak buat saya kalah dalam siri pertama... markah teruk tak sampai 100 pun.. jura nya adalah Anis.. nampak jer lembut budak nih.. tapi power juga resultnya... Juara longkang...lu pikir la sendiri sapaerrr...

Second game... markan sya dah naik dan menjadi juara pada siri kedua...Anis jatuh mendadak dari tempat pertama ke tempat ketiga. Tempat kedua telah dirampas oleh Mama @ Punai @ Umi Chikk...Itu pun setelah Punai @ mama @ Umi Chiikk telah mensabotaj pemain bernama Long..... tentang Juara longkang, wa malas nak komen.. lu pikir la sendiri...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru sebentar tadi aku sekeluarga pergi main bowling di Ampang Bowl, Metro point.

Anis juga ada sekali. Antara yang hadir ialah Saya, Mahani, Lutfi, Anis, Umi Ana dan Mama.

Dalam pusingan pertama nampaknya Anis menjadi juara secara keseluruhan dengan mendapat markah sebanyak 114, manakala saya hanya berjaya mendapat markah sebanyak 99 sahaja. Manakala Juara Longkang diterajui oleh .................... (sila isi tempat kosong berdasarkan gambar diberi diatas... hee..hee)


Manakala pada pusingan kedua, saya kembali merampas takhta tetapi Anis telah kecundang dengan meraih tempat ketiga, makala Punai @ Mama @ Umi Chiiikk telah merangkul tempat kedua...
Adiosss......

No comments: