DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Saturday, December 12, 2009

KEMALANGAN LORI TANGKI MINYAK DI JELEBU


Keadaan sekitar kawasan rumah yang hangus terbakar setelah dirempuh sebuah lori tangki minyak yang terbabas di Kampung Ulu Klawang, Negeri Sembilan. Dalam kejadian itu menyebabkan tiga orang termasuk dua adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung. - UTUSAN


----------------------------------------------------------------------------------------




KUALA LUMPUR 12 Dis — Petronas Dagangan sedang menyiasat insiden di mana sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Batu 18, Kampung Ulu Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sehingga mengorbankan pemandunya dan dua beradik kira-kira 8.40 pagi tadi.


Menurut kenyataan Petronas Dagangan, pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan serta operator flit pengangkutan yang membawa produk untuknya berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca insiden.


"Petronas Dagangan melahirkan rasa kesal dan takziah dan akan memberi segala bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa insiden.

"Syarikat akan mengambil tindakan yang perlu terhadap operator pengangkutan yang terbabit dalam kejadian ini,” kata kenyataan itu.


Dalam kejadian itu, lori tangki berkenaan yang sedang membawa 21,000 litre petrol dan 10,000 liter diesel terbabas dan merempuh sebuah rumah lalu terbakar.

Pemandu lori tersebut mati dalam kejadian itu termasuk dua beradik yang sedang berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian. — BERNAMA


Tiga terbunuh termasuk dua beradik apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh sebuah rumah menyebabkan ia hangus terbakar di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18 di sini pada pukul 8.39 pagi ini.


Ketua Balai Bomba Jelebu, Adzhar Che Onn berkata, mereka yang terbunuh ialah pemandu lori syarikat MISC Integrated Logistic Sdn. Bhd., Shamsul Kahar, 36, serta dua beradik iaitu Anisah Hanapiah, 14, dan Mohd. Hafiz Hanapiah, 7.


"Dua beradik itu rentung selepas terbakar dan ditindih pecahan batu akibat rempuhan tersebut.
"Mayat kedua-dua beradik itu ditemui pada pukul 10.20 pagi manakala mayat pemandu yang 60 peratus terbakar ditemui tercampak berhampiran pagar luar rumah yang hangus itu pada pukul 9 pagi,’’ katanya.


Ketika kejadian, ibu dua beradik malang itu, Mariani Cembeng, 45, tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di kawasan berhampiran.


"Lori tersebut turut merempuh sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum terbabas di tebing setinggi empat meter dan merempuh rumah yang terletak di tepi tebing berkenaan,’’ kata beliau.


Jelasnya, 15 anggota bomba dan penyelamat dari Jelebu dan Seremban diketuai Timbalan Penguat Kuasa, Zakaria Amat dan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Khairul Azwan Ibrahim berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh satu jam. - Utusan

No comments: