Ini adalah gambar gerhana matahari yang dapat saya rakamkan pada 28 Januari 2009. Alangkah bestnya kalau dapat rakam gerhana bulan pada 1 Januari 2010 nanti.
__________________________________________________________
Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari 2009 ini.
Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi.
Fenomena gerhana tersebut dijangka akan bermula pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap. Gerhana yang jelas dapat dilihat bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi pada pukul 04.53 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.
Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

No comments:
Post a Comment