Lihatlah bagaimana mereka ini begitu kusyuk tengah menangkap ikan..
Lajunya air ini...
Lajunya air ini...
Along tolong Lutfi Along.. tolongg...
Lipan air tengah berenang-renang kegembiraan.. kalau digigit aduh sakitnya...
Tu nampak tak rumah tu, itulah rumah bonda aku..
Wah banyak air... sungguh laju dan kuat sekali air ini mengalir...
Tikus-tikus kesejukan
Along Syafiq sedang membuat lawatan dengan saya... Along sebagai pemandu arah saya pada hari tersebut...
Lebar senyumnya dapat main Air..
Didalam air ini ada padi yang sedang masak ranum sedia untuk dituai...
Sawak ker laut nini.. inilah sawah yang dinaiki air...
Tu gambar orang Kg nak pergi menangkap ikan...
Lagi peserta turun untuk menangkap hasil ikan sungai...
Tak peronah dio nie dapek main macam nie.. tu yang sonyum sampai pangkal tolingo sobab kogombioraan....
Kasihan saya melihat para petani yang ditimpa musibah ini. Modal sudah banyak keluar tetapi hasilnya ditimpa musibah. Mungkin ada hikmah disebalik ujian yang ALLAH Berikan ini.
Sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya itu tidak mampu diuji.
Disamping ujian ini, Penduduk Kg Sg Buloh juga mendapat faedah sampingan. Pada musim ada juga faedah yang diperolehi. Kepada yang rajin, waktu begini banyak ikan-ikan mula naik.. Boleh menangkap ikan dengan menjala, menapuk atau memasang jaring.
Hasilnya pasti lumayan...
Jambatan buloh yang kami gunakan untuk menyeberangi parit (Bondar@Bandar) dibelakang rumah bonda ku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sewaktu pulang ke Kg baru-baru ini iaitu pada waktu kematian Ibduk Lisam (3 Dis 2009) Kg Sg Buloh telah dilanda Banjir.
Hasil tinjauan saya, banyak kerosakan tanaman (padi) berlaku. Padi-padi ini yang sepatutnya mula dituai terpaksa ditunda kerana musim hujan dan banjir.
Kasihan saya melihat para petani yang ditimpa musibah ini. Modal sudah banyak keluar tetapi hasilnya ditimpa musibah. Mungkin ada hikmah disebalik ujian yang ALLAH Berikan ini.
Sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya itu tidak mampu diuji.
Disamping ujian ini, Penduduk Kg Sg Buloh juga mendapat faedah sampingan. Pada musim ada juga faedah yang diperolehi. Kepada yang rajin, waktu begini banyak ikan-ikan mula naik.. Boleh menangkap ikan dengan menjala, menapuk atau memasang jaring.
Hasilnya pasti lumayan...
1 comment:
Sey suko nengok gamba2 ni....satu maso dok di kandang bolah hilir mesojid tu, banjir (air bah) berhari2, nak numbuk padi pun kono goreng macam nak muek omping tu, sobab tak ado matoari nak jomur padi, baru di tumbuk nak masak nasik......sey punyo bodoh tujam maso air dalam tu pigi pun ampuh, sey suko tojun ko dalam pigi nak meraso dok lam air dalam....tak peduli bahayo....tu nang bangang tu
Post a Comment