DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, December 15, 2008

PESAN ABAH



ALLAHYARHAM AYAHANDA MOHD. ABDUL RAHMAN TELAH PERGI MENEMUI PENCIPTANYA PADA 28 JUN 2007, JAM 7.30 PM (HARI KHAMIS MALAM JUMAAT) DIKALA UMURNYA 67 TAHUN.
OLAHAN DARI LAGU DI PONDOK KECIL

Dirumah Itu,

Di suatu hari, abah yang nampak ceria, tapi jauh di mata hatinya ada sesuatu yang disembunyi.. Abah sering berkata, bawalah ia untuk berjumpa sanak saudara serta kenalan lama, Aku cukup gembira serta dengan rasa bangganya aku membawa beliau berjumpa rakan dan sanak saudara, aku bawa berjumpa beliau dengan rakannya yang sudah 40 tahun tidak berjumpa... Gembira aku tu hanya sementara rupanya...

Di Rumah itu….

Suatu Hari Ayah Berkata..jaga lah adik-adik MU, Abah juga memanjngkan pujian kepada salah seorang daripada Kekandaku yang dulu selalu Abah marahi, katanya walaupun dahulu dia selalu marah kekanda ku itu tetapi kekanda ku itu tidak pernah melawan...sesunguhnya Abh tak pernah tidak sayang pada anak-anaknya...

Dirumah itu,

Jaga Adik Mu....Katanya Ayah kan Pergi Jauh..Aku tak pasti..ku biarkan ia berlalu... Aku tidak merayu Pada Ayah..Aku tidak kata pada abah jangan Tinggalkan kami...Aku tak kata pada abah "Kami Sayangkan Abah..."walaupun aku selalu mencium dahi abah tapi aku tak pernah luahkan AKU SAYANG ABAH...


Di Rumah Itu,
Wahai adik-adik ku, dengarlah nasihat Ayah itu, dengarlah cakap ku, dengarlah cakap ibu, dengarlah cakap kekanda mu..

Wahai kekanda semua, dengarlah rintihan hati adik-adik, bersatulah..teruskan bersatu...bersatu di bawah lembayung rahmat ALLAH...

Wahai Kekanda dan Adinda Iparku, sokonglah kami, fahamilah kami..sayangilah kami, sayangilah keluarga kami...

Di Rumah Itu,
Wahai Abangku.. Ke Mana Ayah..Ku Sayang Ayah.. Ku Cinta Ayah..
Ku Sayang Ayah..2xDuhai Adik Ku..bacakanlah ALFATIHAH UNTUK ABAH...

Di Rumah Itu,
Jangan Bersedih wahai adikku...bacaan Alfatihah mu lebih berharga dari wang ringgit untuk ABAH...ABAH KITA telah pergi Menyambut Seruan Ilahi..

Tapi Ingatlah Adik Ku..Pesanan ABah, jagalah maruah keluarga, jagalah persahabatan keluarga...jagalah nama keluarga Walau Di Mana Jua..

Pada Mu ALLAH Aku Bermohon Dosa Ayahku..Minta Di Ampunkan, Ku Iringi Doa, Rahmati Dia..Tempatkan lah Ayahku..Bersama Kekasih Mu..

Di Rumah itu, Abah meminta sebatang pen dan sekeping kertas. Abah meminta dengan menggunakan bahasa isyarat... Abah mula menulis, ku amti tulisan itu...Abah meloretkan perkataan selamat tinggal sehari sebelum dia pergi...

waktu itu kami tak tahu apa-apa yang dimaksudkan...Ku biarkan ianya berlalu..Rupanya itulah tanda untuk Abah pergi... ABAH sudah tahu bahawa dia sudah bersedia untuk melepaskan tanggungjawabnya kepada Kekanda-Kekanda Mu untuk menjaga adik-adik mu.... abah pergi malam esoknya...

Wahai semua Kekanda dan Adinda, dengarlah rintihan kekanda dan adinda mu...

Ku sayang Abah, Aku Cinta Abah...Doakan lah Alfatihah...

Di Rumah Itu,
Kini tinggal Mak yang teruskan perjuangan Abah...sayangilah dia...

ALFATIHAH UNTUK ABAH

SALAM DARI,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

p/S : Kalau sesiapa yang baca ruangan ini, tolonglah print dan berilah kepada Kekanda dan Adinda mu yang tidak berkesempatan untuk membaca blog ini...

3 comments:

Anonymous said...

Saat Paling Perit Sekali bila kita sendiri Berada di Sisi Abah sewaktu Abah Ingin menghembuskan Nafas yg Terakhir... Ya.Allah.. Tuhan Jer yg Tau Perasaan Kita Masa tu... Abah Pergi Dengan Tenang, beberapa titisan airmata jatuh di Pipi nya.. Kita Cium Abah.. Pegang tangan Abah.. kita tak Mau lepas kan Abah Masa tu...

Anonymous said...

Setiap apa juga kisah kluarga..kita belum pernah tak mengalirkan air mata.nampak kita tak pernah sedih bila berhadapan dgn kluarga tapi hati kita Allah saja yg maha mengetahui.

Setiap kali kisah abah,gambar abah terpampan diruang mata,,,terlintas dihati kita...air mata tak banyak sedikit mesti tertumpah.Lebih2 lagi bila abah bukan org yg pertama hilang dari pandangan kita.

Selepas kehilangan anak yg pertama...hati ini jadi sensitif...mudah tumpah.mudah tersentuh.Kekadang kita bila bercakap..kita mudah ketawa,tapi tu hanya mainan....
Belum pernah kita lupa pada 2 insan yg paling kita sayang.

Dan walau kita sesekali terkeluarkan kata2 tak puas hati.itu hanya sementara.sesiapa yg dah masuk dalam ahli kluarga,termasuk kakak,adik dan abang ipar...itulah ahli kluarga.(Kita sayang semua)

Anonymous said...

Saat Paling Perit Sekali bila kita sendiri Berada di Sisi Abah sewaktu Abah Ingin menghembuskan Nafas yg Terakhir... Ya.Allah.. Tuhan Jer yg Tau Perasaan Kita Masa tu... Abah Pergi Dengan Tenang, beberapa titisan airmata jatuh di Pipi nya.. Kita Cium Abah.. Pegang tangan Abah.. kita tak Mau lepas kan Abah Masa tu...

Yang Merindui Kemanisan Keluarga Bahagia

Dari Adikmu : No.14