DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, December 22, 2008

Kenangan Dengan Adik-Beradik

Salam buat semua yang disayangi,

Kalau ada cerita dan kenangan manis dengan adik beradik, sila masukkan kat komen tu..so bolehlah kita bukukann..

4 comments:

Anonymous said...

Tajuk :- Ubat Kurap Utk Kucing

Citer ni berlaku 17 tahun dulu. Sekarang Aku dah 23thn. Mula nya aku main masak2 dengan boboy (Adik No. 15 ) and Kak Ina ( Kakak No. 11 ..masa tu masak air dalam Tin..memang kami tungkun Api la masa tu nak masak la kiranya. Tup-tup tengah masak air ada sekor kucing lalu..cian..buruk jer kucing tu...bulu tak kemas.Tengok2 kucing tu kene kurap.. ape lagi datang la idea konon nak ubat kan kucing. Masa tu confident cam boleh sembuh jer...Hahahaha... kami amik kucing tu...kami tuang air panas kat badan kucing biar cepat sembuh..tapi paham2 je la kan ape jadi lepas tu...sampai la ni kucing tu tak alik2....arwah dah kot..tulang pun dah takde agak nya..

Anonymous said...

KAK LONG ~ Nama Kak long ku Hashimah. Suatu pagi, seperti biasa kami semua bersiap untuk aktiviti harian (bekerja dan aku waktu tu bersekolah lagi). Kak long ku ingin membuang air, waktu itu semua bilik air di luar rumah di kampung ku... sedang dia buang air tiba-tiba dia menjerit maakkk..tolonggg..ada suara orang garau panggil nama Long...dia menangis dengan ketakutan... tiba-tiba Atih Din (kekanda ku yang nombor tiga) berkata, mana ada orang panggil tu kan bunyi lembu...Logik juga..lembu kan bunyi Mbooohhh...seakan-akan bunyi Simooohhh...heee...heee...kalau dah penakuttt...

Anonymous said...

ABON~ Ini ada satu kejutan sikit...waktu Abon nie ala-ala remaja, dia suka pakai seluar ketat. Mak dan abAh aku tak suka dia pakai seluar tu..apa lagi selalu laaa dia berleter..tapi kan jiwa remaja..dia pakai jugaa..so aku nie konon nak jadi hero la kaannn..aku ambil seluar dia tu aku sorokkk dalam Kotak atas almari..Hee...heee..pendedahan ini aku buat baru sekarang, sumer orang tak tahu cerita ini..la ni lah baru orang tahu koott...LAMA AKU SIMPAN RAHSIA NIEE..sian kat Abon puas dia cari seluar dia tu...hu..huu..dia belu seluar tu ambil upah kutip getah buku ngan Bangah kalu tak silap...

Anonymous said...

KANDAK ~ Dulu aku nie rapat dengan kndak..maklumlah dia tua 2 tahun jerrr daripada aku..balik dan pergi sekolah kami sama-sama. Suatu hari kami bergaduh..so aku balik tak sama ngan dia, sampai kat pokok rambutan tepi pejabat pertanian, sepupu aku (Kak Ani)..pun gaduh ngan Kndakk ni..sepupu aku hasut aku gaduh sekali ngan Kndakk (gaduh mulut jer)..tapi aku debukkk dia sekali...aku tak suka orang kacau adik-beradik akuu..aku terus baik dengan Kndakk..Kalau dah sedara air dicencang tak akan putus...kan?