DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Monday, March 29, 2010

BADAN SIHAT, CERGAS BERIBADAT

Will, badan ni dah rasa beratnya.  Lama tak exercise (tak pernah pun).  Lama dah tak kayuh basikal. Lately ini dapat banyak berita saudara mara tak sihat.  Antara salah satu puncanya ialah mungkin makan yang berlebihan.  

Jadi, satu keputusan perlu diambil bahawa saya perlu menjalani diet yang terancang. Antaranya adalah seperti di bawah :-

Tajuk kempen ini ialah "Badan sihat, cergas beribadat"

1.  Puasa Isnin dan Khamis kerana ALLAH Ta'ala.  Dulu memang saya selalu buat. Tapi dah lama tak diamalkan.
2.  Menmabah bilangan dan kekerapan pergi berjemaah di surau. 
3.  Pagi makan kuih sahaja, Tengahari makan buah dan petang/malam makan roti atau coco crunch atau oat.
4.  Senaman yang perlu

Semoga ALLAH membantu saya untuk saya melaksanakan aktiviti ini dengan istiqomah.  Maka pada 1 April 2010 maka bermulah era baru "Badan Sihat, Cergas Beribadat".

No comments: