DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Showing posts with label Keluarga Ku. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Ku. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

NOTIS MESYUARAT TABUNG KELUARGA Ar-RAHMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Keluarga Ar-Rahman akan diadakan seperti maklumat di bawah :-

Tarikh    :  8 Mei 2010 (Sabtu Malam Ahad)

Tempat  : Teratak bonda, Kg Sg Buloh

Masa     : 7.00 malam - 9.00 malam

Agenda : Sembahyang Magrib Berjemaah
             : Baccan Yasin dan tahlil untuk Arwah abah dan Keluarga yang telah pergi menemui penciptanya
             : Sembahyang Isya'
             : Mesyuarat Bermula
             : Bersurai dan Jamuan

Sukacita sekiranya semua Ahli dapat hadir serta maklumakn kepada Ahli-Ahli yang lain.

Sekian dimaklumkan,


ABANG CHIK @ HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN
Biro Ugama dan Kebajikan
b.p. Setiausaha Tabung Keluarga Ar-Rahman

Sunday, March 7, 2010

RUZAINI BIN KAMARUDDIN @ BANCHIK


Salam, ada masa sedikit.  Nak coret-coret kosong. Lately nie, Banchik @ Ruzaini atau nama samarannya selalu menjenguk Abi melalui blog.  Banchik @ Ruzai terima kasih datang melawat Abi di alam maya.

Ini gambar Banchik yang Abi ada sebagai tanda ingatan Abi pada Ruzai.

Kepada pelayar luar yang datang, Ruzai ini berada di Kulim dan akan PMR pada tahun ini.

Salam Sayang Dari ABI

HAPPY BESDAY TO ADIK SHIMA

Pada tahun 2003, Mahani tengah sarat mengandung begitu juga dengan Kak Long Shimah. Di jadualkan Mahani akan bersalin pada bulan Mac 2003 dahulu dan dikuti Kak Long Shimah. namun Allah telah menetapkan bahawa Kak Long bersalin dahulu, maka pada 6 Mac 2003 lahirlah Shima di haspital kuala Pilah dengan cara pembedahan iaitu beberapa hari sebelum dan diikuti lahirnya Muhammad Lutfi dapa 9 Mac 2003.

Malam tadi, Shima menyambut harijadinya yang ke 7 di Rumah Emak.



BANCHI' SHAHROM JURULATIH SKUAD PERBARISAN SEKOLAH

Diberitakan Banchi' Shahrom sekarang tengah mengajar anak-anak yang bersekolah di Sekolah Kg Sg Buloh untuk berkawad.  Ini adalag bagi tujuan persediaan program sukaneka di sekolah tersebut yang dijadualkan pada 11 Mac 2010 nanti.

Seingat saya, waktu saya dahulu saya telah dilatih oleh Ngah Md Noor (Isteri Ngah Yeos) sesiapa yang sewaktu dengan saya pasti masih ingat waktu tu kan...