DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, October 30, 2023

General Templer pernah mendarat di Nurseri Sg.Buloh



INI PERBUALAN SAYA DENGAN ARWAH ABG HAMID HJ HUSSEIN DULU dan beberapa rakan rakan. Baru sempat nak share..saya tak ubah apa pun perbualan tu...


[18:59, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: General Templer pernah mendarat di Nurseri Sg.Buloh dengan pesawat helikopter masa kg baru tu siap dan baru diduduki....dia berhenti sekejap tak sampai setengah jam dan terbang....dia dalam perjalanan ke Jelebu Estate berjumpa Home Guard orang2 Cina di situ
[20:00, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Wah, itu sejarah penting tu....
[20:32, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Masa itu darurat sedang hangat, kalau baca buku Rashid Mydin dari tahun 1950-54 ,dia berada di kawasan banjaran tiriwangsa menyeberang hutan Jelebu terus ke Bentong dan terus ke hutan di selatan Thailand, dlm buku itu ada dicatatkan satu serangan PKM di Kg Sg Buloh utk merampas senjata....
[20:32, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Harap pak ude boleh beri penjelasan...peristiwa tu...
[20:33, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Mungkin lawatan Templer itu ada kaitan dgn peristiwa itu...?
[21:18, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Dalam buku Abdullah CD juga ada sebaris mengenai tindakan pihaknya merapas senjata2 dari Balai Polis, Sg.Buloh di suatu pagi....masa itu masih di kandang lagi tahun 50-51..... kata orang kampung kejadian  jam 10.00 pagi dan saya di sekolah DT....anggota balai masa itu dekat 20 orang dengan SC, jadi 20 laras senjatalah....siang hari takda curfew jadi bebas lah pergerakan
[21:20, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Tak ada serangan tembak menembak.... pengganas masuk secara mengejut dan tawan balai
[21:27, 03/12/2020] Koop Usop Salleh: Seronok cerita ni...bru skrg thu....byk terjidi juga kg kita..byk nolstaja..ingtkan balai polis d.tipus d.serang hendap komonis...👍😁
[21:27, 03/12/2020] +60 12-398 1601: Kalau ikut kelahiran pada 1898, Jen.Templer sudah berusia 55 thn waktu singgah di Sg Buloh...hampir bersara kut...1954 balik ke England. Wpun dia Jen Tentera yg menjadi PJTinggi British di Malaya, dicatatkan bnyk juga menggunakan perang saraf (psikologi) bagi memenangi hati rakyat pelbagai kaum melumpuhkan gerakan PKM,  spt kempen2 penerangan, sistem kad pengenalan, kawasan putih & kawasan hitam, dll.
[21:42, 03/12/2020] Hassim Al Jolobu: 😱😱😱 baru ni tau
[22:06, 03/12/2020] +60 19-383 6914: Klu tak silap  dulu  Ada kedai nampak kat depan balai polis
[22:11, 03/12/2020] +60 12-398 1601: Kawasan depan kedai tu agak lebar, sesekali ada tayangan wayang pacak oleh pej penerangan....budak suka sbb tak yah pergi mengaji...😁😁😁
[22:13, 03/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Yg kena rampas ni balai di kandang, bukan Fasa 1..... kedai tu depan balai Fasa 1, Dato'
[22:14, 03/12/2020] +60 19-383 6914: Kedai mamak ada jugak kan
[22:20, 03/12/2020] +60 12-398 1601: Betul, hgga awal 70-an, masih ada org mengumpulkan rotan, manau, damar, utk dijual di kawasan tu (di kawasan kedai Lopong).
[22:25, 03/12/2020] +60 19-383 6914: Mohon sedikit pengetahuan
1.Pagar keselamatan di  pada era kandang  dan era Fasa 1 ke.
2. Kawasan era fasa 1 lebih besar dari era kandang.. Dan lokasi fasa 1 di mana
[23:25, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Nak tanya sedikit ayahDer, bagaimana dgn penglibatan orang Melayu dgn komunis, sebab dari cerita lisan, ramai juga yg jadi korban komunis di Teriang Hilir ini....dan betulkah pak cik Manap benar2 terlibat atau sekadar gelaran...
[23:25, 03/12/2020] +60 17-564 9175: Generasi kami ni tak tahu cerita2ini...

[05:01, 04/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: 1. Betul kandang ada pagar keselamatan
Fasa 1 pun ada pagar keselamatan
2. Fasa 1 mengandungi 4 jalan menegak mula dari jalan depan rumah Yaakob bawak ke jalan yg hampir dgn nurseri, depan rumah Hamzah Katun.
[05:08, 04/12/2020] Aaj Lk Pak Mid: Sepanjang yg saya tahu masa itu dan kemudian nya, tiada orang Sg.Buloh yg terlibat dengan komunis....dan tiada yg jadi korban....mungkin saya terlalu muda untuk diberitahu perkara sebegini.... Manap mana?

Tuesday, January 24, 2023

Sawah Di Kg Sg Buloh

setelah berlaku banjir besar Disember 2021. tepatnya 19 Disember bagi Kg Sg buloh dan Jelebu, kini pesawah boleh menarik nafas lega apabila mereka sudah boleh mula kesawah. 

Ketika banjir ini melanda padi sedang menghijau..banyak padi musnah terutama kawasan sawah yang rendah. Ada sebahagian pesawah berjaya mendapat hasil manakala yang lain musnah. saya kongsikan gambar terkini sawah padi di Kg Sg buloh

Monday, December 14, 2020

EMPANGAN BATU KG SG BULOH

Arwah Haji Abdul Rahman Bin Chuboi atau lebih dikenali sebagai Man Pang (Rahman Empang) telah mula bekerja di Empang Batu. Beliau adalah orang pertama yang menjaga empang batu. Pada mulanya beliau adalah pekerja yang bekerja membersihkan sungai teriang, dan kerajaan pada masa itu telah membuat empangan batu. Oleh yang demikian, Arwah abah dipilih untuk menjadi petugas yang pertama untuk menjaga empangan tersebut. Tahun sebenar sudah tak ingat, tapi sebelum 1962 selewatnya kerana Mak dengan Abah Kawin 1962 dan kakak yang sulong lahir 1963. Pada tersebut Empangan batu telah digantikan dari empangan kayu. Empangan batu lebih kukuh dan moden serta mampu menampung keperluan sawah padi di Kg Sg Buloh. Penduduk empang pada masa itu ialah Jemiah dan murad sekeluarga, Kenaboi (Md Nor dan isterinya Tiah bt Yusuf) Iaitu orang kenaboi serta Wak Kerso. Manakala Arwah Lebai Yunus dan isteri nya Selimah duduk dikuarters sebelah rumah arwah abah. Ada penduduk sekitar empang yg buat rumah di dalam kawasan sawah seperti Wak yatim keluarga, Tok Kesong sekeluarga dan Wak Parman sekeluarga. Ada sesiapa yang boleh tambah?

Friday, December 4, 2020

KENA KEMASKINI BLOG

 European Union laws require you to give European Union visitors information about cookies used and data collected on your blog. In many cases, these laws also require you to obtain consent.

As a courtesy, we have added a notice on your blog to explain Google's use of certain Blogger and Google cookies, including use of Google Analytics and AdSense cookies, and other data collected by Google.

You are responsible for confirming this notice actually works for your blog, and that it displays. If you employ other cookies, for example by adding third party features, this notice may not work for you. If you include functionality from other providers there may be extra information collected from your users.

Learn more about this notice and your responsibilities.

Undang-undang Kesatuan Eropah menghendaki anda memberi maklumat kepada pengunjung Kesatuan Eropah mengenai kuki yang digunakan dan data yang dikumpulkan di blog anda. Dalam banyak kes, undang-undang ini juga mengharuskan anda mendapatkan persetujuan.

Sebagai penghargaan, kami telah menambahkan notis di blog anda untuk menjelaskan penggunaan Google terhadap cookie Blogger dan Google tertentu, termasuk penggunaan cookie Google Analytics dan AdSense, dan data lain yang dikumpulkan oleh Google.

Anda bertanggungjawab untuk mengesahkan bahawa notis ini benar-benar berfungsi untuk blog anda dan yang dipaparkan. Sekiranya anda menggunakan kuki lain, misalnya dengan menambahkan ciri pihak ketiga, notis ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Sekiranya anda menyertakan fungsi dari penyedia lain mungkin ada maklumat tambahan yang dikumpulkan dari pengguna anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai notis ini dan tanggungjawab anda.

Monday, June 8, 2020

DARURAT ALAF BARU PKP-PKPB-PKPP

Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kt semua rindu mse kne kurung kt rumah hari tu ..😂😂😂

1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.

2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.

3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).

4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.

5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi.  PM sebut, makin famous group ni .

6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung

7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah

8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!)

9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha).

10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.

Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah.  Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula. Patut lah ada kawan aku ms belajar kt NZ cakap, dia suka Malaysia sbb laid-back.

Ok kalau ada aktiviti viral yg tertinggal, sila nyatakan di ruang komen di bawah

2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing

CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

Tuesday, February 5, 2019

NGECAI KAT TERIANG PUTUS, KG SG BULOH

Semalam adik hantar gambar, katanya baru ngecai kat Sungai Teriang Putus..Asalnya sungai ini adalah subgai teriang sebenar tetapi apabila kerajaan mengambil keputusan untuk meluruskan sungai, banyak terjadi sungai teriang yang sudah menjadi lubuk kerana terputus dari arus utama sungai.
 
Tak dinafikan, sungai atau lubok ini menjadi sarang si ikan kerana kedalaman sungai nya sama seperti sungai yang asal.  Waktu kecik kecik dulu selalu mengail ikan kat sungai teriang putus ebab hasilnya lumayan...
 
Nah..lihat ini hasilnya yang adik dan kawan-kawan kampungnya dapat...perghhhh....
 
 

UDANG PUN HADOOO....Jealous dennn...


Saturday, January 12, 2019

TEA BEMBAN SATUUUUU (KAMPUNG BEMBAN)

12 Jan 2019 - Den bawak anak anak buah den ronda semua pelusok kampong..Poie sawah, Poie empangan, Poie Kg Jerang..terus lajak ke Kg Bemban....Apo yang special kg bemban... fuhhhh..banyak memory waktu kocik kocik dulu kat Kg Bemban...
 
Mandi Sungai, Jago durian, tangkap ikan, ketam, macam macam laie...pikat merbah pun ado...
 
Tapi kali ini den poie Kg Bemban nak ngetea ..."Tea Bemban"...Dalam keluarga kami istilah Tea Bemban ini dah diguna pakai puluhan tahun yang lalu...waktu tu saya masih kanak-kanak jago durian kat pundong Maktih Nab.  Kg Bemban waktu tu baru nak mula tanam sawit..jadi mana-mana abg abg sado pada waktu tu ambil upah angkat anak sawit...Jadi pada ketika tu ramai yang datang ambil Upah.  Den budak laie, tak dayo nak angkat anak sawit yang berat tuh... Pada masa tu susah nak cari kedai tea, jadi "Ngah Rahmat" buka la gerai tepi jalan...bermula dari tu la istilah yang kami pakai untuk air teh adalah "Tea Bemban"...kalau keluarga Che Puchong, Selangor pun akan panggil istilah yang sama iaitu Tea Bemban bila buat air tea nie.
 
Hari ini saya dapat tau, Ngah Rahmat buka gerai Tea Bemban ditepi sungai teriang. Saya ambil peluang saja jalan jalan dan mengeta sambil menggamit memory...
 
 
 Ini la satu-satunya jambatan penghubung Kg Bemban ke Kg berdekatan. Jambatan Sg Teriang. Dulu dulu pernah guna rakit apabila jambatan runtuh sebab banjir, pernah juga guna jambatan gantung (kalau saya tak silap)
 Tu dia...meriah juga gerai nie....Gerai ini betul-betul jalan keluar dari simpang Bukit Batu Beras yang mana sekarang menjadi lokasi Tarikan Pelancong untuk melihat sendiri Bukit Batu Beras dari jarak dekat.  Kalau ada masa, saya ceritakan serba sedikit pasal bukit batu beras yang bersumber dari orang tua-tua...
Tea Bemban satu...he..he...

Wednesday, December 19, 2018

BERMIMPI UNDANG LUAK JELEBU

Hari ini nak berkongsi cerita mimpi saya yang agak lain sedikit.

Dua tiga hari yang lepas, saya telah bermimpi mengiringi anak Undang Luak Jelebu berkahwin.  Berdasarkan mimpi tersebut, saya berada di kawasan Utara Tanah air. Tidak sahih daerah dan negeri mana.

Yang anehnya, rupa paras Undang dan anaknya itu tidak kelihatan langsung di dalam mimpi saya.  Tapi saya dapat lihat persediaan dan kesibukan untuk meraikan majlis tersebut. Tak banyak memory yang saya ingat akan mimpi tersebut tapi saya tahu majlis itu adalah majlis pernikahan anak kepada Undang Luak Jelebu. Dan Undang yang mana pun saya tidak dapat pastikan.

Malam berikutnya saya tunggu juga kalau ada mimpi yang seakan sama kerana saya kira mimpi ini agak aneh.  Ini adalah kerana, saya tidak pernah kenal secara peribadi mana-mana Undang Luak Jelebu. Tapi hingga hari saya menulis ini, tiada lagi  mimpi seumpama itu dating lagi. 

Mimpi ini mungkin kerana saya juga antara ribuan penduduk Jelebu yang masih menunggu-nunggu bilakah Undang Luak Jelebu akan dilantik.

Semoga dengan lantikan itu kelak, Jelebu akan terus masyur dan bertambah makmur.

Sunday, January 28, 2018

Empangan Kampung Sungai Buloh, Jelebu

28/1/2018 - Empangan Kg Sg Buloh. Dulu tompek den mandi tiruk kek sini..waktu tu tak pikir plak bahayo ehh mandi...




Encik Abdul Hamid Hussin ada bercerita berkaitan Empangan Kg Sg Buloh 


"Citor ompang Sg.Teriang tu.....sebelum di bangunkan ompang melinteh sungai,cuma ado pump yo mangankek(monyodut) air ke bonda...ado umah pump eh (generator lah)....maso mukak pump tu YAB Dato' Malek MB N9 (kenian jadi TYT Gobenor Melako)....dalam ucapan dio meresmikan umah pump dio sobut,"Tuan2 dan Puan2 jangan suko mencarot.....kalau mak bapak mencarot nanti anak2 pun akan suko yo mencarot....kan tak elok." Sey lon sekolah laie tahun 1949"

Bagus pesanan Menteri Besar ini. Hasil usaha nya itu alhamdulillah, kita jadi lebuh terbuka dan anak-anak tau ianya bukan satu budaya yang baik.

Sunday, December 31, 2017

Hassim Al Jolobu



Ha..ha...sajo yer nak post...

PAK NGAH NORDIN BIN CHUBOI


Asslamualaikum semua,

Inilah Abang kepada Arwah ayah abah den..dia seorang guru agama. Pernah mengajar di Brunai suatu ketika dulu.  Baru bru ini beliau menjadi juara tilawah alquran diperingkat Daerah Kuala Pilah yang berlangsung di Felda Kepis pada 14 Disember 2017. Juara peringkat apa tak pasti plak..

Monday, May 2, 2016

Hari ini saya ke melaka


Sahabat saya, tuan Haji Dahari di Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan TNB di Ayer Kerah Melaka.

Monday, January 25, 2016

BLOG NI JADI RUJUKAN

Alhamdulillah..

Semalam ada seseorang msg pada saya katanya dia ambil sedikit sumber dari blog ini untuk kajian dan menyediakan laporan.  Terima kasih yer, semoga bermanfaat.

Teringat lagi sebelum ini ada seorang Dr juga Msg saya katanya mencari keluarga angkat nya yang telah lama terpisah.  Alhamdulillah...Jadi Jejak Kasih juga sehingga saya Berjaya sambug kembali keluarga mereka.

Syukur

Saturday, October 10, 2015

Ada sesiapa singgha di Sini?

Saya pun dah lama tak ost..mohon maaf sekiranya ada yang singgah disini dan saya tak mengemaskini post terbaru...

Saturday, August 29, 2015

KG SG BULOH YANG DEN SAYANG

ASSALAMUALAIKUM,

Tetibo teringat satu pokok Bacang sebolah Balai Rayo Kek Kg Sg Buloh..waktu den kochik-kochik dulu ado satu pokok bacang yang sangat bosar..pokok eh sangat ghajin bebuah...semua orang kg boleh ambil buahnya sebab terletak di dalam kawasan Tanah Rezab jalan/Balairaya.

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh (SKSB) tak jauh pun dari pokok tu..dalam 200 meter aja.  Bilo time balik sekolah mesti singgah cari bachang masak..kono boghobut ngan kawan-kawan dan jugo lombu..sobab lombu pun suko buah bacahng nie...buah ehh manis...

Ada juga kawan-kawan takut-takutkan pokok tu keras la apa lah, tapi kami selamba aja pegi ambil buahnya..tak da apa pun..semoga orang yang tanam pokok tu mendapat pahala yang melimpah ruah.

Sekarang pokok tu tiada lagi, sudah dibuat sauatu tempat aktiviti untuk penduduk kampong.

Ado tak kawan-kawan yang ingat pasai pokok bacang ni? Boleh lah share memory you all

Kenangan menggamit nostalgia...Sayang Kg Den

Tuesday, January 20, 2015

Main sampan kat Kg sg buloh

hi..hi..kek blakang umah mak ada parit..best boleh main sampan....

Sunday, January 11, 2015

SEJARAH DI JELEBU - KUBU PENINGGALAN BRITISH YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBENTERAS PEMBERONTAK KOMUNIS

 Ini ada berita sejarah yang boleh saya kongsikan di Jelebu.  Berita ini dan gambar yang ditunjukan ini dikhabarkan adalah kubu yang digunakan oleh British untuk menentang komunis pada tahun 1948.

Banyak cerita ini diterjemahkan oleh saudara Pak Hamid ...sila baca komen beliau di bawah..

 
Saya tidak delete pun perbualan FB ini bagi memastikan ketulinan penceritanya iaitu Pak Hamid, orang kg den iaitu Kg Sg Buloh, Simpang Durian, Jolobu Nogori Sembilan.

Ado jugo cerito dari Pak Hamid yang mengatakan Bas di bakar di Simpang Pasoh.. 
 
Terima kasih jugo pada saudara Zamri.sahabat FB kerana berkongsi gambar ini...

Yang lain-lain komen tu kiro abaikan lah yer...saya tak delete supaya cerita ini boleh dianggap first hand dari Pak Hamid...
 
 
Paklong Rock Steady kt mna lokasi ni?....
14 hrs · Like · 1

  • Mohd Shaiful Nizam Omar Yg taw taw la tmpek nih....jengg..jengg..jenggg
    14 hrs · Like · 1

  • Faizal Ateng Mano diam eh ni zam...

  • Ramli Tidc kek mano tu

  • Zamri Tahir pembayangnya....

  • Zamri Tahir Org lama mesti tau punya....

  • Faizal Ateng Ha baru den ingat bekakang gunah kau haha...
    14 hrs · Like · 1

  • Panglima Perang tak yah lah nak bagi pembayang do..cakap jo toghus zam...

  • Panglima Perang ni dulu tompek kubu kominih ni zam..wakakakaka
    14 hrs · Like · 1

  • Ramli Tidc ha kek bemban kok

  • Zamri Tahir banyak la..
    boleh d katokan io eh sebahagian pokan klawang..

  • Faizal Ateng Gumah antu ko zam hahaha...

  • Zamri Tahir Panglima Perang nk tau,mano lh tau org lamo lobih mengetahui..

  • Zamri Tahir Faizal Ateng donga eh kubu British.

  • Fatimah Manja apo tu ceritalah

  • Zamri Tahir den takut gak salah cakap,kang x pasal2 kono hontam dek org lamo..

  • Faizal Ateng Kau boghosih an mano tahu jumpo lak joki hihi...

  • Noor Amry Ni peghigi kek ateh Masjid Jamek Kuala Klawang ni... Den ponah cari dragonball kek sano
    14 hrs · Like · 4

  • Zamri Tahir lua eh somak,tapi dalam eh beriseh mcm berjago.
    14 hrs · Like · 1

  • Zamri Tahir Noor Amry Boto 2,jum ngeteh kt kafe baru Dopan TNB,den belanjo...

  • Noor Amry Bang Zamri Tahir, kami pencari dragonball... Semuo pelusuk jolobu kami dah teroka... Wahahaha....

    P/s : den nak satay tulang
    14 hrs · Like · 3

  • Zunaidah Ida Kek mano tu ...

  • Zamri Tahir Zunaidah Ida ateh puncak bukit pokan klawang.

  • Penternak Kijang Emas ohhh...ade misteri tak?

  • Atok Leehai kat ne nk tngk

  • Hassim Mohd Abdul Rahman Cubo share apo sejarah ehh...nak gak tau bole share pado sumo oghang nismilan
    14 hrs · Like · 1

  • Zamri Tahir Hassim Mohd Abdul Rahman
    Penternak Kijang Emas 2 tongah tunggu cerito org yg lobih tau ni...
    14 hrs · Edited · Unlike · 1

  • Zamri Tahir Atok Leehai osah kepiting eh,sampai tombush tapak eh..
    14 hrs · Like · 1

  • Joe Izham Petaseh jab...korg mkn xajak..

  • Kak Yah Sandy Hill Pusako jopun ko ??

  • Zamri Tahir donga eh kubu British..

  • Hidayat Ahmad Dokek masjid jamek klawang pn ado x silap..pnh poie situ..ataih laie..naik bukit tu..lamo dh maso kocik2 bega jln2 masuk utan..haha..
    13 hrs · Like · 1

  • Joe Izham Mmg kek situ

  • Marziah Ismail Kat mana ni zamri
    12 hrs · Like · 1

  • Uzair Haji Abdullah atas bukit masjd jamek kuala klawang. boto ko? hehe
    12 hrs · Like · 1

  • Norrahima Ab Rais Boleh wujudkan kawasan bersejarah...nanti org melawat dtg jelebu...boleh tambah rezeki org jelebu

  • Panglima Perang tompek jin bertandang ni Zamri Tahir..
    12 hrs · Like · 1

  • Imah Halimah Kito ado sesautu yg patut diketengahkn bia orng lua dtg melawat pihak berwajiblh yg patut buat apo yg patut ...bila orng lua dtng melawat tmbh rezeki aaj...x gitu?
    12 hrs · Like · 2

  • Atok Leehai kono dragon ball Noor Amry tu, Zamri Tahir hihihi
    12 hrs · Like · 2







  • Abdul Hamid Hussin

  • Abdul Hamid Hussin Hai anak cucu ku sakalian....mari dongar citor atok ni.....natang ni namo eh kubu buek dari konkrit.....bukan maso Jopun,tapi lopeh Jopun....maso darurat bilo keminih melancarkan perang terhadap kerajaan mulo tahun 1948....jadi kerajaan nak mematahkan rancangan keminih tu di perintah lah oghang2 masuk ko dalam kandang supaya sonang di kawal sumo talibarut2 keminih dari membori makan/ubatan2 kepado keminih tu yg dalam hutan dan topi2 pokan.....kandang tu bopagar 2 lapih dan di tiap tompek strategik/gonting akan di buek kubu2 camni bagi sentri2 yg mengawal pagar2 tu dari di cerobohi....di jago siang malam......
    12 hrs · Like · 3

  • Abdul Hamid Hussin Kubu2 ni ada di kampong2 baru /kawsan berkandang macam Klawang, Petaling, Titi, Perotang, Peradong (Kawasan Chino Spg Gelami), Spg Perotang, Durian Tipus, Spg Durian, Sg Buloh, Kg Jerang, Sg Muntoh, Jelebu Estet, Kg Chennah dan Sepori ....orang2 Kenaboi ghamai nang kono dipindahkan ko Kg2 Baru di serato Jolubu dan ghamai yo nang tak balik ko kampong asal di Kenabaoi.........samo yo ngan Kg Kerangai Kg Bemban dan Kg Lakai

  • 12 hrs · Edited · Like · 5

  • Zamri Tahir ini bermakno bukan 1 bukan 2 atau 3 lh kubu ni?..

  • Abdul Hamid Hussin Kampong yg TIDAK terlibat tapi kekal di tomat asal -Ulu Jelebu, Ulu Klawang (Amar Penghulu, Komin, Tombun dan Binjai),Bandar Tinggi, Jelin,Chenor,Kampai,K.Pah, Peradon g (Kawsan Melayu),Perogai, Teriang, Larong,Petaseh Hilir dan Hulu (tapi ado Polis Pos buek Road Blok) Kg.Metaus dan Gagu.............
    12 hrs · Edited · Unlike · 4

  • Zamri Tahir kiro eh memang payah amek nk wujudkan jelobu ni,banyak cabang perjuangan eh.

  • Zamri Tahir maso 2 otai Abdul Hamid Hussin umur berapo?.ngaso x kilit2 peluru n kileh2 parang ngan lombing ni?.

  • Abdul Hamid Hussin Tahun 48 sey 5 tahun, tahun 50 sey 6+tahun Jah 1, 54 sey 11 tahun sekolah Jah SMC 1 di GEGS ( berulang alik dari Klawang ko Sg Buloh maso cuti penggal) kadang bas dan lori2 beras dan bekalan2 lain di eskot dek konvoi ketor boperisai tentera British......ngaso kono suluh celait dek keminih dari luar kandang dan terujun ke dalam kubu bawah ghumah cari perlindungan yo.....kawan sey Allahyarham Dato' Zakaria Mohammed dok di Perotang Estate poie sekolah ko Durian Tipus kono tahan bas eh dokek ngan simpang Pasoh tu nijam, di rampeh dek keminih barang/duit sumo passenjer....pehtu bas di bakar eh....kono lah dio jalan kaki ko Durian Tipus bersama ngan passenjer2 nang lain
    12 hrs · Like · 7

  • Zamri Tahir nk ke sekolah,Sorik eh lak ai...nijam sonang mek amek.
    11 hrs · Like · 1

  • Zamri Tahir saing2 otai Abdul Hamid Hussin yg duk jelobu ni gamai layie x?.
    11 hrs · Like · 1

  • Abdul Hamid Hussin Tak ado nang dok Jolobu raso eh.....nak selalu balek ko Jolobu TSRY yo lah.....nilah saing2 sey di GES tujam
    11 hrs · Like · 6

  • Abdul Hamid Hussin Ni di hostel GES
    11 hrs · Like · 5

  • Abdul Hamid Hussin Sey mulo sekolah GES tahun 1954....lon ado hostel laie.....kono numpang di Chenor sampai 1955 bilo hostel di buko......mang sorik nak sekolah tujam
    11 hrs · Like · 3

  • O Samo la Den Ooo mcm 2 upo eh yo tok Abdul Hamid Hussin... Kiro kek utan batang peradong 2 perkampung cino la upo eh... Sbb dlm utan ado kg cino
    11 hrs · Like · 1

  • Abdul Hamid Hussin Maso darurat dulu kawasan dopan SMK Syed Ali tu Kampong Baru Chino (bokurong ngan kawat dawai)....sebolah tu Balai Polis....nijam habih dah Chino laghi ko tompek lain
    11 hrs · Edited · Like · 3

  • Zamri Tahir ayah esy tahun 53.

  • Abdul Hamid Hussin Tahir bin apo,kg mano Zamri Tahir....dio sekelas senior dari sey lah cam tu
    11 hrs · Like · 1

  • Zamri Tahir kiro eh peristiwa 13 may 1969 otai Abdul Hamid Hussin lalui jugak la.

  • Atok Leehai klu jopun x msuk xdo msia doh, tanah melayu pun teberancai, alangkn msuk pun abih melayu x bertanah, posuk songkok dek lonjak, kuyak pesak dek tandak, tombus kasut dek hontak
    11 hrs · Like · 1

  • Zamri Tahir Md Tahir Hashim,ayah felda pasoh 1.

  • Putra Esa Boleh saya tau ni dlm kawasan mana ...ni kesan2 sejarah Abdul Hamid Hussin munkin dio tau asal usul sejarah ni ..
    11 hrs · Like · 1

  • Abdul Hamid Hussin Sey bekojo di Jolobu tujam....aman damai cam biaso,Zamri Tahir.....cumo kono kerfew yo mulo2 tu
    11 hrs · Like · 1

  • Abdul Hamid Hussin Dah citor Putra Esa dateh tu..............

  • Putra Esa Ohh ye kt kawasan Peradong ke

  • Zamri Tahir atok Abdul Hamid Hussin ,kukan apo,esy banggo dgn sejarah perjuangan org kito terdahulu.

  • Raja Adzam Raja Sirajuddin Hahaha...tp joman ni ado orang melayu kato keminih pun pejuang kemerdekaan jugak...kiro wira bangso jugak tu...hahaha.
    11 hrs · Like · 1

  • Abdul Hamid Hussin Dah kono bayar untuk becakap, Rajo Raja Adzam Raja Sirajuddin
    10 hrs · Like · 2

  • Tunteja Nikaziz Sedih cerito Tuan Abdul Hamid Hussin .arwah ayah pun maso kocik ado cerito mcm ni.posan ayah kalau tak pocah ruyung tak dpt sagu.susahnya dulu
    10 hrs · Like · 3

  • Muhammad Azwan Ats bukit kt masjid klawang ni..zaman skolah2 dlu rajin la naik ats tu..

  • Hidayat Ahmad Xsilap ghumah Muhammad Azwan mmg sebelah masjid jamek kn? Dulu kocik2 ponah main samo2 dulu..hahaha..
    1 hr · Like · 1

  • Waghih Syg Nogori Sombilan Ini satu sejarah.. Mohon saya share kan yer tuan Abdul Hamid Hussin dan saudara Zamri Tahir
    1 hr · Like · 1

  • Muhammad Azwan Haha..Hidayat Ahmad muko ko aku cam..maso kocik2 mmg ado men samo2..tp umah den kt mengkan jln ke petaling la..

  • Hidayat Ahmad Sah la tu...den pn duk mongkan..haha..