DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Wednesday, December 19, 2018

BERMIMPI UNDANG LUAK JELEBU

Hari ini nak berkongsi cerita mimpi saya yang agak lain sedikit.

Dua tiga hari yang lepas, saya telah bermimpi mengiringi anak Undang Luak Jelebu berkahwin.  Berdasarkan mimpi tersebut, saya berada di kawasan Utara Tanah air. Tidak sahih daerah dan negeri mana.

Yang anehnya, rupa paras Undang dan anaknya itu tidak kelihatan langsung di dalam mimpi saya.  Tapi saya dapat lihat persediaan dan kesibukan untuk meraikan majlis tersebut. Tak banyak memory yang saya ingat akan mimpi tersebut tapi saya tahu majlis itu adalah majlis pernikahan anak kepada Undang Luak Jelebu. Dan Undang yang mana pun saya tidak dapat pastikan.

Malam berikutnya saya tunggu juga kalau ada mimpi yang seakan sama kerana saya kira mimpi ini agak aneh.  Ini adalah kerana, saya tidak pernah kenal secara peribadi mana-mana Undang Luak Jelebu. Tapi hingga hari saya menulis ini, tiada lagi  mimpi seumpama itu dating lagi. 

Mimpi ini mungkin kerana saya juga antara ribuan penduduk Jelebu yang masih menunggu-nunggu bilakah Undang Luak Jelebu akan dilantik.

Semoga dengan lantikan itu kelak, Jelebu akan terus masyur dan bertambah makmur.

Sunday, January 28, 2018

Empangan Kampung Sungai Buloh, Jelebu

28/1/2018 - Empangan Kg Sg Buloh. Dulu tompek den mandi tiruk kek sini..waktu tu tak pikir plak bahayo ehh mandi...




Encik Abdul Hamid Hussin ada bercerita berkaitan Empangan Kg Sg Buloh 


"Citor ompang Sg.Teriang tu.....sebelum di bangunkan ompang melinteh sungai,cuma ado pump yo mangankek(monyodut) air ke bonda...ado umah pump eh (generator lah)....maso mukak pump tu YAB Dato' Malek MB N9 (kenian jadi TYT Gobenor Melako)....dalam ucapan dio meresmikan umah pump dio sobut,"Tuan2 dan Puan2 jangan suko mencarot.....kalau mak bapak mencarot nanti anak2 pun akan suko yo mencarot....kan tak elok." Sey lon sekolah laie tahun 1949"

Bagus pesanan Menteri Besar ini. Hasil usaha nya itu alhamdulillah, kita jadi lebuh terbuka dan anak-anak tau ianya bukan satu budaya yang baik.

Sunday, December 31, 2017

Hassim Al Jolobu



Ha..ha...sajo yer nak post...

PAK NGAH NORDIN BIN CHUBOI


Asslamualaikum semua,

Inilah Abang kepada Arwah ayah abah den..dia seorang guru agama. Pernah mengajar di Brunai suatu ketika dulu.  Baru bru ini beliau menjadi juara tilawah alquran diperingkat Daerah Kuala Pilah yang berlangsung di Felda Kepis pada 14 Disember 2017. Juara peringkat apa tak pasti plak..

Monday, May 2, 2016

Hari ini saya ke melaka


Sahabat saya, tuan Haji Dahari di Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan TNB di Ayer Kerah Melaka.

Monday, January 25, 2016

BLOG NI JADI RUJUKAN

Alhamdulillah..

Semalam ada seseorang msg pada saya katanya dia ambil sedikit sumber dari blog ini untuk kajian dan menyediakan laporan.  Terima kasih yer, semoga bermanfaat.

Teringat lagi sebelum ini ada seorang Dr juga Msg saya katanya mencari keluarga angkat nya yang telah lama terpisah.  Alhamdulillah...Jadi Jejak Kasih juga sehingga saya Berjaya sambug kembali keluarga mereka.

Syukur

Saturday, October 10, 2015

Ada sesiapa singgha di Sini?

Saya pun dah lama tak ost..mohon maaf sekiranya ada yang singgah disini dan saya tak mengemaskini post terbaru...