ASSALAMUALAIKUM,
Tetibo teringat satu pokok Bacang sebolah Balai Rayo Kek Kg Sg Buloh..waktu den kochik-kochik dulu ado satu pokok bacang yang sangat bosar..pokok eh sangat ghajin bebuah...semua orang kg boleh ambil buahnya sebab terletak di dalam kawasan Tanah Rezab jalan/Balairaya.
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh (SKSB) tak jauh pun dari pokok tu..dalam 200 meter aja. Bilo time balik sekolah mesti singgah cari bachang masak..kono boghobut ngan kawan-kawan dan jugo lombu..sobab lombu pun suko buah bacahng nie...buah ehh manis...
Ada juga kawan-kawan takut-takutkan pokok tu keras la apa lah, tapi kami selamba aja pegi ambil buahnya..tak da apa pun..semoga orang yang tanam pokok tu mendapat pahala yang melimpah ruah.
Sekarang pokok tu tiada lagi, sudah dibuat sauatu tempat aktiviti untuk penduduk kampong.
Ado tak kawan-kawan yang ingat pasai pokok bacang ni? Boleh lah share memory you all
Kenangan menggamit nostalgia...Sayang Kg Den