DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Sunday, January 10, 2010

LUTFI TERHENTAK KEPALA DI CERMIN KERETA

Hari ini aku ada kelas.  Mahani tiada, dia pergi kerja luar.  (Aku memang tak suka dia kerja luar).  Jadi terpaksa cari orang nak jaga Lutfi.  Mula-mula minta tolong Raihana, tetapi dia pecah kontrak.  dia ikut Mahani pergi kerja.  So pilihan kedua aku minta tolong Shikin.  Tapi dia ada kerja pada hari tersebut.  So, aku cari pula Bangah.  Lutfi memang suka berkawan dengan Kak long Iiin dan Kak Ngah Nisa tetapi jauh la sikit nak kena hantar.  So, aku hantar ler Lutfi ke Seremban pada malam tadi.  Aku pun tido sekali di sana.  Pagi-pagi sebaik sahaja Subuh, aku terus pergi kelas.
Habis sahaja kelas, aku terus memecut kereta untuk pergi ke Seremban nak ambil Lutfi.  Dalam perjalanan balik menuju ke Semenyih, aku berborak dengan Lutfi.  Tanpa disangka ada kereta dihadapan aku.  Aku buat brek emengercy, pranggggg... kepala Lutfi terhantuk di kaca hadapan kereta aku.  Aduhhh.. Aduhhh.. Aduhhh... sakit..sakitt..sakitt.. itulah yang dia ucapkan.

Aku tengok kaca hadapan pecah seperti didalam gambar.  Pada fikiran aku, pasti Lutfi berdarah.  Alhamdulillah, Kepala tak berdarah dan Lutfi tak menangis.  Yang aku bersyukur sangat Lutfi tak apa-apa.  Satu keajaiban sebenarnya.  Kaca pecah begitu, Lutfi dah tak berdarah.  Nak tahu apa Lutfi tanya saya. 

Abi, apa yang Lutfi dah buat baik hari ini maka ALLH balas baik pada dia (tak luka).  Aku pun tahu tahu nak jawap.  Aku pun risau juga akalau ada pendarahan dalaman.  Sepanjang pengetahuan aku, sekiranya budak terhantuk pertama tengok dia muntah atau tidak.  Atau dia pengsan atau tidak.  kalau dua-dua tu tak ada.  Insyallah dia ok.

Namun, sifat sebagai seorang ayah, aku tetap risau.  Sambil memandu, aku terus buat ujikaji sendiri... tanya dia, bawa berborak.. dia layan aku macam biasa aja.  Dia cakap sakit juga tapi ok lah...Aku tanya lagi ada tak perasaan nak muntah.. tak ada.. Lutfi cua baca Al-Fatihah.. dia baca veri well.. so i rasa lega...

Sampai di Semenyih, aku terus bawa ke Klinik.  Doktor buat pemeriksaan dan beberapa pertanyaan yang aku dah buat dalam kereta.  Jawapan Lutfi very konsisten.. Doktor juga terkejut budak umur 7 tahun dengan kaca pecah begitu tak luka dan tak apa-apa.  Dia kata kepala adik nie keras kott..

Malam tu, Lutfi tanya lagi apa yang dia dah buat baik sampai ALLAH sayang kat dia.  So, aku pun buka la cerita sambil-sambil nak tidor kan dia.  Katalah, kalau kita dengar cakap abi, cakap Umi cakap orang tua.  Itu pun satu kebaikan.  tetapi Lutfi kena ingat, mungkin ALLAH nak duga Lutfi. Mungkin ALLAH... macam ni kat Lutfi... ya..ya aku cerita.. dia pun terlelap...
Ini waktu Lutfi kat Klinik... dia buat tangan ke bawah tu sebab Negeri Sembilan Kalah malam tadi.....Tengok lah baju yang Pakngah ngan Mak Ngah dia sponsor tu...

No comments: