DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Monday, September 13, 2010

POST MORTEM BUAT LEMANG


1.  Buluh lemang terlalu pucuk, sukar nak dihentak kerana terlalu lembut
2.  Buluh yang dipotong terbalik.  Buluh lemang dipotong dari pucuk kepangkal
3.  Daun pisang tak payah lah amik sampai macam nak buat lemang 200 batang...punya  la banyak.
4.  Jangan gunakan kelapo masak, guna kelapo tua kerana kelapa masak banyak minyak...
5.  Garam perlu secuikup rasa, tak masin maka jadi kurang sodap...
6.  Masukkan beras jangan terlampu banyak sangat, nanti muntah lomang tuh..
7.  Tang jago loang memang perfect..tak tinggal langsung...lomang memang cantik tak berkerak walaupun buloh macam hangus...tapi yang tak boleh nak hontak tuh nak buek camano...buluh lombut bonar...

Waktu testing tu, sajo jo cari yang hangus..sobab nak kasi gempak aja...

No comments: