DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Thursday, May 7, 2009

JELEBU - SIMPANG DURIAN - GAMBAR PADI DI KAMPUNGKU

Salam buat semua abak warga Kg Sg Buloh, Simpang Durian. Bagi mana-mana yang dah lama tak balik kg, eden nak bagi tau kat ekau sumor bahawo padi di kg kotiko ini mula berbuah "terbit". Den tau, mano yang ponah meraso pado zaman kocik-kocik dulu pasti rindu ngan suasano di kg kotiko ini kan... so layanlah gambareden nie yorrr...nanti bolo dah mulo kuning dan amik lagi yorrr...

Salam dari,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

Tuesday, May 5, 2009

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku..

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera..

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, dia seorang isteri yang amat memenuhi keperluan suaminya zahir dan batin, malah beliau juga seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. Tetap menyayangi suaminya dalam apa keadaan sekali pun.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya...

Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi hehehee...

Sumber : Email Rahimah Mohd Abdul Rahman

GAMBAR PERGI CAMERON NGAN MAK PART 2

Ini adalah gambar pergi Cameron ngan mak (Part 2). Akan ada lagi sambungan tau. Nanti kita download lagi gambar-gambar tu...



Monday, May 4, 2009

HARI KELUARGA WAN MAIZOM DI MELAKA

15 MAC 2009, Aku hadiri Family Day yang dianjurkan oleh Anak Cucu Keluarga Arwah Wan Maizom. Aku tumpang seronok hadir ke majlis ini. Sila layari gambar-gambar ini sebagai kenang-kenangan untuk anak cucu kita nanti.

Salam dari,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN



SELAMAT SUDAH SEMUA PAPER EXAM

Salam buat semua,

04 Mei 2009, Isnin, 2.27 p.m.

Sebentar tadi aku baru sahaja habis ambil paper Marketing. Alhamdulillah, semua papaer untuk Sems ini dah habis. La nie tengah tunggu result lah pulak. Satu lagi perkara yang amat mendebarkan.

Tapi Sems kali ini berjalan dengan teruks sekali rasanya. Aku minta maaf pada semua orang sebab Sems nie lain macam sikit tekanannnya. Kadang-kadang bila baca buku terus tertidur kat bilik baca. Mungkin ada yang terasa hati terutama Mahani, Lutfi, Noknet, Raihana...yang lain-lain pun lah agaknya mesti nampak stress aku niee. Tapi alhamdulillah, sokongan dan dorongan depa semua aku hadapi juga hingga aku ambil semua papaer untuk exam kali ini.

So, cuti sems nie dah banyak aku tabur janji pada Lutfi. Nak mandi sungai, mandi kolam, main BEN 10, main basikal which is aku tak dapat beri dia peluang untuk main tu semua sebab nak fokus pada exam.

Semalam aku cakap pada dia yang aku akan last exam hari ini, punya lah dia suka melompat-lompat tak tentu hala sambil berlari-lari beritahu pada Umi nya.

So, sekarang aku tunggu result, kalau tak lulus aku repeat la nampaknya...

Salam buat semua,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

Saturday, May 2, 2009

YAYASAN TENAGA NASIONAL

Salam Buat Semua,

Aku mula bekerja di TNB pada tahun 1993 di TNB Seremban. Bertukar ke Ibu Pejabat pada 2 Mei 2009 di Jalan Bangsar Kuala Lumpur. Selepas pada itu, pejabat aku dipindahkan ke TNB Jalan Timur, Petaling Jaya pada tahun 2000.

Memandangkan aku beli rumah di Bandar Seri Putra, Bangi. Aku telah memohon untuk bertukar ke Sekitar TNB Bangi. Semua tempat aku mohon, YTN, ILSAS, TNBR. Tapi rezeki aku dapat di YTN pada tahun 2004.

Hingga kini sudah 5 tahun aku masih lagi bekerja di YTN.

Selamat Hari Pekerja Untuk Aku.

Semoga aku teruskan bekerja dengan jujur serta hati ikhlas disamping mendapat pendapatan yang diredhai ALLAH. Aku sayangkan semua staf di YTN tanpa berbelah bagi. Aku sayangkan semua mereka sebagai rakan sekerja, sahabat, saudara malah rasanya boleh dianggap adik-beradik.

Memang tidak dinafikan, sebagai insan kita semua kadangkala mungkin ada melakukan kesilapan. Bagi aku kesilapan mereka terhadap aku (kalau ada) dah lama aku maafkan dan tiada perasaan simpan di dalam hati. Semoga kesalahan yang tidak aku sedari terhadap rakan-rakan semua juga dimaafkan oleh rakan-rakan sekalian, harapan aku juga agar semoga mereka juga menerima aku sebagaimana aku menerima mereka sebagai sahabat, saudara dan rakan sekerja.

Saya ingin mencapai kejayaan bersama Yayasan Tenaga Nasional.

Salam,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

Ini antara gambar-gambar sahabat aku di pejabat. Ramai lagi tapi tak sempat nak download....

Friday, May 1, 2009

SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA KU

Buat Bonda Tersayang,

Apabila baru lahirnya aku hingga aku ke usia ini, aku masih tidak lagi puas untuk berada di bawah ketiak ibu ku. Walau sesedap mana jualah makanan di hotel-hotel lima bintang dan restoran terkemuka yang aku pernah aku hadiri, tidak pula pernah aku merinduinya pabila sudah lama tidak aku makan.

Namun masakan air tangan ibu ku jualah yang menjadi ingatan. Sajian air tangan ibu ku lah yang paling sedap, walaupun menu yang disediakan hanyalah sekadar ikan goreng dicampur dengan daun kucai.

Menu itu salah satu dari beribu menu yang bonda aku masakkan pada ketika aku masih kecil, bersekolah dan sehingga kini. Aku masih ingat pada ketika itu setiap pagi, sudah pasti makanan kegemaran ku "kodok tepung" (cekodok)akan tersedia. Aku akui hanya menu itu sahajalah yang mampu ibuku sediakan bagi membesarkan aku, namun itulah makanan yang aku tidak dapat lupakan hingga kini.

Salam buat ibuku yang tersayang,

SELAMAT HARI IBU SEMALAM, HARI INI DAN HARI YANG MENDATANG. SEMOGA BONDA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH S.W.T.

BONDA KU,

Kau ibarat cahaya. Cahaya itu adalah satu keperluan bagi setiap insan seperti ku. Cahaya mu aku perlukan disiang hari, lebih-lebih lagi cahaya mu di malam hari. Begitulah aku, sentiasa aku merindui mu. Semoga bonda mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T.
Pohon bonda halalkan makan dan minum ku dari air susu bonda sehingga kini. Air tangan mu jualah yang aku rindui.