DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Thursday, May 7, 2009

JELEBU - SIMPANG DURIAN - GAMBAR PADI DI KAMPUNGKU

Salam buat semua abak warga Kg Sg Buloh, Simpang Durian. Bagi mana-mana yang dah lama tak balik kg, eden nak bagi tau kat ekau sumor bahawo padi di kg kotiko ini mula berbuah "terbit". Den tau, mano yang ponah meraso pado zaman kocik-kocik dulu pasti rindu ngan suasano di kg kotiko ini kan... so layanlah gambareden nie yorrr...nanti bolo dah mulo kuning dan amik lagi yorrr...

Salam dari,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

4 comments:

Anonymous said...

sy suke sgt tgk pemandangan sawah padi...tenang rasanye.. sy nk tanye,kenal yuzri bin yunus x? die okey x?

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN said...

Bolehlah datang ke kampung saya. Saya boleh tunjukan bila ada masa. Kebetulan Yusri Yunus juga adalah sahabat saya. Cuma bila saya dah berhijrah, saya kurang berjumpa dengan dia.

Walau bagaimanapun, saya tahu orangnya, saya tahu rumahnya, saya tahu keluarganya.

Macamana kenal dengannya. Dan siapa Anonymous ini? Adakah mengenali saya atau sekadar singgah di blog saya. Tinggalkan sedikit maklumat mengenai saudara/i.

SALAM 1 Malaysia

Anonymous said...

sy cuma sekadar singgah di blog ini..sy cuma nk tau ttg yuzri yunus d sana.sy kenal die.

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN said...

Ok terima kasih. Harap saudara/i singgah lagi lain kali. Saya mohon maaf tak dapat nak update blog ini buat seketika kerana bakal hadapi peperiksaan.

Salam hormat,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN