

Pada 9 Mei 209 yang lepas, aku pergi ke Kuala Kangsar hantar wife aku bekerja di MCKK. Sebaik sahaja hantar beliau ke MCKK, aku pun ambil peluang ronda di Pekan Diraja Perak tersebut. Aku berjalan ke Masjid dan seterusnya ke Istana yang terletak ditepi sungai. Cantik sungguh pemandangan disana.
Aku telah pergi ke tepi sungai bersama Lutfi. Tidak sampai 5 minit aku disitu, aku dikejutkan dengan bunyi 2 dentuman yang sangat kuat. Aku yakin itu satu kemalangan. Aku dan Lutfi bergegas ketempat tersebut dan sah kereta terlanggar pokok. Aku adalah orang yang pertama sampai ketempat kejadian. Aku lihat darah banyak pada mangsa yang sedang dipangku oleh pemandu yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Aku terus hubungi 999 no kecemasan. Kali pertama aku hadapi situasi begini. Aku minta sahabatnya itu mengajar rakan yang cedera parah itu mengucap dan menyebut nama ALLAH.
Sekejap sahaja orang sudah mula ramai. Bila polis sampai aku bertanya samada aku boleh mengangkat keluar mangsa tersebut yang mungkin tidak sedarkan diri dengan darah yang berlumuran.
Polis tersebut mengatakan boleh. Aku bersama pemandu yang juga rakannya itu serta polis mengangkat keluar mangsa dan meletakkan di tepi jalan serta meletakkan satu bantal di kepalanya. Beliau masih sedar agaknya dan tangannya bergerak-gerak mungkin sakit. Aku mengajar beliau mengucap dan menyebut nama ALLAH.
Rakan kedua yang cedera tidak dapat aku keluarkan kerana tersepit. Kami terpaksa tunggu hingga Bomba sampai. Bombalah yang mengeluarkan mangsa tersebut yang duduk di Bahagian Belakang.
Ambulan telah pun sampai dan membawa mangsa yang cedera. Alhamdulillah.. Misi aku membantu mangsa telah berjaya. Aku sempat berbual denga mangsa yang selamat. Mereka berempat. Namanya Tun (pemandu, Tun (yang selamat) dan Hassan yang cedera parah serta mangsa di belakang aku tak ingat nama. Semoga Hassan dan mereka semua cepat sembuh.
Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang prihatin membantu mangsa termasuk Polis, Bomba dan Ambulans serta kakitangan kerajaan yang aku mungkin tak perasan datang pada hari tersebut serta orang ramai.
Seluar dan baju aku terkena sedikit darah mangsa. Pasukan polis telah mencadangkan agar aku membasuh darah tersebut di Balai Polis didepan/belakang Istana Bukit Candan.
Aku sempat rakamkan gambar kemalangan tersebut apabila semua sudah mula reda.
Sekali lagi aku doakan agar Tun, Tun, dan Hassan serta seorang lagi cepat sembuh.



No comments:
Post a Comment