DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Tuesday, May 19, 2009

LADANG SAYUR-SAYURAN

Salam buat semua,

Sekarang nie, laman rumah aku dah upgrade jadi kolam ikan. Kolam nya belum siap lagi. Aku pernah postkan gambarnya dahulu. Projek tu belum siap akibat dari Pemaju yang dah tersalah gunakan bahan-bahan mentah yang aku bekalkan. Tapi tujuan aku bukan nak cerita pasal kolam ikan ini. Aku nak beri tahu bahawa sebelum projek kolam nie, tempat tu aku jadikan kebun-kebun sebagai hobi aku bila balik kerja. Ini aku postkan gambar-gambar lama yang tadi aku terjumpa dalam My dokumen aku.


Jangan Tak caya, ini buah tembikai yang aku tanam sendiri tau..

Pokok2 cili aku

Pokok Pandan..harihari aku petik letak dlm kereta

Kak Lang cakap nie daun ulam Rakyat.....


Pokok cili baru nak berbunga...

Banyak tak buah dia... banyak kan...

Amacam hasil dia... berbudi pada tanah beb...

Ini semua aku tanam dalam pasu ajaaaa....


Best kan...

Banyak gak aku tanam.... Happy bro...




Sekadar gambar Hiasan.....

1 comment:

bet said...

bawak2 la p opis.. juai kat ktrg.. maklum lah.. duduk flat.. mana nak tanam pokok pulak.. =)