DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Thursday, May 14, 2009

Aktiviti Yg Sungguh Sibuk

Salam buat semua,

Hari ini rasanya sungguh sibuk. malah bukan hari ini sahaja. Cuba lihat jadual aku seminggu ini.

11 Mei 2009 - Isnin aku sibuk dengan persediaan tender. Petang pukul 4.00, aku balik kg kerana aku rindu sangat ngan mak aku yang dah lama aku tak jenguk. Sejak dari bulan Mac hinga semalam. Bagi aku itu adalah tempoh yang sudah sungguh cukup lama aku tak jenguk dia. Meamang aku selalu telefon dia tapi tak sama bila berjumpa. Walau pun perjumpaan aku dengan beliau hanya sekitar 4 jam sahaja. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat melihat wajahnya. Wajah seorang tua yang sangat kasih kepada anak-anaknya.

12 Mei 2009 - Selasa Aku jadi Juru Audit kat pejabat. Hari yang sungguh busy. Aku tak dapat nak buat kerja seharian kerana fokus kepada Audit. Pada sebelah malam aku sempat update gambar-gambar dalam blog aku. Perkara yang paling aku suka. Kira macam hobi la tuu...

13 Mei 2009 - Rabu Aku sambung audit lagi yang belum habis. Balik pejabat aku singgah ke kedai untuk beli air mineral bagi persediaan program aku ke Kg Kuantan (Projek Kelip-kelip pada 16 Mei 2009) dan juga perlawanan bola sepak antara YTN vs UNIKL esok. Pada sebelah malam sungguh kepenatan. Aku tidur awal malam nie.

14 Mei 2009 - Khamis Aku ada kursus bahasa inggeris. Kursus ini direka khas untuk staf pejabat aku untuk develop lagi bahasa inggeris kita semua. Tenaga pengajarnya datang dari Canada. Petang habis kerja aku pergi ke padang di ILSAS. Ada game hari ini. YTN/KSDR vs UNIKL. Tapi kalah 4-2. Tak pa yang penting perhubungan 2 hala yang sihat antara kami dengan UNIKL. Balik dah malam, singgah umah sembahyang Maghrib dan terus pergi makan kat D'tree. Western Food special. Chicken chop nya murah aja. RM 7.90.

No comments: