DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Saturday, May 30, 2009

AZMAN BIN ZAKARIA




Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Azman bin Zakaria






Salam 2 All,


Alhamdulillah, hari ini Tuan Haji Azman bin Zakaria (THAZ) telah dinobatkan sebagai Pengarah Yayasan Tenaga Nasional (YTN). THAZ adalah seorang bos yang baik. Beliau bertugas sebagai Pengurus Kanan Yayasan Tenaga Nasional sebelum ini. Kini beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Yayasan Tenaga Nasional bagi menggantikan Encik Ir. Amiruddin bin Alias yang sedang bercuti untuk tujuan persaraan


THAZ adalah Pengarah YTN yang ke tujuh dan adalah Pengarah YTN yang ketiga selama aku mula bertugas di YTN pada tahun 2004. Antara Pengarah yang aku pernah bekerja dengan mereka ialah :-

1. Dato' Kamaruzzaman Jusoh (2003-2005)
2. Encik Ir. Amirudin bin Alias K.M.N (2005 - 2009)
3. Tuan Haji Azman Bin Zakaria (2009 - ? )


Saya serta keluarga mendoakan agar THAZ sentiasa dirahmati ALLAH. Dan saya gembira dengan perlantikan beliau ini.

Saya berjanji akan menyokong sepenuhnya Pentadbiran dan Pengurusan THAZ sebagaimana saya berikan kepada Pengarah terdahului malah akan cuba sedaya upaya untuk buat yang lebih baik. INSYALLAH.

"TNB PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA, YTN PENGGERAK KEMAJUAN TNB, KAMI PENGGERAK KEMAJUAN YTN"



HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

No comments: