DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Tuesday, May 12, 2009

SIMPANG DURIAN, JELEBU, SEGERI SEMBILAN

Simpang Durian adalah sebuah pekan kecil. Ia adalah nadi bagi penduduk sekitar kawasan seperti Kg. Sungai Buloh, Kg, Jerang, Kg. Bemban, Kg. Lakai, Kg Juntai, Kg. Mentaus dan lain-lain kawasan lagi.

Simpang durian terletak sejauh 57 km dari pekan Karak atau 50 km dari pekan Kuala Pilah.

Pekan Simpang Durian menjadi tumpuan pendudsuk setempat kerana kemudahan asas yang lebih lengkap seperti pejabat pos, bank pertanian, klinik desa yang lengkap, Balai Polis dan banyak kedai-kedai yang boleh memenuhi keperluan seharian penduduk setempat.

2 comments:

Zukay said...

Takde gambo ke boh.. Nak tengok jugak pemandangan kat sana.

Zukay said...

Lagi satu boh nak tanya, berapa harga tanah 1 ekar kat area simpang durian? Ingat nak berhijrah kat sana dah tua2 nanti, kalau umur panjanglah..