DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Wednesday, August 19, 2009

BUAH JENTIK-JENTIK

Tadi Abah aku balik dari Kedah...

Dia ada beli buah yang tak pernah aku rasa seumur hidup... Nie adalah first time aku rasa buah nie...



Si dalamnya macam buah delima kot.. rasa macam buah Rambai...
Buah nie bila dijentik, kulitnya akan terpelanting dan tinggal isinya berwarna pink macam delima...

Ini gambar secara Zomm innn...


Tuesday, August 18, 2009

NASI GORENG SPECIAL ABANG LONG

Aku kan tinggal sorang hari ini, adik-adik pun tak ada nak suruh masak...bujang la katakan.. nak pergi makan kat luar malas.. so aku guna ke kreatifan aku untuk buat nasi goreng special... inilah nasi goreng yang paling sedap pernah aku rasa...




Monday, August 17, 2009

HASSIM, BANGCHIK DAN ABANG LONG

Perbualan antara Hassim, Banchik, dan Abang Long…..

Hassim : Hai Banchik dan Abang Long, buat apa tu?

Banchik : Ohh.. Hassim.. tak ada apa.. saja berbual…

Abang Long : Isteri kau tak ada ker Hassim?

Hassim : Haahh… tak ada… isteri aku ada kerja di Kedah… ..

Banchik : Oooo iya.. lama ker? Engkau tak apa lah Hassim, adik-adik kau boleh bantu waktu isteri kau tiada. Adik-adik kau dua orang duduk dengan engkau lagi kan.… aku tau kau tak suka makan luar . Dia orang boleh bantu masakkan untuk kau…dan bantu basuhkan kain yang kotor

Abang Long : Haaahh.. sekurang-kurangnya goreng telur dadar pun tak apa.. asalkan makan kat rumah.. Engkau serupa macam aku la Hassim tak suka makan kat luar.....

Hassim : Mmmm… Alhamdulillah… aku memanglah suka makan kat rumah…dia orang bolehlah bantu aku sikit-sikit… tak akan aku nak paksa.. dia orang dah besar panjang dan sudah pandai bawa diri dan dah pandai berfikir … biarlah dia orang buat ikut rasa hatinya.. apa yang dia rasakan betul, betulah agaknya… setakat nak bantu tu, bolehlah sementara diaorang belum berkahwin.. dah berkahwin nanti, depa ikut suami masing-masing…

Banchik : Beruntung engkau Hassim… sorang adik sendiri dan seorang adik ipar….

Hassim : Mmmm.. memanglah aku beruntung.. riuh lah sikit rumah tu.. klau tak tinggallah aku bertiga sahaja.... oklah Banchik dan Abng Long… aku nak balik dulu.. aku nak makan malam ni.. nak rebus maggi..

Banchik dan Abang Long : Rebus maggi????//.;;/’;;sll

Thursday, August 13, 2009

SURVEY UNTUK PROGRAM JEJAK KEGEMILANGAN TNB 2009

21 Julai 2009 ~ Pada hari ini aku pergi sekitar Kuala Lumpur untuk mencari kawasan menarik untuk Program Jejak kegemilangan TNB 2009. Antara tempat yang aku pergi buat survey ialah MUZIUM KL dan Menara Kuala Lumpur. Semasa menunggu pegawai dari Menara KL, Encik Azha aku and the gang berjalan sekitar Menara kerana ada beberapa pameran disana. Jom kita zooom gambar-gambar ini...

Saudara Jefri mencuba F1
Pameran Kabel Bawah Laut oleh TM

Pameran Binatang Liar

Jep dan Art sedang menghayati dan Memerhati Katak Besar Tayar

Ular nie bosar sungguh... nasib baik dia dalam cermin jer.. klu tak..ntahlah..


Pengerusi FAMA

Bergambar kenangan bersama Pengerusi FAMA Ybhg. Dato' Paduka Hj. Badruddin Bin Amiruldin.

MAJLIS TAHLIL UNTUK ARWAH ABAH


Alhamdulillah, saudara-mara pun ada termasuk ABng Kamal dan Bangah Jalil dan kebetulan Atih Din ada balik ke Kg.

Menu dia Apa? Seperti biasa Bangah nak gulai kambing... Mak pula sokong... hee..hee.. kita pun sokong...Kak Long pun sokong... bak kata pepatah sumer sokong lah...yang beza kali ini ialah saya memilih tugas untuk bersihkan kepalo kambing. Selalu tengok orang saja buek... so kito pun buek...bukan sonang rupo ehhh... Abng Ajai cakap apo... haa.. orang kolumpo bosihkan kopalooo.. akhirnya siap jua itupun Abng Ajai yang bantu... kita bakar dan kikis.. tapi ending Abng Ajai la yang buat...

Ini kira meja untuk VIP la.. Para Ustaz dan Old Timer Kampung

Ini para tetamu yang hadir

Waktu Tahlil

Ni gambor bebudak mengacau lauk... kerja..kerjaa..

Ini wakil dari Kulim...

SALAM BUAT PELAYAR DARI PENANG

Salam buat pelayar dari Penang. Hang selalu masuk cheeek punyo blog noo...

Tapi Cheeekk dah lamo tak update cheeekk punya blog.. tapi hang masih setia juga noo... terima kasih atas sokongan tu...