DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Saturday, November 21, 2009

Siti Amynur Ain Putri Rosdy

Siti Amynur Ain Putri Rosdy berdoa di pusara ibuya Allahyarham Rusmah Abdullah di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban, semalam. - BERNAMA
----------------------------------------------------------------------------------------------
SEREMBAN 20 Nov. - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu patah kaki dalam kemalangan. Ekoran itu, keluarganya terpaksa hidup dengan bantuan kewangan kerajaan RM400 sebulan. Setiap hari sejak berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik ke rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk sampaikan sendiri keputusan ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya. Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata, suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang". Noreha yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya. - BERNAMA.
Catatan Saya :- Sedih betul saya bila baca artikel ini. Sudah ayah tiada, kini Siti Amynur Ain Putri Rosdy terpaksa pula menghadapi ketiadaan ibunya. Saya pernah duduk di Taman Dusun Nyior dahulu. Semoga adik Siti Amynur Ain Putri Rosdy akan selamat adanya.

Sunday, November 8, 2009

HOBIN JANG HOBIN.....

Aku bukanlah peminat setia Bola Sepak Dalam Negara mahupun Luar Negara. Tapi malam tadi semangat lain, demi semangat nasionalisme aku dengan Nogori Sombilan. Aku tengok bola dari A sampai Z. Menyaksikan kehebatan dan tendangan mantap pasukan Kuning membelasah pasukan Merah.

Lebih istemewa, kami menyaksikan bola dengan keluarga tersayang. Mak, Kami sekeluarga, Kak Long, Abng Nasar, Sabri, Rosnah, Mak Uda, Bong Mie, dan tak lupa Mak Induk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Memang seronok.

SELEPAS 61 tahun menanti, Pasukan NS akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.

Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.

PEMAIN-PEMAIN Negeri Sembilan diketuai Reezal Zambery Yahya (julang trofi) meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2009 bersama rakan sepasukan lain selepas menerima trofi daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Tuesday, November 3, 2009

NEWS OR POSTING TERKINI

Sila layari posting bertarikh

1. 31 ogos 2009
2. 19 Sept 2009
3. 05 Oktober 2009
4. 17 Oktober 2009

Posting ini memang lama nak update tapi tak sempat... Malam nie ada boring sikit malas nak baca buku.. aku ada masa nak update blog aku...

Selamat berlayarrr....

Monday, November 2, 2009

HARI INI EXAM PAPER FINANCE FIN 262


Salam To All,

Hari ini aku bercuti kerana akan mengambil Exam... Exam petang pukul 2.15 - 5.15 petang. So, sebelah pagi aku ambil peluang untuk mentelaah buku di Masjid UNITEN.

Saturday, October 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI - 1 Malaysia

Gambar bunga api disekitar Bandar Semenyih...

Salam 1 Malaysia,

17/10/2009 ~ Hari ini hari raya Deepavali. Jiran aku berbangsa India meraikan hari deepavali. Nak tahu, jiran aku nie beri kami kuih muruku, bunga api dan duit raya untuk Lutfi.


Pada raya tahun sudah, aku buat perkara yang sama pada beliau. Dan kini beliau membalasnya. Inilah yuang dikatakan semangat 1 Malaysia.

Salam,

Friday, October 16, 2009

MAAF, LAMA TAK UPDATE BLOG

ASSALAMUALAIKUM WBRKTH SEMUA DAN SALAM 1 MALAYSIA,

Saya memohon maaf kerana tidak dapat dan sudah lama tidak update blog saya.

Saya juga memohon kepada tuan/puan supaya memberikan nama dan email setiap kali memberikan coment atau meninggalkan catatan di blog saya. Ini adalah bertujuan rekod saya memandangkan tuan/puan yang hadir ke blog saya, saya anggap tuan/puan adalah tetamu saya yang istimewa.

Sekian dan salam,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

Monday, October 5, 2009

ZAHARUDIN ZAINAL ATAU ALONG DIN DALAM KENANGAN

Setelah semuanya selesai
Beberapa saudara mara yang berbincang untuk program Tahlil Arwah selama 3 hari...

Tuan Imam yang membacakan talkin


Semoga Arwah mendapat rahmat dari ALLAH

Arwah selamat disemadikan




Antara pegawai Along yang datang memberikan penghormatan





Sumbangan juga disampaikan kepada Isteri Along






Antara saudara mara yang hadir... Tu gambar Pok De Ulung





Bangah juga hadir








Ketika sedang dimasukkan ke liang lahat






Jenazah ketika di Masjid Kg Sg Buloh






Jenazah dibawa masukkan kedalam Van Jenazah













Sahabat-sahabat along ramai yang datang membantu












Saudara mara dan rakan-rakan





Arwah dibawa singgah kerumahnya seketika untuk saudara mara memberi penghormatan dan doa kali terakhir..







baju merah tu anak along yang kecil sekali... kesian kan...






Ramai saudara mara yang hadir





Boboi n the gang.. cepat-cepat pasang khemah.. salah satu kerja amal tabung perniagaan kita






Antara wakil tentera yang datang awal untuk memastikan perjalanan pengkebumian berjalan teratur
















Salam buat semua,


5 Oktober 2009 ~ Kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian saudara sepupu saya iaitu Zaharuddin bin Zainal atau kami kenali sebagai Along Din. Saya mendapat berita kematian sekitar jam 1.50 pagi. Alang kah terkejutnya saya. Mahu tidaknya baru sahaja berjumpa beliau pada hari raya yang lepas. Sihat sahaja tak ada dengar sakitnya.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Itulah kalau ALLAh dah tetapkan, maka tiada sesiapa yang dapat menahannya.