DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Saturday, January 3, 2015

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN DONGAN SAWAH PADI CANTIK MENGHIJAU

Saya bukan petani..tetapi saya pernah menjadi sebahagian dari Petani...sawah ini lah menjadi saksi aku membanting tulang membantu kedua omak dan abah...Percayalah pada ketika itu, aku membantu omak dan abah di sawah macam rasa terpaksa kerna rakan-rakan sebaya aku sedang bermain-main di sekitar kampong...cemburu betul hati...
 
Pada waktu dan ketika itu, aku rasa macam omak ngan abah tak adil pada aku..kenapa tak beri aku main bersama mereka...tapi itu pemikiran aku yang dulu, diketika itu....andainya dapat ku putarkan masa, pasti aku akan sentiasa bersama abah dan omak di sawah ini..Banchik rindu suasana dulu...Banchik nak bantu omak dan abah, kita nak tolong omak ngan abah kat sawah, kat kobon dengan ikhlas...dulu banchik tak matang...tak pandai bopikir..waktu tu bopikir macam bobudak, keanak-anakan...
 
tapi omak dan abah tak ponah ghaso bosan...zalim nya aku...kini omak dah tak buat sawah dah, dah tak larat...katanya, tapi kalau tengok..omak laie Gagah pada bancik, omak laie kuat pada banchik, omak memang hebat...waktu pegi masuk hutan baru-baru ni, memang mak lagi kuat pada banchik, banchik tak sehebat mak...saying mak sangat...
 
abah pulak dah tak ado kek dunio ini...banyak kenagngan dengan abah, poie sawah, poie tangkap burung, poie amik guna Nau, poie motong gotah, macam macam laie...Banchik ghindu abah...maafkan banchik abah...semoga Abah sentiasa dalam lindungan ALLAH
 













Pak Tani Membanting Tulang mencari rezki
 Kolam Ikan Warisan Arwah Abah...banyak ikan tilapia..


Cantik Menguning...tak lamo lagi kalau ado joki..beduit org sungai buloh

MISI BANTUAN YAYASAN TENAGA NASIONAL KE KRAI

Assalamualikum wbrkth,

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikut sahabat-sahabat ke Kuala Krai pada 31/12/2014 untuk menghantar bantuan yang tidak seberapa untuk membantu sahabat-sahabat kita disana.

Rombongan bertolak dari Bangi pada jam 8.00 pagi dan samapai ke kuala krai jam 4.00 ptg, dan kami balik semula ke bangi sampai dalam jam 4.30 pagi.

Sumbangan ini adalah hasil dari kutipan yang dilakukan oleh warga kerja YTN. 

Alhamdulillah, YTN Berjaya mengumpul barangan makanan dan pakaian yang memenuhi dua buah Van.  Seramai Sembilan (9) orang yang menyertai rombongan tersebut

1) Abg Nasir Yusof (Ketua Rombongan)
2) En. Nasir Ali
3) En. Atrash
4) En. Jafri
5) Abg. Hashim Osman (HBO)
6) En. Auni
7) En. Syahir
8) Adik Azid (anak Abg HBO)
9) Saya lah...

Semoga sumbangan yang tidak seberapa itu daoat membantu sedikit meringankan beban sauadara-saudara kita disana.

Monday, December 29, 2014

KEKASIH HATI KU

Bior gambar bebicara...

Alhamdulillah dah ok dah...syukur pada ALLAH

Monday, December 8, 2014

Pelancongan di Jelebu - Saah Padi Di Sungai Buloh

Seronok tengok rumpun padi menghijau.

Fasa seterusnya padi akan berbunga...kita tunggu yer...
Padi hijau ni kita belanja satu gambar year...

 
 
Sebenarnya padi ini boleh menjadi Daya tarikan pelancong untuk dating ke Jelebu.
 
Ini boleh menaikan ekonomi dan nama Jelebu Itu sendiri.

Sunday, December 7, 2014

Wednesday, July 9, 2014

SUATU HARI DIHARI PUASA

ASSLAMUALAIKUM WBRKTH DAN SALAM RAMADHAN.....

Setiap kali bulan puasa, aku pasti teringat akan peristiwa ini.  Malah bukan aku sahaja, semua adik beradik aku pasti juga ingat.  Waktu itu, aku masih berada disekolah rendah.  Rasanya di dalam darjah 2 atau darjah 3.

Pada ketika itu, sedang musim rambutan.  Dihujung seberang sawah di belakang rumah emak ada dusun rambutan.  Waktu tu rambutan sangat ranum.  So aku pun dengan heronya ke dusun rambutan tersebut seorang diri. 

Sampai disana, kami memang ada buat buaian guni di bawah pokok rambutan.  Sambil duduk berbuiai di atas buaian tersebut, angin nan meniup-niup sepoi-sepoi sempoi...matahari pula panas terik..tapi di bawah pokok rambutan peninggalan arwahtyok tu sangat sejuk.....jam masih awal lagi dalam 3.00 petang. Mata aku mula kuyu dan layu terus terlena...

Jeng...jeng...jeng..part klimaks dalam cerita nie..hi..hi...

aku tersedar dalam jam 5.00 petang...matahari masih terik..tekak sangat kosong...aku tengok Atih Din (abg no 3) sudah ada di kebun tersebut.  Aku rasa sudah tidak lagi sangat bertenaga..aku minta izin dari atih din untuk balik...balik dengan keadaan lapar, haus penat..mata mengantuk...

Untuk balik kerumah mak..aku kena lalui sebatang titi dan meredah permatang sawah.  Badan pada ketika utu..memkang terasa sangat penat dan tidak bermaya..rasa nak minum sahaja air sawah...tapi aku masih tahan lagi...sampai satu permatang yang besar..aku nak duduk sekejap sebab penat..walhal rumah mak bukan lah jauh sangat..Nampak pun dari duusn rambutan tu...balik pada cerita tadi, aku duduk di satu permatang yang besar...aku rasa nak sandarkan badan pada permatang tu...aku pun nak sandar sekejap...tup,,tup...aku tertidur disitu sehingga atih din lalu dalam 5.30 petang..macam gitu...aku dah lena tidur atas permatang sawah tu...

Atih din kejut aku...tapi aku dah tak mampu nak buka mata macam orang pengsan...hi..hi..atih din terpaksa pikul aku balik bawa ke rumah...sampai ke rumah..emak paksa aku mandi dan kata..kalau dah tak tahan nak berbuka..pergi lah minum....

Ohhh..aku masih mampu bertahan walaupun aku melepek kepenatan...syukur puasa ku ptg itu selamat...


Tuesday, May 13, 2014

SUNGAI BEMBAN

Kengan indah dengan anak-anak den....lamo tak dapat buat program mcm nie...serius seronok sangat...

Semua anak-anak Abi pun dah tentu seronok..tapi ni ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni, ada lagi ramai....semoga Allah lindungi kita semua..

Ini semua anak-anak abi yang abi sayang..tapi semua dah besar-besar sekarang..semoga semua jadi anak yang soleh dan solehah...