DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

Tuesday, March 24, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU

SILA ISI RUANGAN KOSONG

Buat Isteri ku s _ _ _ _ g. Aku mengucapkan selamat hari lahir. Semoga kau

sentiasa _ _ _ _ _ _ _ disamping ku. Aku tahu, ada kalanya kita _ _ _ d _ k a,

adakalanya kita b _ r g _ _ _ _ ra. Kita h _ _ a _ p _ nya bersama apa jua r _ _ _

a _ g _ _ yang mendatang.



Sebagai _ _ _ _ i, tiada h _ d _ _ h yang lebih ber _ _ _ ga daripada k _ s _ h

seorang ist_ _ i yang pandai melayan k _ r _ n _ h suaminya.



Salam Dari Suami Mu,


HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

Thursday, March 12, 2009

PELAWAT DARI KOTA KINABALU

Salam,

Terima kasih sudi singgah di WEB saya Bah..

Sila tinggalkan Comment ya...

Salam,

Monday, March 9, 2009

Sekitar Sambutan Ulangtahun Muhammad Lutfi

MUHAMMAD LUTFI SAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN

09 Mac 2009 ~ Pada 09 Mac 2003, doktor datang kepada aku memberitahu bahawa Mahani perlu dibedah. Ini kerana Lutfi perlu dilahirkan segera memandangkan air ketuban telah pun pecah. Doktor khuatir Muhammad Lutfi akan memakan najis-najis yang ada di dalam badan. Aku tanpa melengahkan masa menurunkan tandatangan surat pengesahan persetujuan untuk Mahani di bedah.

Maka pada hari yang sama, jam 5.15 pm aku terdengar suara bayi menangis dari bilik bedah. Sebentar kemudian jururawat membawa seorang bayi lelaki yang masih ada kesan-kesan darah di badannya. Aku mengambil bayi tersebut dengan hati yang berdebar-debar. Lalu aku memeriksa kesihatan fizikal beliau dan aku laungkan azan ke telinga anak ku itu.

Aku serahkan kembali Lutfi kepada jururawat untuk disegerakan pembersihannya dan diselimut dengan kain yang tebal kerana beliau sudah mula sejuk. Aku terus keluar bilik bedah dan memaklumkan kepada saudara-mara bahawa Mahani selamat melahirkan anak lelaki.

Alhamdulillah....

Saturday, March 7, 2009

MAD DERUS BIN BUNCHIT

Salam buat semua,

Tadi aku pergi makan kat Village View, Bangi. En Mad Derus belanja. Wife aku kerja dan balik lambat.. So sementara menunggu aku pergi la makan dulu. Yang pergi ialah Aku, Encik Md Derus, Tn. Hj. Roslan, Encik Zul dan Lutfi.
Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi ok...

Dari Kanan, Aku, Mad Derus, Encik Zul, En. Roslan. Mana Lutfi.. tengah amik gambar laaa...

Tuesday, March 3, 2009

REHATKAN MINDAAA.....

1.Cium Isteri

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?

Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Pak pandir menunjukankan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,'Lembik...macam taik..'Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam taik.'Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit.... 'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

3..kisah 2 ekor burung.

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.

Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.

4.Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau.. ... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall

Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too

'Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '

Monday, March 2, 2009

BERITA TERKINI TABUNG TUM

Salam buat semua,

Buat masa ini kutipan Tabung Untuk Mak (TUM) baru mencecah RM 1200.00 ringgit. Belanja emak pergi adalah seperti di bawah :-

Pakej UMRAH = RM 4,700.00
Duit Paspot = RM 300.00

JUMLAH KESELURIHAN = RM 5,000.00. Jumlah ini tidak termasuk duit poket mak nak berbelanja.

Insyallah, mak akan pergi 13 @ 14 April 2009. Minggu depan banchik rancang nak buat Pasport untuk mak. Cuma mak mungkin pergi dengan saudara bangah sebelah Kak Zana. Insyallah, mak boleh.

Bagi mana-mana yang masih nak menabung tu tolong lah banyak jumlah kutipan tu dengan segera. Takut-takut kalu tak cukup postpone pula nanti. Semoga hajat kita semua ini akan tercapai dengan usaha kita adik-beradik.

Salam buat semua saudara-mara ku,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN