DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Monday, March 2, 2009

BERITA TERKINI TABUNG TUM

Salam buat semua,

Buat masa ini kutipan Tabung Untuk Mak (TUM) baru mencecah RM 1200.00 ringgit. Belanja emak pergi adalah seperti di bawah :-

Pakej UMRAH = RM 4,700.00
Duit Paspot = RM 300.00

JUMLAH KESELURIHAN = RM 5,000.00. Jumlah ini tidak termasuk duit poket mak nak berbelanja.

Insyallah, mak akan pergi 13 @ 14 April 2009. Minggu depan banchik rancang nak buat Pasport untuk mak. Cuma mak mungkin pergi dengan saudara bangah sebelah Kak Zana. Insyallah, mak boleh.

Bagi mana-mana yang masih nak menabung tu tolong lah banyak jumlah kutipan tu dengan segera. Takut-takut kalu tak cukup postpone pula nanti. Semoga hajat kita semua ini akan tercapai dengan usaha kita adik-beradik.

Salam buat semua saudara-mara ku,

HASSIM MOHD ABDUL RAHMAN

2 comments:

Anonymous said...

Cik Awk d kpg kn? awk pn jrg dpt blk sbb busy dg keje & klas kn. so de kesempatn tu, pelan2 pujuk mak. supaya hati dia kuat. ada yg eskot tak nanti. kalau ada nanti dia tak takut sangat. kaktam rasa selain ktm mesti ramai yang frust kalo tak jadi bulan 4 nie. cite betapa banyak manfaat mak p umrah. doakan utk anak2 dia & untuk abah

Anonymous said...

Mak belum pergi kursus lagi, semua orang tak confident. Pujuk sikit-sikit. Bagi dia nampak..mak tu kan jarang keluar dan tak pernah jalan jauh dan naik kapal terbang..sebab tu dia takut...cakap dah sampai masanya dia kena pergi..