DOA KU

Bismillah,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya.

Wahai Allah, Ampunilah Dosa Kedua Ibu-BapaKu, Dosa Kedua Ibu Bapa MertuaKu. Peliharalah mereka semua sebagaimana mereka (ayah dan bondaku) memelihara aku sewaktu aku kecil-kecil dahulu Ya Allah. Lebih-lebih lagi wahai Allah, limpahi Rahmat mu kepada Allahyarham Ayahanda ku yang telah pergi menemui mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya, dengan rezeki yang halal itu semoga aku gunakan untuk perjuangan yang lurus Ya Allah. Ya Allah, kau berilah aku kesihatan tubuh badan Ya Allah, dan dengan kesihatan itu semoga akan aku gunakan untuk ke jalan yang benar Ya Allah.

Ya Allah, kau bahagiakan keluarga ku, isteri ku, anak ku, adik-beradik ku mahupun keluarga ipar-lamai ku. Jadikan mereka semua bersatu di bawah lembayung rahmatmu sebagaimana yang telah engkau amanahkan kepada kami. YA ALLAH.

Wahai ALLAH, terimalah doa aku yang hina ini.

ALLAH HUMMAH YA ALLAH,
ALLAH HUMMA YA RAHMAN,
ALLAH HUMMA YA RAHIM,

AMIN....

RUANG IKLAN KOSONG UNTUK DISEWA/ SPACE FOR RENT

Hantar apa-apa iklan....Saya akan iklan untuk anda..hantar kan ke hassimjelebu@gmail.com/interested pls send email to hassimjelebu@gmail.com

GAMBAR PILIHAN KU

Salam Buat Semua, Ini ada hadiah buat semua yang hadir ke Blog ku ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK BACA

Sunday, March 1, 2009

PROJEK KOLAM IKAN

26/02/2009 - Ini kononnya projek ikan yang tengah dibuat. Tapi apa-apa pun, ianya dah nyata jadi kolam mandi Lutfi. Dah berapa kali dia mandi. Walaupun projek tu tak siap lagi. Latest gambar yang kita ambil ini adalah pada 26 Feb 2009. Bukannya besar sangat pun, panjang 7 kaki x 4 kaki dan dalam 2 kaki. Kalau ikut perancangan awal nak bela ikan. Nanti nak pergi Nilai 3 beli air tejun. Plug dah siap pasang dah modal plug ajer RM 200.00. Tapi tengok-tengok dah jadi kolam mandi Lutfi...tapi yang bestnya jadi kolam mandi bapak dia juaa...heee..heee



Patutnya luar tak letak tile tapi letak jenis batu-berkilat-kilat. Tapi tukang yang buat tu (TOK MAT) buat lain pulak. Tak pe lah...

Kita pun dah ada mandi dalam nie...bukan kata lutfi, kita pun rasa macam best jerrr

Ini gambar waktu kolam tengah buat yang kita ambil gambar pada 9 Feb 2009






No comments: